BIDANG TUGAS PENGETUA


• Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.

• Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.

• Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

SENARAI TUGAS PENGETUA

Pengurus Kurikulum —Kerja Ikhtisas

• Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan.

• Menentukan sasaran sekolab, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.

• Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran rnengjkut peruntukan waktu yang ditetapkan.

• Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.

• Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk erancangan dan tindakan susulan.

• Menyelia dan mencerap proses P& P.

• Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke masa.

• Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.

• Menentukan keberkesanan pengguna PSS.

• Memastikan panitia matapelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan.

• Memastikan polisi untuk aktiviti kokurikulum.

Pembangunan Diri Pelajar

• Mernastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi.

• Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.



Pengurusan dan Pembangunan

• Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.

• Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar.

• Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.

• Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.

• Memastikan polisi peperiksaan awarn dilaksanakan mengikut peraturan.

• Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.

• Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.

• Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.

• Mengambil langkah-Iangkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.

• Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.

Pengurusan Personal

• Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta sokongan dilaksanakan.

• Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.

• Menentukan tugasan dan bidang kerja serta menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.

• Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawal yang melanggar Arahan Perkbidmatan di bawah bidang kuasa

• Menjaga kebajikan pegawai.



Kewangan

• Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.

• Mengawal dan menynmak pembenan perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA,KERAJAAN DAN ASRAMA.

• Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.

• Mengawal stok dan harta benda sekolah.

Kemudahan Fizikal

• Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran dalam keadaan baik.

• Mempertingkatkan keceriaan sekolah.

• Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik.

• Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.

• Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselainatan harta benda sekolah.

Pembangunan Organisasi dan Diri

• Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.

• Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri.

• Mengawal “Experiences” berdasarkan pemerhatian, data dan seliaan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan “Learning Experiences” pelajar.

• Merancangkan kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.

• Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.

Pembangunan Kendiri

• Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.

• Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan seko1ah (R&D).

• Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.

• Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.

• Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.

• Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah.

• Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian / Jabatan dan Agensi-agensi Iuar.

• Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan.





















Peranan dan Tanggungjawab Pengetua



Pentadbir di sesebuah sekolah dipegang oleh seorang guru yang bergelar Pengetua atau Guru Besar yang dibantu oleh pembantu-pembantu tadbir yang lain. Pengetua atau Guru Besar yang berperanan sebagai ketua dan pengurus yang memegang setiap amanah yang dijalankan di sekolah. Sebagai salah satu komponen dalam sekolah, mereka ini memegang dua peranan utama iaitu:

• Pentadbir

• Penyelia kakitangan di sekolah termasuk proses pengajaran dan pembelajaran.

• Namun begitu, status pengetua adalah berbeza sama ada pengetua di sekolah kerajaan atau sekolah swasta yang mana sekolah kerajaan adalah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Ketua esekutifnya ialah pengetua dan semua aktiviti, sukatan pelajaran dan peruntukan sumber kewangan, sumber manusia adalah tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala sekolah swasta merujuk kepada sekolah menengah sepenuh masa yang menyediakan pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan awam anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah ini adalah dimiliki, ditadbir dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta dan berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan kawalan Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996. dan juga Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat. (Shahril Marzuki, 1999). Perjalanan dan pengurusan sekolah ini adalah di bawah

• Tugas yang digalas adalah semua perkara yang berlaku di sekolah. Secara keseluruhannya adalah berkaitan dengan perancangan, staf, kurikulum, kaedah serta aktiviti kokurikulum. Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab mengatur perjalanan semua ini.

• P.C. Wren ada menyatakan bahawa

• “What the main spring is to the watch, the fly wheel to the machine or the engine to the steamship, the headmaster to the school. The character of the school reflects and proclaims the professional character of the headmaster. He is the seal and the school is the wax. He is the organizer, leader, governor, business director, coordinator, superintendent, example, teacher, guide philosopher and friend”

• Seorang pengetua bukan sekadar pengetua semata-mata malah menjadi semua pihak dalam mentafsir dan mencipta polimik dunia masa depan. Pada hakikatnya, Pengetua bukannya sekadar kerjaya kehidupan tetapi mempunyai skop yang lebih luas dan tidak membatasi kehidupan dunia semasa. Oleh yang demikian, seorang pengetua seharusnya memahami dan mampu meneliti keadaan persekitaran sekolah dan sostem sosial serta bagaimana ia digerakkan. Peranan dan tanggungjawab yang digalas adalah besar dan meliputi perkara-perkara berikut:

• Pengawas Tugas:

• Pengawasan ke atas arahan:

• Bagi meningkatkan sesuatu kualiti organisasi, seorang pengetua hendaklah sering melakukan pengawasan ke atas setiap kakitangan di bawahnya termasuklah tugas-tugas pentadbiran serta proses pengajaran yang dilakukan di dalam kelas. Tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan mutu setiap perancangan adalah melalui perbincangan bersama, nasihat dan cadangan yang membina dan menganalisis setiap perlaksanaan. Pengetua hendaklah bekerjasama bersama-sama guru dalam meningkatkan suasana pengajaran.

• Mengawasi Kemajuan dan Penambahbaikan Kurikulum Sekolah:

• Reka bentuk kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyai matlamat dan objektif yang mampu memberi keuntungan kepada sesebuah organisasi. Walaupun guru bertanggungjawab melaksanakan setiap rancangan yang telah direncanakan, ia perlulah mendapat perhatian dan pengawasan daripada Pengetua bagi memastikan ianya ditafsirkan secara efektif dan mencapai matlamat yang diharapkan.

• Mengawasi Kurikulum dan Aktiviti Kokurikulum:

• Aktiviti kurikulum adalah seperti garis panduan tugas, peperiksaan dan penilaian, serta kokurikulum aktiviti seperti sukan dan permainan, hobi, debat, kebudayaan, program khidmat masyarakat dan pertubuhan, persatuan serta kelab. Pembahagian dan perlaksanaan aktiviti ini disekolah adalah di bawah seliaan pengetua. Maka, pengetualah yang mampu membantu dan menjana pertumbuhan metal, moral dan fizikal seorang manusia. Malah, di peringkatkan pengetua menjadi seorang model yang menjadi rujukan dan contoh terbaik.

• Pengawas di Asrama:

• Asrama sekolah memerlukan seorang pengawas atasan selain daripada warden asrama itu sendiri. Tugas pengetua di sini adalah menjadi seorang yang mampu mencipta suasana asrama seperti di rumah sendiri. Apa yang perlu dilakukan adalah sentiasa peka dan melawat keadaan asrama dan meneliti pengurusan asrama secara efisyen.

• Pegawai Tadbir:

• Menjadi seorang pegawai tadbir membahagikan tugas pengetua kepada dua iaitu pengurusan dalaman dan luaran. Pengurusan luaran menghubungkan pengetua dengan pihak berkuasa di luar seperti kerajaan, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Negeri dan semua pertubuhan kerajaan mahupun bukan kerajaan yang terlibat dengan pengurusan di sekolah. Pengurusan dalaman sekolah hanya meliputi pejabat sekolah, pentadbiran kewangan dan perancangan sekolah.

• Hubungan Dengan Pihak Berkuasa Luar:

• Pendidikan sudah menjadi satu organisasi yang bertanggungjawab kepada sesebuah negeri yang mana kerajaan telah menetapkan polisi pendidikan, belanjawan pendidikan dan servis perkhidmatan yang boleh diterima oleh seorang guru. Pengetua seharusnya peka dengan perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan pada peringkat kerajaan.

• Hubungan Dengan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah:

• Pengetua merupakan salah seorang daripada sekreteriat pendidikan dalam satu-satu negeri atau daerah. Badan ini lah yang mempunyai kuasa dalam penetapan beberapa aspek dalam perlaksaan pendidikan di peringkat negeri seperti kemasukan, pengeluaran, kehadiran, hari persekolahan, peraturan-peraturan dan sebagainya.

• Hubungan dengan Pertubuhan Penduduk:

• Setiap kawasan akan mempunyai pertubuhan penduduk tersendiri seperti Rukun Tetangga. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan yang berkuasa ke atas sistem pendidikan yang mereka kehendaki dan selaras dengan keadaan setempat. Bagi memastikan setiap tindakan berjalan dengan lancar, seorang pengetua perlulah mendapat mandat atau bekerjasama dalam setiap urusan yang melibatkan pengetahuan dan tindakan penduduk setempat.

• Pengetua Sebagai Seorang Guru

• Pengetua juga adalah tenaga pengajar yang merangkap ketua tenaga pelajar di sekolah. Pada asasnya, beliau juga seorang guru. Jadi, beliau juga tidak boleh lari daripada tugas mengajar. Fungsi beliau adalah untuk memberi panduan pendidikan, teknik pengajaran, pendekatan-pendekatan baru dan menukar strategi lama kepada strategi baru. Pendekatan yang diberikan kepada seorang pengetua adalah istimewa di mana beliau tidak akan mengajar dalam masa pengajaran yang banyak kerana peruntukan masa banyak dihabiskan untuk pengurusan.

• Pengurusan-pengurusan Sekolah yang Lain:

• Pengetua juga perlu menyelia pelbagai pengurusan harian selain daripada tugas pengajaran seperti kemudahan fizikal dan infrastruktur, pemuliharaan dan pembaikan, penggunaan dan pemanfaatan sumber dan pengoperasian. Pengetua hendaklah melihat setiap peralatan yang diperlukan adalah mencukupi dan bersesuaian dengan pengguna yang menggunakannya. Bagi setiap tindakan ini, satu jawatankuasa kecil boleh ditubuhkan bagi menyelia semua peralatan dan menyemak senarai keluar masuk barang serta mengurus perbelanjaan peralatan.

• Organisasi di Pejabat

• Sebagai seorang pentadbir, pengetua juga tidak terlepas daripad tugas-tugas di pejabat seperti pendaftaran pelajar, guru serta staff sokongan, surat-menyurat, merekod dan mengemaskini akaun. Beliau juga perlu memastikan pengurusan pejabat berjalan dengan lancar dan mengelak berlakunya penyelewengan dan ketidakcekapan