tag:blogger.com,1999:blog-22374428833329165202024-03-07T22:32:54.119-08:00Mat Yusoff Che MatKejayaan menjadi impian semua orangMat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.comBlogger54125tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-81673007988324773392011-05-15T16:59:00.000-07:002011-05-15T17:00:21.330-07:00Selamat hari guru buat rakan-rakan guru di seluruh tanah airMat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-55322559853120399322011-03-15T19:10:00.000-07:002011-03-15T19:12:54.661-07:00Selamat bercuti buat warga MRSM Kota Putra tetapi bagiu pelajartingkatan 3 dan 5 selamat mengikuti kem cuti sekolah dari 14-18 hb Mac 2011. Pada 20-23 Mac 2011 MRSM Kota Putra menjadi tuan rumah kejohanan pencak silat MRSM se-Malaysia. Selamat Maju Jaya.Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-62105706205065407872011-03-15T19:09:00.000-07:002011-03-15T19:10:08.663-07:00Latihan 4: Punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Pendahuluan:

Boleh dikatakan saban hari apabila kita membaca akhbar, kita dihidangkan dengan kemalangan jalan raya. Keadaan lebih kerap menjelang musim perayaan. Pelbagai usaha telah dijalankan, khususnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia, tetapi kadar kemalangan jalan raya terus meningkat.

Isi karangan:

1.Punca kecuaian manusia
- pemandu memandu laju
-kurang penumpuan terhadap pemanduan, guna telefon bimbit, mendengar muzik
yang kuat dan berbual-bual dengan rakan di sebelah.
-memandu dalam keadaan mabuk
- sikap negatif pemandu – menjadikan jalan raya medan untuk berlumba

2. Keadaan jalan raya yang tidak memuaskan
- jalan raya berlubang-lubang
- jalan bengkang-bengkok dan banyak selekoh berbahaya
- Jalan raya licin selepas hujan dan digenangi air kerana tidak rata.

3. Kenderaan tidak diselenggara dengan baik
- Kenderaan dipandu tanpa dipastikan sama ada brek berfungsi dengan baik
Dan tayar berbunga atau tidak.
- Kenderaan yang tidak berada dalam keadaan baik akan mengganggu
pemanduan dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Kesimpulan :

Bagi mengatasi masalah ini, para pemandu kenderaan hendaklah sayang akan nyawa dan keluarga. Jika ingin cepat sampai, pengurusan masa perlu dilakukan dengan baik dan boleh bertolak awal. Fikirlah tentang orang tersayang kerana kita mampu mengubahnya. Jika sikap berhati-hati di jalan raya tidak diamalkan tentukan kemalangan yang akan ditempa. Slogan pandu cermat jiwa selamat perlu dijadikan amalan dalam hidup.Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-12327771676921619452011-03-15T19:07:00.002-07:002011-03-15T19:09:32.608-07:00Latihan 3: Huraikan pendapat anda tentang isu gejala samseng di sekolah.

Pendahuluan:

Sejak akhir-akhir ini jenayah gengsterisme semakin menjadi-jadi. Hampir setiap hari ada-ada sahaja berita yang disiarkan di media massa tentang jenayah gengsterisme yang berlaku dalam kalangan remaja. Perkara yang membimbangkan ialah kegiatan jenayah gengsterisme ini dilakukan oleh remaja yang masih bersekolah dan masih ‘hijau’.

Isi karangan: (punca-punca)

1. Kurang mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa
- jiwa memberontak ingin disayangi dan diberi perhatian. Jika tidak dapat,
remaja akan melakukan sesuatu di luar kawalan seperti bertindak ganas.

2. Kurang diberi didikan agama dan moral
- semasa kecil, mungkin penghayatan nilai agama tidak dititikberatkan
oleh ibu bapa- kerana kesibukan.
- kurang nilai murni tentang nilai kasih sayang, hormat- menghormati
perasaan orang lain dan sebagainya.

3. Pengaruh rakan sebaya
- memilih kawan yang tidak bermoral
- remaja lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa.
- ada sifat cabar-mencabar dalam kalangan rakan-rakan – menimbulkan
kegiatan gengsterisme.

4. Peranan media massa
- tayangan filem dari Barat yang memaparkan keganasan
- filem tiada tapisan
- unsur-unsur jenayah daripada internet.

Kesimpulan:
Jenayah gengsterisme merupakan “duri dalam daging” bagi negara. Oleh itu semua pihak haruslah mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah ini. Sekiranya semua pihak bekerjasama, jenayah gengsterisme akan dapat diatasi, bak kata pepatah, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Jika jenayah gengsterisme ini dibiarkan berputik, nescaya gejala ini akan berleluasa. Apabila seorang remaja yang terlibat, kemungkinan banyak yang akan mengikutinya. Bak kata pepatah, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya akan terpalitMat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-15808209320874272252011-03-15T19:07:00.001-07:002011-03-15T19:07:21.614-07:00BAHAGIAN 1 : KARANGAN BERPANDU

Penulisan Karangan berpandu/ berdasarkan bahan rangsangan

Panjangnya karangan berpandu yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 200-250 patah perkataan.
Karangan ini sebaik-baiknya hendaklah disiapkan dalam masa 45 minit.
Karangan ini memperuntukkan 30 markah.
Karangan ini mesti mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
Pelajar digalakkan menyelitkan unsure-unsur keindahan bahasa seperti peribahasa, ungkapan, cogan kata dan sebagainya.

Strategi Penulisan Karangan Berpandu

Kenal pasti kehendak soalan berdasarkan tema soalan.
Tulis karangan tersebut dalam 5 atau 6 perenggan meliputi perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup.
Jenis-jenis ayat yang terdapat dalam setiap perenggan tersebut adalah seperti berikut:-
a) Perenggan pengenalan hendaklah terdiri daripada 3-4 ayat rangsangan dan satu ayat arahan. Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau ayat yang menyentuh tema secara umum, manakala ayat arahan ialah ayat yang mempunyai kata kunci soalan atau ayat yang menunjukkan hala tuju karangan.

b) Perenggan isi terdiri daripada ayat judul, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas. Ayat judul ialah ayat isi utama, iaitu ayat yang menyatakan isi penting karangan tersebut. Ayat huraian ialah ayat yang menjelaskan isi karangan. Ayat contoh pula ialah ayat yang memasukkan contoh bagi memperkukuhkan isi yang dikemukakan. Ayat penegas ialah ayat yang memberikan penegasan tentang isi dan huraian yang dikemukakan dalam perenggan tersebut.

c) Perenggan penutup terdiri daripada ayat kesimpulan, ayat pendapat, ayat penilaian, ayat cadangan, ayat harapan dan sebagainya. Ayat kesimpulan ialah ayat yang memberikan pendapat secara keseluruhan tentang karangan yang ditulis. Ayat penilaian terdiri daripada ayat yang membuat penilaian tentang sesuatu isu atau perkara. Ayat cadangan pula mengandungi unsur saranan atau cadangan untuk mengatasi atau membuat sesuatu. Ayat harapan ialah ayat yang mengandungi harapan penulis berkaitan sesuatu cadangan.

BAHAGIAN A : Karangan Berpandu/ Berdasarkan Bahan Rangsangan

Pengenalan

1. Karangan bahagian A merupakan karangan yang terdapat dalam kertas satu dan wajib dijawab oleh semua calon.
2. Karangan ini ditulis berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. Bahan-bahan rangsangan yang dikemukakan itu berupa:
-gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, iklan, ilustrasi, kartun, pelan, petikan., gambarajah, catatan.
3, Karangan ini untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap bahan
rangsangan yang diberi, menilai kecekapan dalam membuat tafsiran dan
menganalisis bahan rangsangan di samping menilai tahap pengetahuan tentang
isu-isu semasa.
Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi, pelajar diminta menulis karangan
yang panjangnya antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Panduan Menulis Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

1. Apabila membaca arahan soalan, pelajar perlu menentukan tema. Tema ditunjukkan melalui tajuk gambar yang diberi.
2. Berdasarkan soalan, pelajar dapat mengenal pasti kata kunci karangan atau pun kehendak soalan. Contohnya:-
“Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha/langakah/cara/kaedah….
“Huraikan pendapat anda tentang amalan membaca…”
Pelajar dikehendaki membuat huraian berdasarkan kehendak soalan sahaja.
3. Karangan ini mesti mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
4. Sekurang-kurangnya tiga isi yang lengkap dikemukakan dengan contoh dan huraian yang sesuai.
5. Pelajar-pelajar dinasihatkan membuat rangka karangan supaya pelajar dapat menulis karangan dengan lebih baik.
6. Pelajar juga diminta menulis kata-kata hikmat, peribahasa dan rangkai kata menarik di dalam karangan ini.

Pemarkahan

1. Markah penuh 30 markah
2. Pembahagian atau pecahan markah adalah seperti berikut:-
Cemerlang - 26 -30 markah
Kepujian - 20 -25 markah
Memuaskan - 15 -19 markah
Kurang memuaskan - 10-14 markah
Pencapaian minima - 01-09 markah.
3. Pemarkahan diberi berdasarkan
(a) Sama ada karangan menepati, kurang menepati atau tidak menepati bahan rangsangan yang diberi.
(b) Bahasa mesti gramatis, Penilaian dibuat berdasarkan kata dan ayat, tanda bacaan, ejaan dan kosa kata.
(c) Penggunaan penanda wacana diambil kira sama ada lengkap, masih lengkap, atau kurang lengkap.
(d) Unsur-unsur bahasa perlulah bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.
(e) Idea perlulah relevan dengan bahan rangsangan yang diberi.Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-4932759268276891262010-11-27T16:16:00.000-08:002010-11-27T16:17:26.249-08:00Tajuk: Modal insan kelas pertama

Pendahuluan:

Pembentukan minda kelas pertama menjadi agenda penting negara. Aspek ini tidak terbentuk dengan sendiri, sebaliknya perlu ada usaha untuk memupuk minda kelas pertama secara sistematik dan terarah. Dalam hal ini, negara harus membentuk asas yang kukuh bagi menghasilkan modal insan berminda kelas pertama. Persoalannya, apakah ciri-ciri modal insan yang memiliki minda kelas pertama seperti yang dihasratkan oleh kerajaan?

Isi karangan:

1. memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.
- ilmu diperoleh melalui pembacaan - “membaca jambatan ilmu”.
-selain itu, ilmu diperoleh melalui penulisan dan diskusi.
-aktiviti sedemikian merangsang minda
-pengetahuan yang ada pada diri menjadi ukuran atau tanda aras seseorang
itu memiliki minda kelas pertama.

2. mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif
- untuk membentuk minda yang kritis dan kreatif , perlu banyak bertanya
bertanya kepada diri sendiri atau kepada orang lain.
-apabila bertanya, kita akan mendapat idea-idea yang bernas dan baharu.
-oleh itu banyakkan bertanya dan menimbulkan lebih banyak persoalan
dalam minda untuk menemukan sesuatu jawapan.
- malu berkayuh perahu hanyut; malu bertanya sesat jalan”.

3. memiliki pemikiran yang konstruktif
- mencari jalan untuk membetulkan kesalahan atau keadaan - sedia mengakui
kesilapan dan berusaha untuk berubah.
- kreatif menyelesaikan masalah dan kreatif menghasilkan tugas.
-pemikiran konstruktif bermakna memiliki pemikiran yang membina dan
bersedia untuk berubah.

4. memiliki akhlak yang mulia
- mengamalkan nilai murni
-bertingkah laku dengan berhemah dan berbudi bahasa
- berintergriti, beretika, dan beriltizam tinggi serta sentiasa sabar dengan dugaan
-sentiasa berfikiran positif dan bersih fizikal dan mental.
- mematuhi ajaran agama.

Kesimpulan:

Modal insan berminda kelas pertama ialah masyarakat yang berpengetahuan mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintergriti dan memiliki kekuatan moral. Mereka juga turut tahu untuk menghayati dan menghargai budaya, kesenian, dan warisan serta mengamalkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan patuh kepada segala peraturan serta norma masyarakat. Oleh itu, pembangunan modal insan berminda kelas pertama perlu diberi keutamaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju beridentiti sendiri.Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-57531998744928448672010-11-27T16:13:00.000-08:002010-11-27T16:15:36.537-08:00Rangka Karangan:

Gejala buli yang sering berlaku di sekolah-sekolah sejak kebelakangan
ini.

Pendahuluan:

Belakangan ini, masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah yang tinggal di asrama semakin menjadi-jadi. Ada pelajar yang dibuli dengan teruk sehingga menimbulkan trauma dalam diri mereka. Malah, ada pelajar yang dibelasah hingga mati. Kejadian ini bukan sahaja membimbangkan ibu bapa, malah pihak kerajaan juga. Oleh itu, usaha-usaha mengatasinya perlu dilakukan segera agar nasi tidak menjadi bubur.

Isi Karangan:
1. Peranan ibu bapa
- hendaklah memberikan didikan dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
- mengeratkan hubungan antara ahli keluarga
- ibu bapa menerapkan nilai kasih sayang sejak kecil kepada anak-anak supaya tidak berpotensi untuk membuli orang lain.
2. Peranan pihak sekolah
- menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah
- pelajar yang bersalah dan terlibat dengan kegiatan buli perlu diambil tindakan dan
dikenakan denda/hukuman.
- tindakan buang sekolah dan melaporkan kepada pihak berkuasa
- merangka aktiviti kokurikulum yang menarik di sekolah- menerapkan nilai murni.
3. memberi pendedahan didikan agama dan moral yang tinggi kepada pelajar.
- mengadakan kelas agama di sekolah
- mengaji al-quran
- ceramah motivasi
- menghidupkan usrah dan rakan masjid

4.Peranan Kerajaan
- Kementerian Pelajaran memperkenalkan kempen antibuli
- menjayakan kempen bersama-sama dengan anggota masyarakat yang lain,
“bersatu teguh, bercerai roboh”.
- Sentiasa membuat pemantauan oleh pihak berkuasa. Jangan “sudah terantuk baru
nak terngadah”.

Penutup:
- Masalah buli dapat ditangani dengan segera
- Setiap masalah pasti ada cara mengatasinya
- sediakan payung sebelum hujan
- Semua pihak perlu bersatu hati menangani gejala buli.Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-84601131522070493402010-11-23T06:42:00.000-08:002010-11-23T06:45:14.819-08:00Ole-Ole cuti Sekolah [Tingkatan 1]
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA PUTRA
TINGKATAN 1
KERJA SEKOLAH MASA CUTI

1. Tuliskan lima karangan daripada 7 tajuk yang diberikan.
2. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan.
3. Karangan anda hendaklah bertulis tangan.
4. Karangan yang siap ditulis hendaklah diserahkan kepada guru bahasa Melayu anda pada minggu pertama semester 1 2011.
5. Markah 10 % akan diambil untuk peperiksaan semester 1 2011

Tajuk Karangan

1. Minat membaca dalam kalangan remaja begitu rendah sekali. Pada suatu hari anda berbincang dengan rakan anda tentang usaha-usaha untuk menarik minat membaca dalam kalangan remaja. Tulis perbualan anda itu selengkapnya.
2. Menjelang hari raya, anda bersama-sama keluarga telah pergi ke pusat beli-belah. Ketika sibuk anda memerhatikan sesuatu, anda mendapati ayah dan ibu anda telah tiada. Tulis tindakan-tindakan yang anda lakukan.
3. Anda terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk yang ditetapkan ialah ‘Usaha-usaha Mengurangkan Kemalangan di Jalan Raya’.
4. Penyertaan seseorang pelajar dalam aktiviti kokurikulum banyak memberi faedah. Bincangkan pernyataan ini.
5. Masyarakat Melayu kaya dengan peribahasa. Antaranya termasuk peribahasa “Genggam bara api biar sampai jadi arang”. Tulis suatu cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
6. Pasukan unit beruniform sekolah anda telah mengadakan suati perkhemahan di pinggir hutan. Selaku setiausaha perkhemahan anda dikehendaki menyediakan laporan perkhemahan tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya.Anda bertugas sebagai seorang pemberita di sebuah akhbar tempatan. Anda telah diminta untuk menulis berita tentang kejadian kemalangan jalan raya. Sediakan berita itu selengkapnya.

"SELAMAT MENJAWAB"
Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-49141427468047732382010-11-12T02:29:00.000-08:002010-11-12T02:32:26.446-08:00Selamat Bercuti diucapkan kepada semua pelajar MRSM Kota Putra bermula 11/11/2010 - 1/1/2011. Isikan cuti panjang dengan perkara yang berfaedah.Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-8032464427648245692010-11-12T02:27:00.001-08:002010-11-12T02:28:55.087-08:00Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca guru bertindak agresif terhadap para pelajar dan kesannya kepada pelajar. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak akhir-akhir ini media massa kerap memaparkan kes guru bertindak kasar atau agresif terhadap pelajar. Fenomena ini tidak boleh dipandang ringan. Walaupun begitu kita tidak boleh menghukum para guru dengan sewenang-wenangnya. Sesuatu perkara yang berlaku pasti ada puncanya. Sistem pendidikan masa kini semakin mencabar. Ia perlu seiring dengan kemajuan dan keperluan negara. Oleh itu guru perlu menyediakan bahan-bahan pengajaran dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya dia tidak tercicir. Ini menyebabkan sebahagian guru berasa tertekan dengan beban kerja tetapi guru tidak boleh mengambil cuti beberapa hari dengan alasan ada tekanan kerja. Mungkin guru ada masalah dengan kerjanya atau masalah di rumah. Dalam keadaan seperti itu, lebih baik para pelajar mendiamkan diri dan tidak mencari pasal.

Guru bertindak agresif kerana ingin mengawal keadaan kelas yang kadang-kadang riuh rendah seperti di pasar. Lagipun jumlah pelajar di dalam kelas terlalu ramai, sukar bagi guru mengawal kelas. Memang tindakan guru kadang-kadang agak keterlaluan, tetapi pihak pelajar juga sepatutnya memandang serius apabila guru memberi amaran atau arahan. Guru bertindak agresif apabila arahan dan amarannyan tidak diendahkan. Hal juga berpunca daripada sikap pelajar yang kurang sopan, tidak menghormati guru, biadab dan melawan cakap guru. Jarang-jarang guru bertindak agresif secara melulu atau spontan. Biasanya guru memberi peringatan atau amaran terlebih dahulu.

Pelajar kerap kali terlupa bahawa terdapat banyak guru di sekolah dan guru-guru itu pula berlainan perangainya. Ada guru yang tidak ambil kisah apabila pelajar bising, ada juga yang akan menegur dan ada juga yang menangis apabila keadaan kelas tidak terkawal. Guru kadang-kadang terlepas cakap dan mungkin berasa malu untuk menarik balik kata-katanya. Apabila terdapat pelajar yang melanggar peraturan, guru berkenaan pun mengotakan ‘janjinya’ itu. Salah satu sebab guru bertindak agresif adalah kerana berasa tidak puas hati dengan bentuk hukuman daripada pihak guru disiplin atau pihak pengurusan. Mungkin guru tersebut berasa hukuman yang pihak berkenaan berikan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar itu lalu menghukumnya lagi.

Kesimpulannya, hanya orang yang marah dan tidak berfikir panjang sahaja yang akan bertindak agresif. Keguruan merupakan profesion yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Walau bagaimanapun, kesabaran ini kerap dicabar oleh tindakan yang berbentuk provokasi daripada pelajar-pelajar. Sekiranya guru dapat bertenang apabila menghadapi situasi yang tegang itu, tentulah guru boleh berfikir dengan lebih rasional, lebih matang dan lebih tepat dalam tindakannya. Ada kalanya lebih baik guru beredar sahaja dari situasi yang sangat mencabar kesabaran itu untuk mencari ketenangan. Pelajar yang melakukan salah laku tidak seharusnya dibiarkan sahaja.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Pandangan Pelajar: Mengapakah Guru Bertindak Agresif’,Pendidik, Bil 16- 2005)

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

(i) Huraikan maksud rangkai kata tindakan yang berbentuk provokasi
berdasarkan petikan di atas. [2 markah]

(ii) Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh guru dalam menghadapi
situasi yang tegang itu? [3 markah]

(iii) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda dapat membantu mengatasi masalah
guru yang bertindak agresif ini? [4 markah]Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-67997185214102513312010-09-26T21:02:00.001-07:002010-09-26T21:02:36.689-07:00PMR 2010 BERMULA 5 HB OKTOBER 2010. SILA BERSEDIA DAN SELAMAT MENGHADAPINYAMat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-33240065821553447802010-09-26T21:00:00.001-07:002010-09-26T21:00:38.421-07:00BAHAGIAN 1 : KARANGAN BERPANDU

Penulisan Karangan berpandu/ berdasarkan bahan rangsangan

1. Panjangnya karangan berpandu yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 200-250 patah perkataan.
2. Karangan ini sebaik-baiknya hendaklah disiapkan dalam masa 45 minit.
3. Karangan ini memperuntukkan 30 markah.
4. Karangan ini mesti mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
5. Pelajar digalakkan menyelitkan unsure-unsur keindahan bahasa seperti peribahasa, ungkapan, cogan kata dan sebagainya.

Strategi Penulisan Karangan Berpandu

1. Kenal pasti kehendak soalan berdasarkan tema soalan.
2. Tulis karangan tersebut dalam 5 atau 6 perenggan meliputi perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup.
3. Jenis-jenis ayat yang terdapat dalam setiap perenggan tersebut adalah seperti berikut:-
a) Perenggan pengenalan hendaklah terdiri daripada 3-4 ayat rangsangan dan satu ayat arahan. Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau ayat yang menyentuh tema secara umum, manakala ayat arahan ialah ayat yang mempunyai kata kunci soalan atau ayat yang menunjukkan hala tuju karangan.

b) Perenggan isi terdiri daripada ayat judul, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas. Ayat judul ialah ayat isi utama, iaitu ayat yang menyatakan isi penting karangan tersebut. Ayat huraian ialah ayat yang menjelaskan isi karangan. Ayat contoh pula ialah ayat yang memasukkan contoh bagi memperkukuhkan isi yang dikemukakan. Ayat penegas ialah ayat yang memberikan penegasan tentang isi dan huraian yang dikemukakan dalam perenggan tersebut.

c) Perenggan penutup terdiri daripada ayat kesimpulan, ayat pendapat, ayat penilaian, ayat cadangan, ayat harapan dan sebagainya. Ayat kesimpulan ialah ayat yang memberikan pendapat secara keseluruhan tentang karangan yang ditulis. Ayat penilaian terdiri daripada ayat yang membuat penilaian tentang sesuatu isu atau perkara. Ayat cadangan pula mengandungi unsur saranan atau cadangan untuk mengatasi atau membuat sesuatu. Ayat harapan ialah ayat yang mengandungi harapan penulis berkaitan sesuatu cadangan.

BAHAGIAN A : Karangan Berpandu/ Berdasarkan Bahan Rangsangan

Pengenalan

1. Karangan bahagian A merupakan karangan yang terdapat dalam kertas satu dan wajib dijawab oleh semua calon.
2. Karangan ini ditulis berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. Bahan-bahan rangsangan yang dikemukakan itu berupa:
-gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, iklan, ilustrasi, kartun, pelan, petikan., gambarajah, catatan.
3, Karangan ini untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap bahan
rangsangan yang diberi, menilai kecekapan dalam membuat tafsiran dan
menganalisis bahan rangsangan di samping menilai tahap pengetahuan tentang
isu-isu semasa.
4. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi, pelajar diminta menulis karangan
yang panjangnya antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Panduan Menulis Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

1. Apabila membaca arahan soalan, pelajar perlu menentukan tema. Tema ditunjukkan melalui tajuk gambar yang diberi.
2. Berdasarkan soalan, pelajar dapat mengenal pasti kata kunci karangan atau pun kehendak soalan. Contohnya:-
“Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha/langakah/cara/kaedah….
“Huraikan pendapat anda tentang amalan membaca…”
Pelajar dikehendaki membuat huraian berdasarkan kehendak soalan sahaja.
3. Karangan ini mesti mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
4. Sekurang-kurangnya tiga isi yang lengkap dikemukakan dengan contoh dan huraian yang sesuai.
5. Pelajar-pelajar dinasihatkan membuat rangka karangan supaya pelajar dapat menulis karangan dengan lebih baik.
6. Pelajar juga diminta menulis kata-kata hikmat, peribahasa dan rangkai kata menarik di dalam karangan ini.

Pemarkahan

1. Markah penuh 30 markah
2. Pembahagian atau pecahan markah adalah seperti berikut:-
Cemerlang - 26 -30 markah
Kepujian - 20 -25 markah
Memuaskan - 15 -19 markah
Kurang memuaskan - 10-14 markah
Pencapaian minima - 01-09 markah.
3. Pemarkahan diberi berdasarkan
(a) Sama ada karangan menepati, kurang menepati atau tidak menepati bahan rangsangan yang diberi.
(b) Bahasa mesti gramatis, Penilaian dibuat berdasarkan kata dan ayat, tanda bacaan, ejaan dan kosa kata.
(c) Penggunaan penanda wacana diambil kira sama ada lengkap, masih lengkap, atau kurang lengkap.
(d) Unsur-unsur bahasa perlulah bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.
(e) Idea perlulah relevan dengan bahan rangsangan yang diberi.Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-34877849362791371172010-08-22T21:49:00.000-07:002010-08-22T21:51:36.215-07:00GURINDAM PETUA SEORANG GURU

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun,

Kalau seorang guru mengajar tanpa alat
Murid belajar dengan ralat.

Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap
Ada murid bertambah gagap.

Kalau seorang guru pemudah cara
Ramai murid pandai berbicara.

Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai
Tak akan tahu murid bodoh dan pandai.

Kalau seorang guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa.

Kalau guru berinovatif
Pengajaran akan lebih efektif.

Kalau guru tidak belajar
Samalah taraf dengan pelajar.Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-90614760215022218622010-08-22T21:48:00.001-07:002010-08-22T21:48:29.149-07:00Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang dewan yang dihormati.

Pada petang ini, persidangan kita akan disambung semula bagi sesi kali ini dan izinkan saya untuk mempersilakan dan memperkenalkan ahli Yang Berhormat yang akan menyampaikan hujah-hujah serta bidasan pada kali ini.

Pihak Kerajaan , diwakili oleh:

YAB Perdana Menteri ……………………………
YB ……………………………………………… (Menteri ke-2)
YB ……………………………………………… (Menteri ke-3)
YB ……………………………………………….(Menteri ke-4)

Pihak Pembangkang , diwakili oleh:

YB ……………………………………selaku Ketua Pembangkang
YB ……………………………………………(Pembangkang ke-2)
YB ……………………………………………(Pembangkang ke-3)
YB ……………………………………………(Pembangkang ke-4)

Ahli Yang Berhormat Sidang Dewan yang dihormati.
Izinkan saya untuk memperingatkan semula kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang peraturan dan tatacara semasa Dewan kita bersidang: ( baca terus daripada buku peraturan)

Pertama :
Kedua :

Diharap Yang Berhormat Ahli Dewan akur dan patuh kepada peraturan yang baru disebutkan tadi.

Sidang Dewan yang dihormati.

Usul dan Isu yang akan dibahaskan pada petang ini ialah:

………………………………………………………………………Adalah diharapkan agar Ahli Yang Berhormat akan menumpukan hujah-hujah dan bidasan kepada isu tersebut.

Sidang Dewan yang dihormati.
Tirai Perbahasan pada petang ini akan dimulakan.
Sebagai permulaan, dengan ini saya mempersilakan :

YAB Perdana Menteri ……………….……………………………. Untuk mengemukakan usul perbahasan, menyampaikan hujah dan membahaskan isu tersebut. Dipersilakan YAB.

Bagi pihak Dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas hujah-hujah yang dikemukakan tadi.

Seterusnya dipersilakan pula YB …………………………… selaku Ketua Pembangkang untuk menyampaikan hujah serta membahaskan isu tadi. Dipersilakan:

Terima kasih diucapkan kepada YB ………atas hujah-hujah tadi.
Sidang Dewan yang dihormati :

Gelanggang perbahasan akan diteruskan lagi dengan mempersilakan YB …………………………., Menteri Kedua Kerajaan untuk menyampaikan bidasan Dan hujah-hujah beliau.

Dipersilakan YB

Terima kasih diucapkan kepada YB

Sidang Dewan yang dimuliakan:

Usul dan isu perbahasan semakin hangat dibicarakan dan akan terus dihujah.

Dengan ini saya mempersilakan YB …………………………., pihak Pembangkang kedua untuk mengemukakan hujah-hujah dan bidasan seterusnya.

Dipersilakan YB

Terima kasih YB

Hadirin, Sidang Dewan yang dihormati:

Dewan pada petang ini akan lebih bergema lagi dengan hujah-hujah dan bidasan dari kedua-dua pihak seterusnya.

Untuk meneruskan perbahasan tentang isu kita pada petang ini, saya mempersilakan YB ……………………………………, Menteri ketiga Pihak Kerajaan untuk menyampaikan hujah-hujah dan bidasan seterusnya.

Dipersilakan YB

Terima kasih YB

Ahli-Ahli Dewan yang dimuliakan:

Perbahasan Isu diteruskan lagi dengan mempersilakan Pihak Pembangkang ketiga tampil mengemukakan hujah-hujah dan bidasan seterusnya.

Dipersilakan YB ……………………………………………….

Terima kasih YB

Sidang Dewan yang dihormati:

Demikian tadi diperlihatkan lontaran hujah-hujah serta bidasan-bidasan dari Yang Berhormat - Yang Berhormat Pihak Kerajaan Dan Pihak Pembangkang.

Untuk memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat membuat persediaan ucapan penggulungan , Sidang Dewan membenarkan perbincangan selama tiga minit.

Sidang Dewan yang dihormati:

Perbahasan isu akan diteruskan dengan Sesi Penggulungan.

Saya mempersilakan pihak Pembangkang pertama / kedua., YB ………………………... tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan.

Dipersilakan YB.

Terima kasih YB.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Sidang Dewan Yang dimuliakan:

Seterusnya, dipersilakan pula YAB Perdana Menteri @ YB Menteri Kedua dari pihak Kerajaan tampil untuk mengemukakan ucapan penggulungan .

Dipersilakan YB.

Terima kasih YB.

Ahli-Ahli Yang Berhormat , Sidang Dewan yang dimuliakan.

Dengan Ucapan Penggulungan itu tadi maka berakhirlah Persidangan Dewan kita pada kali ini. Sehingga bertemu semula pada Sidang Dewan yang akan datang, maka dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada ahli-Ahli Yang Berhormat serta seluruh Sidang Dewan yang telah bersama-sama menjaga keharmonian Dewan ini dan sama-sama membincangkan dengan hangat tetapi halus isu-isu yang diutarakan.

Maka saya, selaku Speaker Dewan menangguhkan Persidangan Dewan pada kali ini.

Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Terima kasih

Pengumuman keputusan dilakukan oleh Speaker Dewan sebaik sahaja keputusan setiap pertandingandi semua peringkat diterima daripada Ketua Hakim.

Adalah dengan ini diumumkan bahawa usul yang dibahaskan pada kali ini diterima.
ATAU
Adalah dengan ini diumumkan bahawa usul yang dibahaskan pada kali ini ditolak

Sekian, dengan ini saya menyerahkan semula majlis kepada Pengacara Majlis.Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-49749981174815897752010-08-22T21:43:00.000-07:002010-08-22T21:46:01.025-07:00MASALAH JAWAPAN PELAJAR
BAGI KARANGAN BAHAGIAN A : KARANGAN BERGAMBAR

MASALAH

(Tema)

• Tidak menepati tema bahan rangsangan
• Tidak menjawab tugasan soalan

(Idea)

• Kurang relevan dengan tema
• Tiada kematangan
• Tidak dapat dihuraikan dengan baik dan jelas
• Idea berulang-ulang
• Terlalu banyak
• Tiada contoh
• Terlalu ringkas
• Terlalu umum
• Tidak dapat membezkan antara vandalisme dengan jenayah

(Bahasa)

• Tidak gramatis
Ayat tergantung
Ayat mendatar
Ayat yang menggunakan kosa kata mudah dan terhad
Guna bahasa lisan
Penggunaan kosa kata yang tidak sesuai dan tidak tepat
Salah penggunaan tanda baca
Ejaan salah (tidak menggunakan Sistem Ejaan Rumi Baru – dan Kamus Dewan terkini)
• Laras bahasa yang tidak sesuai
• Penggunaan kata pada awal ayat
Ini
Ianya
Dengan
• Penanda wacana yang salah
Selain daripada itu
Justeru
• Tanda baca yang salahMat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-91885690649100771042010-06-27T17:24:00.000-07:002010-06-27T17:28:14.861-07:00KATA HUBUNG1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.

3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh Ayat Contoh
agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila Mukanya pucat apabila disoal.
atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika Saya berpayung jika hujan.
Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.
serta Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapi Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan

Contoh Ayat Contoh
Baik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Baik- baik Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

4. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

Dan hingga lalu ketika
Dengan yang tetapi jika
Kerana serta kalau kemudian
demikian walhal walau agar
atau demi supaya

5. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

semasa sementara seharusnya andaikata
semoga seketika sebaliknya sedangkan
setelah sesungguhnya walaupun itupun
sewaktu seandainya meskipun sekalipun
mudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapun
padahal

KATA PENGUAT
1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh
Paling Agak Sungguh Amat
Terlalu Nian Benar Paling

3. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh
1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4. Kereta api itu sangat laju.
5. Kereta itu laju sangat.

KATA PENEGAS
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah -lah -tah jua
Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi pun

Contoh
1. Itulah rumah saya.
2. Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3. Apatah dayaku untuk menolongnya.
4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

KATA NAFI
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.

4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh
a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh
a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

KATA PEMERI
1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh
a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

KATA BANTU
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh
Akan Belum Masih
Telah Sudah Harus
Boleh Dapat Hendak
Mesti
1. Kereta api dari utara telah sampai.
2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

KATA BILANGAN
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan contohnya
kata bilangan tentu satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan tak tentu beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap masing-masing
kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya berapa

KATA SENDI NAMA
Sendi Nama Tugas/contoh
di Menunjukkan tempat (di pejabat)
Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)
ke Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)
Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)

dari Menunjukkan tempat atu arah datang
Menunjukkan waktu atau masaMat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-74368437596149313022010-06-27T17:21:00.000-07:002010-06-27T17:22:14.038-07:0010 PANDUAN PEPERIKSAAN1. Bacalah nota sepintas lalu sebelum peperiksaan. Jangan baca perkara-perkara baru pada pagi peperiksaan.
2. Siapkan semua keperluan awal. Pastikan anda tahu masa dan tempat peperiksaan dijalankan. JANGAN PANIK!
3. Amalkan teknik pernafasan sebelum meninggalkan bilik dan semasa di dalam dewan.
4. Apabila berada di dalam dewan, INGAT itu merupakan langkah seterusnya seperti perancangan yang telah anda buat.
Anda telah melakukan langkah-langkah lain dengan baik.
5. Baca soalan dengan teliti.
6. Berikan masa yang secukupnya untuk setiap soalan – JANGAN TERLAJAK MASA.
7. Sebelum menulis jawapan, buatlah rangka dahulu.
8. Jangan panic jika anda tidak cukup masa untuk menulis jawapan yang terakhir – tulislah dalam bentuk poin.
9. Semak jawapan.
10. Elakkan membuat post-mortem.

SELAMAT BERJAYAMat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-1202959536427518772010-06-27T17:20:00.000-07:002010-06-27T17:21:25.707-07:0010 PANDUAN ULANG KAJI1. Rancang masa ulang kaji awal. Buat jadual waktu yang fleksibel.
2. Atur tugasan anda – susun nota, buat rujukan bagi bab-bab yang kurang difahami.
3. Pastikan masa ulang kaji digunakan secara berkesan.
4. Soalan tahun-tahun lepas – kata kunci, kekerapan soalan/bab, bina jadual untuk memahamkannya.
5. Meletakkan sasaran; jika dapat dicapai anda telah melepasi satu rintangan
We remember 10% of what we read but 70% of what we say.
6. Gunakan alat mengingat – pen warna, gambar cth mind map.
7. Belajar bekerja dalam kumpulan.
8. Amalkan makan makanan seimbang, kurangkan stimulants.
9. Berfikiran positif – ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!
10. Kerap menggunakan teknik relaxations.

JANGAN BERTANGGUHMat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-2293707586974400352010-06-27T17:18:00.000-07:002010-06-27T17:20:16.150-07:00MENGHADAPI PEPERIKSAAN10 PANDUAN SEMESTER

1. Belajar secara efektif dan aktif, semasa sesi P&P fahami apa yang diajar.
2. Buat nota yang berkesan. Berikan tumpuan semasa pembelajaran. Kemahiran mendengar PENTING.
3. Buat ringkasan/rumusan daripada pembelajaran. Guna pensel warna, rajah, rujukan.
4. Biasakan dengan Tool Of Your Trade – perpustakaan, bahan rujukan.
5. Kenali guru-guru anda.
6. Tahu cara/tabiah belajar sendiri.
7. Pastikan anda mempunyai JADUAL BELAJAR.
8. Mempunyai kumpulan belajar.
9. Pupuk keyakinan diri. Belajarlah daripada kesilapan.
10. Belajar teknik menenangkan fikiran –pernafasan.Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-18506233029244936342010-05-25T20:20:00.001-07:002010-05-25T20:27:38.184-07:00Amalan Terbaik Dalam Pengajaran Ringkasan PMRKemahiran yang perlu dikuasai:

1. Mengenal pasti tugasan soalan

Dalam soalan ringkasan, tugasan soalan ialah selepas perkataan tentang sehingga ayat itu berakhir. Lihat soalan contoh di bawah:

Berdasarkan petikan di bawah, tulis sebuah ringkasan tentang amalan-amalan baik dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

Dalam soalan di atas, calon mesti memfokus hanya kepada amalan-amalan baik dalam pemakanan tatkala mengesan isi dalam petikan. Pastikan calon betul-betul memahami maksud tugasan tersebut bagi mengelakkan mereka tersasar.

2. Patuhi had perkataan

Dalam soalan ringkasan, jelas sekali had perkataan ialah 80 patah perkataan. Dengan yang demikian, calon jangan sekali-kali melebihi had tersebut kerana perkataan yang melebihi had perkataan TIDAK dinilai oleh pemeriksa. Calon mesti membilang perkataan dalam skrip ringkasan mereka berpandukan panduan yang berikut:
• Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
- nama khas (Kota Bharu)
- perkataan berulang/kata ganda (cara-cara)
- penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas)
- tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran (Yang Amat Berhormat)
3. Memilih ayat yang menepati tugasan

Calon mestilah bijak menganalisis setiap ayat dalam petikan untuk menentukan sama ada ayat-ayat dalam petikan itu menjawab tugasan atau tidak. Lihat contoh di bawah:
[Ayat-ayat di bawah ditulis dalam bentuk pemerengganan. Penulis membuat pemenggalan ayat untuk tujuan analisis]

TUGASAN: AMALAN-AMALAN BAIK DALAM PEMAKANAN

Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang. Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang. Ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan mengambil berat tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang padah. Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan yang seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita.

4. Menyunting ayat yang menepati tugasan

Kemahiran menyunting ayat amat penting untuk membezakan antara idea utama dan huraian idea.

i. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik.
[Idea Utama] [Huraian Idea]

ii. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai.
iii. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat.
iv. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan.
v. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang.
vi. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.
vii. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya.

5. Membina ayat yang lengkap

Berdasarkan idea utama, bina ayat yang lengkap iaitu ayat yang mengandungi subjek [S] dan predikat [P].

vi. Makan dalam keadaan selesa dan tenang
[S] [P]
vii. kita perlu makan pada masa yang sesuai.
[S] [P]
x. kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur
[S] [P]
kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat.
[S] [P]
xii. Makan setelah kita berasa lapar.
[S] [P]
xiv. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan
[S] [P]
xvii. pengambilan makanan yang segar amat penting
[S] [P]
xviii. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan
[S] [P]
atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya.

Nota: Ayat (xviii) merupakan ayat yang disalin bulat-bulat daripada petikan asal. Dalam hal ini, calon mestilah melakukan salah satu daripada dua proses untuk memastikan mereka tidak dianggap menyalin bulat-bulat sama ada proses penambahan penanda wacana atau pengguguran perkataan.

Proses penambahan penanda wacana

xviii. Seterusnya, kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya.
(penambahan perkataan seterusnya)

Proses pengguguran perkataan

xviii. Kita perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan
atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya.
(pengguguran perkataan juga)

6. Menulis ringkasan

Untuk memulakan jawapan ringkasan, rujuk semula tugasan soalan iaitu

Berdasarkan petikan di bawah, tulis sebuah ringkasan tentang amalan-amalan baik dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

Tugasan : Amalan-amalan baik dalam pemakanan

Daripada tugasan di atas, mulakan jawapan dengan ayat

Antara amalan baik dalam pemakanan ialah...

(Antara amalan-amalan adalah salah kerana kata ’antara’ sudah menunjukkan jamak)

Mulakan skrip ringkasan anda dengan menyalin LIMA idea utama seperti yang berikut:

Antara amalan baik dalam pemakanan ialah makan dalam keadaan selesa dan tenang. Kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur. Kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Makan setelah kita berasa lapar.
[42 patah perkataan]

Sekiranya jumlah perkataan belum mencapai 80 patah perkataan setelah calon menulis lima isi, teruskan menulis isi seterusnya sehingga menghampiri 80 patah perkataan.

Antara amalan baik dalam pemakanan ialah makan dalam keadaan selesa dan tenang. Kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur. Kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Makan setelah kita berasa lapar. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. Pengambilan makanan yang segar amat penting. Seterusnya, kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya
[72 patah perkataan]Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-72294646799885499562010-05-25T20:02:00.000-07:002010-05-25T20:11:02.778-07:00Contoh karangan 1Dalam menuju era globalisasi ini, Malaysia adalah sebuah Negara yang sudah mencapai kemajuan (tahap maksimum menerusi kemajuan pembangunan yang mencakar langit). Untuk memahami konteks ini, dari tahun ke tahun ada sahaja pembangunan yang di/bina mengikut perancangan yang telah di/rancangkan oleh pihak yang berkenaan.
Jika kita lihat pada tahun 1970-an dahulu, hanya beberapa buah bangunan sahaja yang telah dibina sebagai memenuhi ruang kehidupan dengan pekerjaan yang bergajikan rendah. Lihat sahajalah pada zaman itu, majoritinya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada sesetengahnya yang terpaksa mengikat perut untuk menyara keluarga yang tercinta. Bukan itu sahaja, ada yang terpaksa menyekat perbelanjaan keluarga demi masa hadapan anak-anak yang akan datang untuk memberi didikan yang baik kepada mereka.
Sekarang selepas berpuluh-puluh tahun lamanya, iaitu selepas negara Malaysia (digelar sebagai Negara yang maju seiring dengan negara-negara luar selepas menjangkau pada tahun 2000). Di sini segalanya telah bermula. Daripada rumah setinggan, telah dirobohkan dengan menjadi rumah teres. Dari bangunan yang kecil dan rendah, telah bertukar menjadi bangunan yang besar dan tinggi. Banyak binaan-binaan yang dirancang telah dimajukan menerusi perancangan luar bandar yang telah diuruskan oleh pihak yang berkenaan. Namun dengan kebanggaan inilah menyebabkan ada hidupan lain yang merana. Kadangkala kita tidak perasan bahawa setiap kejayaan pasti akan wujudnya pihak yang tidak berpuas hati.

Sebagai contoh, hidupan di dalam air. Pembuangan sisa toksid dan sampah sarap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan hidupan-hidupan ini akan mati dan pupus. Bukan itu sahaja, pembuangan sampah sarap yang kerap akan menyukarkan pengaliran air yang baik. Sisa toksid yang mengandungi racun yang dibuang oleh kilang-kilang akan menghilangkan kandungan nutrien yang terdapat di dalam air sungai ataupun air laut sekalipun.
Selain daripada itu, penebangan pokok-pokok tanpa kawalan akan menyebabkan banjir kilat akan berlaku. Ini kerana hujan yang turun akan diserap oleh tumbuhan sebagai bekalan air dalam melakukan proses respirasi dan juga fotosintesis. Jika pokok-pokok ini terus ditebang, maka natijahnya kita juga yang terkena. Hakisan tanah akan berlaku dan sekali/gus menyebabkan ada bukit yang runtuh ekoran daripada kejayaan ini. Ini akan menyusahkan semua pihak untuk membaik pulihkan semula. Bukan itu sahaja, malah akan berlakunya pembaziran kerana kosnya yang tinggi dan mahal.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan mencintai Negara ini, sama-samalah kita mengambil perhatian dan menjaga alam sekitar ini sebaik-baiknya. Ingatlah ada pepatah mengatakan ‘sediakan payung sebelum hujan’. Dengan itu, jadilah rakyat Malaysia dan terbilang, gemilang dan cemerlang’Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-77863008908674461942010-05-24T21:14:00.000-07:002010-05-24T21:16:49.916-07:00Tugasan Masa CutiPelajar mula bercuti pada 4 hn Jun 2010. Harap buat kerja rumah seperti yang telah ditetapkan. Tq
Pengarah PMR 2010Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-79151803442075949252010-05-24T19:32:00.000-07:002010-05-24T19:35:43.479-07:00RumusanBaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab graduan universiti menganggur dan kesan-kesan pengangguran tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Saban tahun beribu-ribu orang graduan dilahirkan oleh universiti awam dan swasta di negara kita. Namun, bilangan tenaga kerja yang menganggur dalam kalangan graduan juga semakin bertambah lantaran tidak banyak kekosongan jawatan yang diiklankan untuk mereka. Walaupun kita tidak menafikan ada graduan yang memperoleh pekerjaan namun mereka ini acapkali menyuarakan rasa tidak puas hati dengan suasana dan bentuk pekerjaan mereka. Apabila keadaan sebegini berlaku, banyak pihak yang menuding jari kepada graduan sendiri sedangkan kemungkinan banyak pihak lain yang turut berperanan menyumbang ke arah fenomena yang tidak menarik ini.

Sudah banyak perdebatan diadakan untuk membincangkan isu ini. sama ada di media cetak mahupun di media elektronik. Namun, masalah yang sama tetap berulang tanpa jalan penyelesaian yang konkrit. Usaha memartabatkan graduan semula masih pada tahap kabur. Dengan perkembangan pesat kehidupan hari ini yang dilingkari oleh pelbagai tuntutan yang mencabar, graduan yang kurang kemahiran berkomunikasi dan kurang kemampuan berfikir sudah pasti tidak mampu untuk menguasai hambatan-hambatan menimba pengalaman hidup yang semakin mencabar. Tekanan ini ditambah pula oleh tanggapan-tanggapan negatif yang dilemparkan oleh masyarakat terhadap mereka.

Banyak pihak terutama yang terlibat dalam bidang pekerjaan nampaknya sentiasa memberi pelbagai dalih dalam menawarkan pekerjaan kepada graduan lebih-lebih lagi kepada mereka yang dilihat kurang berinisiatif semasa ditemu duga. Graduan sebenarnya kekurangan pengalaman dan mereka sebenarnya ‘tersepit’ tanpa jalan keluar yang pasti. Dalam arus globalisasi kini, bahasa Inggeris begitu dipentingkan berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Masyarakat kita terutama para graduan perlu menyedari hakikat ini.Sekiranya mereka tidak menguasai bahasa ini sebaiknya di samping tidak mempunyai peluang untuk mengikuti latihan dalam pekerjaan, mereka akan terkapai-kapai atau teraba-raba dalam mengemudi hidup demi masa depan yang lebih baik. Graduan perlu diberi peluang menonjolkan kebolehan mereka menerusi latihan pekerjaan. Kita seboleh-bolehnya perlu menghentikan pengambilan pekerja-pekerja asing terutama pakar-pakar bidang tertentu yang dilihat semakin cenderung menguasai alam pekerjaan di negara kita. Persepsi terhadap bidang pekerjaan dalam bidang perladangan, pertanian dan perindustrian oleh para graduan sendiri perlu diubah.

Graduan ialah bakal pemimpin yang akan mencorakkan masa depan negara. Berilah peluang untuk mendapatkan pengalaman dan menyerlahkan kebolehan mereka seperti yang pernah diungkapkan oleh ahli pemikir terkenal,Ibnu Khaldun iaitu ‘aku mengenal diriku dan orang lain juga tahu tentang diriku’.

(Diubahsuaikan daripada Persepsi Masyarakat Punca Graduan Semakin Tertekan oleh Norhaidi Mohd Nordin, Berita Harian 6 Julai 2004)Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-78432265495593381032010-05-24T19:31:00.000-07:002010-05-24T19:35:04.314-07:00RumusanBaca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian di negara kita dan kekangan yang dihadapi untuk memajukan sektor tersebut.. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi daripada 120 patah perkataan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggarisi beberapa strategi dan langkah yang disifatkan oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai usaha untuk mencergaskan sektor pertanian semula. Sektor pertanian dilihat sebagai (1) sektor yang menjanjikan pulangan lumayan di samping menjadi wahana dalam usaha (2) merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar. Adalah menjadi impian kerajaan bahawa menjelang tahun 2020 , negara kita bukan sahaja maju dalam sektor industri di bandar malahan maju dalam industri pertanian di desa. Semua agensi berkaitan dengan petani, penternak dan nelayan perlu melipatgandakan usaha bagi membuktikan bahawa pertanian bukannya sektor ‘lembab’ yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kemiskinan.

Sektor pertanian mampu (3) mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan bekalan makanan. Perbelanjaan mengimport makanan sebanyak RM 4.3 bilion setahun merupakan satu angka yang besar. Jumlah ini boleh disalurkan untuk program-program lain yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Sektor pertanian kini berpotensi (4) meningkatkan eksport barangan makanan lantas dianggap salah satu (5) enjin pertumbuhan ekonomi negara selain sektor pembuatan dan perkhidmatan. Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa negara mempunyai pasaran sebesar RM 18 bilion untuk produk seperti perasa, makanan dan minuman berasakan hasil tani serta herba. Kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk mengembangkan sektor pertanian dengan (6) menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini. Jawatankuasa Peningkatan dan Mempelbagaikan Pendapatan Petani,Penternak dan Nelayan telah ditubuhkan bagi mencari jalan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Hala tuju kerajaan adalah untuk mentransformasikan sektor pertanian negara. Antara langkah yang telah diambil adalah dengan mengamalkan kaedah pertanian terkini melalui aplikasi teknologi moden di samping penemuan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).Langkah juga diambil untuk menjadikan negara sebagai pusat pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran hasil pertanian ke pasaran global. Skim penggalakan ladang juga dilaksanakan bagi menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik. Sektor pertanian menjadi semakin penting kerana mampu (7) meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi. Sebuah makmal yang menjalankan penyelidikan bioteknologi telah ditubuhkan di Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI). Kemajuan dalam bidang pertanian juga bermakna (8) pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PPN) dan pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik agar lebih berkemampuan mengemudikan projek-projek pertanian komersial.

Sudah sampai masanya para petani menjayakan program Amalan Pertanian Baik (APB) yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan. Sebagai sebuah negara yang tanahnya subur dan sesuai untuk semua jenis tanaman, pengimportan makanan melebihi eksport tidak sepatutnya terus berlaku. Gagasan besar kerajaan ini hanya akan mencapai matlamat sekiranya golongan sasar sanggup mengubah sikap dan pemikiran dengan menggunakan kaedah, teknologi serta amalan pertanian yang disyorkan.

(Diubahsuaikan daripada rencana Asas Tani Bertunas oleh Laupa Junus, Utusan Malaysia , 31 Ogos 2004)Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2237442883332916520.post-66704194069910120132010-05-24T19:30:00.000-07:002010-05-24T19:31:34.880-07:00RUMUSANBaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah bekalan air dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Apabila berlakunya krisis air di Lembah Klang, Majlis Air Kebangsaan telah ditubuhkan oleh kabinet pada 1 April 1998. Majlis ini bertujuan untuk mengawal dan mengurus sistem pembahagian air bagi memastikan bahawa negeri-negeri yang kering dapat memiliki bekalan air daripada negeri-negeri yang kaya air. Langkah kerajaan meningkatkan bayaran bil air di kawasan Lembah Klang selepas berlakunya krisis ini juga merupakan satu langkah yang positif.Melalui tindakan drastik ini sekurang-kurangnya masyarakat di kawasan ini akan menggunakan air dengan lebih jimat dan cekap. Langkah ini secara berperingkat akan dilaksanakan di seluruh negara tidak lama lagi.

Selain itu, pihak berkuasa juga boleh mengambil tindakan untuk membersihkan sungai-sungai yang tercemar supaya boleh diguna semula sebagai sumber air. Tidak dinafikan bahawa usaha ini akan menelan belanja yang besar, namun jika hasilnya memuaskan dan membawa manfaat kepada pengguna , maka tindakan itu bolehlah dijalankan.

Langkah seterusnya, pihak kerajaan khususnya Jabatan Bekalan Air(JBA) harus membaiki semua paip yang telah bocor dan rosak, secepat mungkin. JBA juga harus berusaha untuk meningkatkan taraf paip asbestos di kawasan bandar supaya tahan lebih lama. Menerusi tindakan tersebut, pihak yang mencuri air juga dapat dikesan dan diambil tindakan yang sewajarnya.Pihak kerajaan juga harus membuat penyelidikan yang terperinci untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengagihan dan penggunaan air. Contohnya, di bandar raya Tokyo, air yang digunakan untuk mencuci tangan disalurkan semula supaya boleh diguna semula untuk menyimbah tandas. Penggunaan air yang cekap seperti ini harus dirancang dan dilaksanakan di negara kita.

Pembinaan empangan juga merupakan salah satu alternatif untuk mengatasi masalah krisis air ini. Empangan boleh digunakan untuk mengumpul air hujan dan disalurkan kepada orang awam ketika kecemasan. Contohnya, pembinaan empangan Kenyir dan Pedu, banyak membantu dalam penyaluran air untuk hasil pertanian semasa musim kemarau negara kita. Antara langkah lain ialah mengenal pasti kawasan kecil yang mempunyai sumber air bawah tanah. Air bawah tanah ini boleh digunakan ketika berlakunya krisis air.

Seterusnya, pihak kerajaan juga harus menggalakkan pengusaha air mineral mengurangkan kos pengeluaran mereka. Jika kos dapat dikurangkan , air mineral dapat dijual dengan harga yang lebih murah. Hal ini membolehkan orang ramai membelinya dan
menggunakannya sebagai sumber minuman ketika krisis air.
( Diubahsuaikan daripada Krisis Air oleh V.Sivarubini Dewan Siswa,Julai 2003)Mat Yusoffhttp://www.blogger.com/profile/16352442927923054504noreply@blogger.com0