Friday, November 20, 2009

Tatabahasa-Kesalahan Ejaan

Nama:________________________________
Tingkatan:____________________________
Tandakan jawapan yang betul
1. 1800-an 1800an
2. adik-beradik adik beradik
3. anti dadah antidadah
4. anti-Rusia anti Rusia
5. hambamu hamba-Mu
6. ke-20 ke 20
7. ke-X X
8. prokerajaan pro-kerajaan
9. pro-Amerika pro Amerika
10. se-Malaysia se Malaysia
11. kedua ibu bapa kedua-dua ibu bapa
12. kadangkala kadang kala
13. tali temali tali- temali
14. catat catit
15. maksima maksimum
16. analisis analisa
17. cap cop
18. stem setem
19. bumiputera bumiputra
20. memperolehi memperoleh
21. landskap lanskap
22. atlit atlet
23. lagenda legenda
24. insuran insurans
25. injin enjin
26. manafaat manfaat
27. mengetepikan mengenepikan
28. memastikan mempastikan
29. faksimili faksimilie
30. bandar raya bandaraya
31. tengah hari tengahari
32. atur cara aturcara
33. temu duga temuduga
34. ulang tahun ulangtahun
35. komersil komersial
36. pesaraan persaraan
37. perlantikan pelantikan
38. patriotisma patrioisme
39. nasionalisma nasiolisme
40. arkitek akitek
41. stesen stesyen
42. gembleng gembeleng
43. kuatkuasa kuat kuasa
44. ko-kurikulum kokurikulum
45. kelendar kalendar
46. sosioekonomi sosio ekonomi
47. definisi definasi
48. isnya Allah insya-Allah
49. pensil pensel
50. pascaijazah pasca ijazah
51. pra kata prakata
52. rahmatnya rahmat-Nya
53. sub kontraktor subkontraktor
54. tatacara tata cara
55. juruhias juru hias
56. sessi sesi
57. kemaskini kemas kini
58. negara ku negaraku
59. peletakan perletakan
60. perihatin prihatin
Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu
Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988

Sajak

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979

Analisis soalan Percubaan BM SPM 2009

ANALISIS BAHASA MELAYU TRIAL SPM 2009
KERTAS 1
NEGERI
BAHAGIAN
SOALAN/ISU/TAJUK

SABAH

A

B

Faedah-faedah melancong dalam negeri sendiri.

1.Punca dan langkah mengatasi banjir. (Surat kiriman
rasmi)
2.Peranan keluarga dalam melahirkan masyarakat
Sihat.(Pendapat)
3.Kepentingan mengekalkan perpaduan di negara ini.
4.Kesan pemanasan dunia dan peranan masyarakat
antarabangsa menanganinya.
5.Puisi tradisional- usaha-usaha mengekalkannya.

TERENGGANU

A


B


Usaha-usaha untuk memperoleh kecemerlangan dalam
akademik

1.Kejayaan seseorang tokoh telah membakar semangat
untuk mencapai kejayaan dalam hidup-jelaskan
2. Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah
anak-anak
3.Langkah-langkah untuk mendidik masyarakat agar
menghargai sumber air
4.Tindakan yang boleh diambil masyarakat dunia
untuk menangani masalah pemanasan suhu
dunia.(Rencana)
5.Unsur sindiran dan jenaka dalam sastera rakyat
dapat dijadikan teladan dalam kehidupan.
(Bincangkan)

PAHANG

A

B

Ciri-ciri remaja berwawasan

1.Ibu bapa terpaksa melakukan dwikerjaya untuk
menampung perbelanjaan keperluan keluarga yang
semakin meningkat.(Pendapat)
2.Cara mendidik masyarakat Malaysia agar menjadi
golongan pengguna yang berhemat
3.Kepentingan integrasi nasional dalam masyarakat
berbilang bangsa. (Wawancara)
4.Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Antarabangsa.(Rencana )
5.Ulasan unsur-unsur menarik yang terdapat dalam
sebuah novel yang telah dibaca

MARA

A

B

Ciri-ciri menjadi usahawan yang berjaya

1.Usaha-usaha untuk menjadi remaja yang sihat dan
cergas
2.Sebab-sebab dan kesan-kesan bilangan ahli keluarga
yang sedikit dalam masyarakat kini
3.Langkah-langkah untuk menyuburkan semangat
patriotisme
4.Penglibatan negara dalam membantu mangsa
bencana alam pada peringkat antarabangsa.(Surat
tidak rasmi)
5.Faedah-faedah mengamalkan semangat kerjasama
dalam masyarakat majmuk di Malaysia- Bagai aur
dengan tebing

SBP dan Sekolah Kluster

A

B

Kepentingan mempelajari sejarah negara

1.Kepentingan pelaburan masa depan. (Ceramah)
2.Peranan ibu bapa dalam menangani masalah remaja
masa ini
3.Pendidikan industri – menjurus kepada bidang
teknologi untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir
dalam bidang perindustrian.(Rencana)
4.Peranan Malaysia dalam membasmi penularan
penyakit berbahaya seperti H1N1.(Ulaskan)
5.Kepentingan nilai murni dalam masyarakat hari ini-
(Pendapat)

KEDAH

A

B

Kesan negatif filem kepada remaja

1.Sumbangan anda untuk mengekalkan budaya
warisan rakyat Malaysia
2.Peranan ibu bapa mendidik anak-anak
memanfaatkan internet
3.Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh
usahawan untuk mencapai standard kualiti barangan
- Antarabangsa
4.Kemasukan warganegara asing meninggalkan
beberapa implikasi.(Jelaskan)
5.Cerpen/skrip drama-konflik remaja

NEGERI SEMBILAN

A


B

Cadangan-cadangan untuk meningkatkan mutu
pengangkutan awam di negara ini.

1.Faktor-faktor gejala buli semakin berleluasa
2.Langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa
dalam memupuk amalan berjimat-cermat
3.Kepentingan menjaga dan memulihara bangunan
Bersejarah.(Syarahan)
4.Usaha-usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai
destinasi pilihan pelancong asing
5.Punca-punca golongan remaja tidak berminat
membaca dan menghayati karya sastera

PERAK

A


B


Huraikan pendapat perubahan yang berlaku dalam
bidang pendidikan dan komunikasi di negara kita.

1.Usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk
membantu rakan yang terlibat dengan gejala social.
(Surat tak rasmi)
2.Tindakan-tindakan yang dapat diambil oleh pelbagai
pihak untuk memupuk semangat kejiranan
3.Setelah 50 tahun merdeka, Malaysia muncul sebagai
sebuah negara membangun dalam pelbagai bidang
dan diiktiraf antarabangsa.(Pendapat)
4.Ke arah mewujudkan keamanan dunia sejagat-esei
5.Karya sastera memainkan peranan dalam
membentuk corak hidup generasi pada masa akan
dating.(Jelaskan)

JOHOR

A


B

Cara-cara menjaga kesihatan dalam kalangan masyarakat

1.Langkah-langkah remaja dapat mengelakkan diri
daripada terlibat dalam gejala social-bincangkan
2.Ibu bapa berperanan membentuk akhlak dan
merupakan penentu kejayaan akademik anak-anak.
(Pendapat)
3.Kesan-kesan pengambilan makanan segera dan
makanan ringan terhadap kesihatan. (Ceramah)
4.Tindakan masyarakat dunia dalam menghadapi
bencana alam.(Jjelaskan)
5 Faedah-faedah mempelajari karya sastera kepada
generasi muda

KELANTAN

A


B

Usaha-usaha yang dapat dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya

1.Faedah yang diperoleh pelajar apabila menyertai
aktiviti kokurikulum
2.Ibu bapa pembentuk sahsiah anak-anak- rencana
3.Usaha pelbagai pihak untuk melestarikan keindahan
alam sekitar di negara kita
4.Sumbangan yang boleh dihulurkan oleh Negara-
negara jiran dalam membantu negara yang dilanda
bencana alam
5.Karya sastera mengandungi pelbagai pengajaran
yang dapat mendidik masyarakat. (Bincangkan)

KUALA LUMPUR

A

B


Penglibatan pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan

1. Gaya hidup sihat perlu menjadi amalan remaja (Pendapat)
2. Ibu bapa melarang anak-anak membaca bahan
bacaan ringan seperti komik dan majalah hiburan
kerana dianggap membuang masa dan tidak
meningkatkan prestasi akademik anak-anak.
(Huraikan pendapat)
3. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan telah
diperkenalkan di sekolah untuk melahirkan murid
yang patriotik dan bertanggungjawab sebagai warga
negara. (Temu bual dengan guru Sejarah)
4. Kerjasama ekonomi antara negara semakin meluas.
Huraikan kepentingan pelaburan antarabangsa
dalam menjana ekonomi sesebuah negara.
5. ”Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk”.
(Cerpen)

PERLIS

A


B

Langkah-langkah menangani masalah ponteng sekolah
dalam kalangan pelajar

1.Pengenalan mata pelajaran sejarah di peringkat
sekolah rendah mampu membentuk jati diri generasi
muda.(Pendapat)
2.Langkah-langkah meringankan beban keluarga
dalam menghadapi kemelesetan ekonomi. (Jelaskan)
3.Kebanjiran pekerja asing di negara kita meningkatan
kadar jenayah dan masalah social. (Rencana)
4.Bencana alam dikatakan berpunca daripada
pembangunan tanpa perancangan. (Ulaskan)

5.Seikat bak sirih, serumpun bak serai-
menggambarkan hubungan erat yang wujud dalam
kalangan masyarakat. (Pendapat)

Pulau
Pinang

A.

B.


Langkah-langkah berjimat cermat

1. Kesan lambakan rancangan realiti kepada remaja. (Surat tidak rasmi)
2. Keharmonian keluarga dan kejayaan anak-anak (Ulasan)
3. Cara-cara menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam.(Pendapat)
4. Memperkenalkan budaya melalui program pertukaran
pelajar antara negara (Komen)
5.Punca-punca mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
semakin terpinggir. Cara-cara mengatasinya.

SMK Bukit Jambul,
P.Pinang


A


B

Peranan masyarakat dalam memajukan industeri pelancongan negara.

1.Suasana dan aksi perlumbaan semasa menyaksikan
perlumbaan kereta Formula Satu di litar lumba
negara (Gambaran)
2.Punca-punca kegiatan pelumbaan haram dan
langkah-langkah mengatasinya (Wawancara dengan
Ketua Polis Negeri)
3. Langkah-langkah untuk memajukan industri kraf
tangan negara sehingga ke peringkat antarabangsa.
(Perbincangan)
4.Faedah program pertukaran pelajar kepada pelajar
dan negara.(Bincangkan)
5.Cerpen tentang kerajinan dan ketabahan seorang
rakan yang miskin dan cacat penglihatan.

SMK Georgetown,
P.Pinang

A

B


Usaha-usaha untuk memajukan industri kraf tangan Malaysia.

1.Remaja hari ini merupakan pemimpin hari esok. Oleh
itu, remaja perlu mengamalkan gaya hidup sihat.
(Perbincangan)
2.Aktiviti kekeluargaan pada hujungf minggu dapat
memperkukuh hubungan kekeluargaan.(Pendapat)
3.Lumba haram atau masalah ’mat rempit’,
menjejaskan kesejahteraan negara.(Surat Rasmi)
4.Pengeluaran gas ’rumah hijau’ dan perubahan iklim
dunia (Huraikan usaha-usaha pihak-pihak tertentu)
5.Langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat
Malaysia menghayati karya sastera demi
membentuk gagasan 1 Malaysia.(Rencana)

Analisis soalan Percubaan BM SPM 2009

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2009
Bahasa Melayu Kertas 2


SUMBER
Soalan 1
Merumus Petikan
Soalan 2b
Pemahaman Cerpen/Drama
Soalan 2c
Pemahaman Prosa Tradisional
Soalan 2d
Pemahaman Puisi (Tradisional /Moden)
Soalan 4a & 4b
Pemahaman Novel


Pulau
Pinang

Kesan-kesan pemakanan makanan segera kepada kanak-kanak (S)
Cara-cara mengatasinya (T)

Drama
’Jangan Bunuh Rama-rama’ - 5

Kezaliman Membawa Padah - 5

Sajak
’Jalan-jalan Raya Kotaku’ -4

a. Nilai bijaksana
b. Watak sampingan

SMK Bukit Jambul,
P.Pinang


Usaha-usaha mengukuhkan perpaduan (S)
Kepentingan perpaduan (T)


Lambaian Malar Hijau - 4

Sabor - 5

Sajak
‘Anak Laut’ – 4

a. Peristiwa yang
menimbulkan keinsafan
b. Nilai keberanian pada
watak utama (dua novel)

SMK Georgetown,
P.Pinang

Sebab pelajar wajar menyusun jadual belajar yang efektif (S)
Kekangannya (T)

Drama
’Serunai Malam’ - 4

Asal-usul Raja Kecil
- 5


Sajak
’Anak Laut’ - 4

a. Hubungan tema dengan watak
utama
b. Dua peristiwa yang harus
dielakkan dalam hidup
bermasyarakat (dua novel)

Kelantan

Strategi untuk menangani penularan wabak H1N1 (S)
Kesan penularannya kepada negara (T)

Drama
’Serunai Malam’ - 4

Pertarungan Tuah dan Jebat - 4

Sajak
’Di Ruang
Gemanya’ - 5

a. Cara watak-watak
menyelesaikan masalah yang
dihadapinya
b. Bandingkan persoalan simpati
(dua novel)

Kedah

Usaha=usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu (S)
Kekangannya (T)

Drama
’Jangan Bunuh Rama-rama’ - 5

Pertarungan Tuah dan Jebat - 4

Sajak
’Jalan-jalan Raya Kotaku’ - 4

a. Peristiwa yang menggambarkan
nilai keberanian pada watak
utama
b. Teknik imbas kembali
(dua novel)


Perak

Kepentingan pendermaan organ di negara kita (S)
Halangan untuk menderma organ (T)

Drama
’Kerusi’ - 5

Sabor - 5

Sajak
’Jalan-jalan Raya Kotaku’ - 4

a. Persoalan kebijaksanaan
menyelesaikan masalah
(peristiwa)
b. Dua latar masa (dua novel)

WP KL

Kebaikan pendidikan luar bilik darjah secara bermodul (S)
Kekangannya (T)

Drama
Kerusi’ - 5

Cerita Bayan Tiada Menurut kata Ibu Bapanya - 4

Sajak
’Jalan-jalan Raya Kotaku’ - 4

a. Teknik saspens
b. Nilai tanggungjawab

Negeri Sembilan

Musibah pemanasan global terhadap alam sekitar (S)
Punca-punca berlakunya pemanasan global (T)

Drama
’Serunai Malam’ - 4

Sabor - 5

Jalan-jalan Raya Kotaku - 4

a. Perwatakan watak
antagonis.
b. satu peristiwa yang
dapat dijadikan teladan
(dua novel)

Terengganu

Punca-punca berlakunya rumah terbengkalai (S)
Kesan-kesan daripada masalah ini(T)

Drama
‘Puteri Hang Li Po’ - 5

Cerita Bayan Tiada Menurut kata Ibu Bapanya - 4

Syair Kelebihan Ilmu

a. Keunggulan watak
utama (dua novel)
b. Nilai kasih sayang dan
nilai baik hati (dua novel)

MARA

Langkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam kegawatan ekonomi (S)
Kesan pemulihan ekonomi (T)

Drama
Serunai Malam’ - 4

Pertarungan Tuah dan Jebat - 4

Syair Kelebihan ilmu

a. Peristiwa yang menggambarkan
nilai kebijaksanaan
b. Perwatakan satu watak
sampingan (dua novel)

SBP dan Sekolah Kluster

Langkah-langkah untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu (S)
Kekangan yang dihadapi (T)

Annyss Sophellia - 4

Kepahlawanan Tun Beraim Bapa - 5

Sajak
’Derita Pertama’ - 4

a. Dua perkara yang anda anggap
menarik.
b. Bandingkan tema (dua novel)

Melaka

Tindakan menangani kenaikan harga barang (S)
Kekangan yang dihadapi pengguna (T)

Drama ’Jangan Bunuh Rama-rama’ - 5

Cerita Bayan Tiada Menurut kata Ibu Bapanya - 4

Sajak
’Jalan-jalan Raya Kotaku’ -4

a. Peristiwa yang menimbulkan
tanda tanya. (Mengapa?)
b. Satu cabaran yang dihadapi oleh
watak sampingan (dua novel)

Johor

Kepentingan kegiatan kokurikulum (S)
Kekangan-kekangan dalam pelaksanaannya (T)

Drama
’Kerusi’ - 5

Cerita Bayan Tiada Menurut kata Ibu Bapanya - 4

Sajak
’Jalan-jalan Raya Kotaku’ -4

a. Kesan yang anda alami selepas
membaca novel tersebut.
b. Peristiwa yang membuktikan
nilai kerjasama (dua novel)

Perlis

Langkah -langkah meningkat keberkesanan kitar semula (S)
Faedah-faedah kitar semula (T)

Drama
’Serunai Malam’ - 4

Pertarungan Tuah dan Jebat - 4

Sajak
’Anak Laut’ - 4

a. Teknik penceritaan.
b. Bandingkan pengakhiran cerita
(dua novel)

Pahang

Kepentingan menghayati sejarah (S)
Langkah-langkah memupuk minat pelajaruntuk mempelajari Sejarah (T)

Drama
’Kerusi’ - 5

Pertarungan Tuah dan Jebat - 4

Sajak
’Anak Laut’ - 4

a. Empat contoh keprihatinan watak
sampingan.
b. Persamaan dua nilai murni
(dua novel)

SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara

Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan nelayan (S)
Sebab nelayan masih miskin (T)

Lambaian Malar Hijau - 4

Cerita Bayan Tiada Menurut kata Ibu Bapanya - 4

Sajak
’Duhai Pentafsir’ - 5

a. Sejauh mana watak utama dapat
menghadapi cabaran
b. Perbandingan watak utama
(dua novel)

Sabah

Langkah-langkah menjayakan program kitar semula (S)
Faedahnya (T)

Drama
’Kerusi’ - 5

Sabor - 5

Sajak
’Anak Laut’ - 4

a. Dua contoh teknik imbas kembali
yang digunakan. Kenapa
menarik?
b. Persamaan latarmasa
(dua novel)

SMK St.Augustine,
Betong, Sarawak

Langkah-langkah mengawal kes keracunan di sekolah (S)
Punca-punca keracunan makanan(T)

Drama
’Serunai Malam’ - 4

Pertarungan Tuah dan Jebat - 4

Sajak
’Jalan-jalan Raya Kotaku’ -4

a. Dua teknik penceritaan yang
menarik
b. Nilai-nilai murni (dua novel)

Daerah Klang, Selangor

Langkah-langkah melesrtarikan alam sekitar (S)
Faedah-faedahnya (T)

Drama
’Serunai Malam’ -4

Asal-usul Raja Kecil - 5

Sajak
’Manusia dan Kesejahteraan’ - 4

a. Teknik suspens dan kejutan
b. Bandingkan satu watak
sampingan (dua novel)

Maahad Kerajaan/ SMU (A) Bantuan, YIK

Kesan pemanasan global (S)
Punca terjadinya fenomena ini (T)

Virus Zel untuk Abah - 5

Cerita Bayan Tiada Menurut kata Ibu Bapanya - 4

Seloka Pak Kaduk - 4

a. Bandingkan perwatakan watak
utama dengan satu watak
sampingan
b. Dua nilai keberanian (dua novel)

SPM Jun 2009

Punca-punca keracunan makanan(S)
Kesan-kesan keracunan makanan(T)

Drama
’Kerusi’ - 5

Sikap Terburu-buru akan Membawa Padah - 4

Pantun Kiasan

a. Dua peristiwa yang
menimbulkan kesan kepada
pembaca
b. Satu latar masa (dua novel)





Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


SUMBER

(a)

(b)

(e)

P.Pinang

Bina dua ayat untuk bezakan makna perkataan (alah, reda, perang)

Nyatakan jenis ayat

Peribahasa berdasarkan situasi bagi tiga ayat yang diuji.

SMK Bukit Jambul, PP

Kata pinjaman (bahasa Inggeris – integrasi, informasi, delegasi, demonstrasi, kolektif, kompromi)

Tukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah (Teks)

Peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan.

SMK Georgetown,
P.Pinang

Kata dasar dan imbuhan meN – (basah, membasahi, kotor, mengotori, baharu, membaharui)

Menggabungkan ayat menjadi tiga ayat majmuk

Peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan.


Kelantan

Kata kerja transitif – (melayan tetamu, mencabar minda, menerima cabaran, mengejar impian, meningkatkan prestasi, membangkitkan semangat)

Nyatakan jenis ayat: ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

Peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi bagi tiga ayat yang diuji.


Kedah

Kata ganda dan kata majmuk berimbuhan – (bersih-membersih, cubit-mencubit, tingkah-meningkah, mengemaskinikan, mencampur adukkan, menguatkuasakan)

Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang

Peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan.


Perak

Kata dasar dan kata ganda –
(masak – masak-memasak, tawar – tawar-menawar, sandar – sandar-menyandar)

Tukarkan ayat penyata kepada ayat tanya

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai (tiga ayat)


WP KL

Kata berimbuhan meN- (menyapa, memanggil, melaung, menyeru, menjerit, meneriak)

Menggabungkan ayat menjadi tiga ayat majmuk

Peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan.

Negeri Sembilan

Kata majmuk – (balai raya, temu ramah, reka bentuk, deria rasa, susun atur, segi empat panjang)

Tukarkan susunan ayat biasa kepada bentuk ayat songsang melalui pendepanan frasa kerja sahaja.

Peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai bagi tiga ayat yang diuji.


Terengganu

Kata majmuk – (daya saing, cetak rompak, berbelah bahagi, bercampur aduk, mengambil alih, membaik pulih)

Menggabungkan ayat menjadi tiga ayat majmuk

Peribahasa yang sama atau hampir sama dengan maksud peribahasa yang diuji.

MARA

Perkataan berawalan – (perilaku, prabayar, poliklinik, pancaindera, prokerajaan, pascamerdeka)

Tukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah (Dialog)

Peribahasa yang setara maksudnya dengan peribahasa yang digunakan dalam tiga ayat yang diuji.

SBP dan Sekolah Kluster

Kata dasar dan kata berganda – (tawar – tawar-menawar, simpang – simpang-perenang, turun – turun-temurun)

Pisahkan ayat-ayat kepada enam ayat tunggal

Peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai bagi tiga ayat yang diuji.

Melaka

Kata majmuk berimbuhan – (sama rata-menyamaratakan, salah guna-menyalahgunakan, putar belit-memutarbelitkan)

Tukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah (Dialog)

Senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Johor

Kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan (mantap) – (antarabangsa, kakitangan, setiausaha, tandatangan, tanggungjawab, warganegara)

Tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif

Peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan

Pahang

Kata majmuk – (kawal selia, kenal pasti, maklum balas, bedah siasat, lintas langsung, susun atur)

Cerakinkan ayat-ayat majmuk kepada enam ayat Tunggal

Peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat (tiga ayat)

Perlis

Pasangan minimal – (gagap – gugup, rempah – rempuh, sembah – sembuh)

Tukarkan ayat-ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa

Isikan tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara

Frasa indah / bahasa Melayu tinggi – (mengembalikan kegemilangan, menongkah arus, mencari ketenangan, menggapai impian, memberikan kata-kata, memperdengarkan syair)

Tukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah (Tiga ayat)

Peribahasa yang sama erti dengan peribahasa yang diuji (Tiga peribahasa)

Sabah

Bina dua ayat untuk bezakan makna perkataan (faedah, daki, alamat)

Tukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah (Dialog)

Peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan.

SMK St.Augustine,
Betong, Sarawak

Kata kerja transitif – (melayan tetamu, mencabar minda, menerima cabaran, mengejar impian, meningkatkan prestasi, membangkitkan semangat)

Tukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah (Tiga ayat)

Peribahasa yang setara dengan peribahasa yang digunakan dalam ayat-ayat yang diuji.

Daerah Kelang, Selangor

Kata dasar dan kata ganda – (bulat – bulat-bulat, mentah – mentah-mentah, para – para-para)

Nyatakan subjek dan predikat ayat

Peribahasa atau kata-kata hikmat yang membawa maksud yang sama dengan peribahasa yang diuji.

Maahad Kerajaan/ SMU (A) Bantuan, YIK

Pasangan kata – (berhemah – berhemat, dibubar – digubal, menghebahkan – menghebohkan)

Cerakinkan setiap ayat kepada dua ayat tunggal

Peribahasa yang membawa maksud yang sama dengan peribahasa yang diuji.

SPM Jun 2009

Kata majmuk dan rangkai kata – (nilai murni, budi bicara, pelbagai etnik, masalah sosial, semangat patriotik, masyarakat penyayang)

Menggabungkan dua ayat tunggal supaya menjadi ayat majmuk (penggunaan kata hubung yang sesuai)

Memberikan maksud peribahasa.

Tajuk Penting SPM 2008

SPM 2008

ANALISIS KERTAS 2
Peperiksaan Percubaan SPM Negeri / Modul Topikal


SOALAN 1 : MERUMUSKAN KARANGAN

NEGERI
TUGASAN SOALAN
KATA YANG SESUAI UNTUK PENDAHULUAN
JOHOR
langkah-­langkah pemeliharaan alam sekitar dan kepentingan alam sekitar yang berkualiti.
usaha / cara / kaedah / pendekatan / teknik / strategi
KEDAH
usaha-usaha membudayakan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat dan kekangan-kekangannya.
cara / pendekatan / langkah
KELANTAN
cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan kepentingannya
langkah / usaha / pendekatan / kaedah / strategi
MELAKA
strategi menjayakan Tahun Melawat Malaysia dan cabaran-cabaran dalam sektor pelancongan
usaha / cara / kaedah / pendekatan / teknik
N SEMBILAN
punca berlakunya jenayah terhadap kanak-kanak dan kesan kejadian-kejadian tersebut terhadap kanak-kanak lain
faktor / sebab
PAHANG
punca-punca keracunan makanan dan langkah-langkah mencegahnya
faktor / sebab
PERAK
usaha-usaha memperkasakan sistem pendidikan negara ke arah bertaraf dunia dan kepentingan memajukannya
cara / kaedah / pendekatan / teknik / strategi
PERLIS
faedah-faedah remaja bekerja sambilan dan keburukannya kepada remaja
manfaat / kebaikan / kelebihan / kepentingan
PULAU PINANG
usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia dan kekangan untuk melaksanakannya
cara / langkah / kaedah / pendekatan
SABAH
kesan negatif amalan rasuah dan sebab-sebab berlakunya amalan tersebut
implikasi / impak /
SARAWAK
cara-cara pengurusan hutan di Malaysia dan impak negatif penebangan hutan.
usaha / kaedah / pendekatan / teknik / langkah
SELANGOR
kelebihan pembantu rumah rakyat tempatan dan sesab-sebab rakyat tempatan tidak berminat bekerja sebagai pembantu rumah
kebaikan / manfaat
TERENGGANU
langkah-langkah untuk meningkatkan pengeluaran padi negara dan faedah-faedah peningkatannya
usaha / kaedah / pendekatan / teknik / cara / strategi
WP KL
kebaikan remaja bekerja sambilan dan kekangan yang dihadapi oleh mereka
manfaat / kelebihan / kepentingan / faedah
SBP
kelebihan menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional dan langkah-langkah menggalakkan tabungan pendidikan
manfaat / keuntungan / kepentingan / faedah / kebaikan
MRSM
langkah-langkah meningkatkan taraf hidup orang kurang upaya dan kekangan yang dihadapi dalam melaksanakannya
usaha / cara / kaedah / pendekatan / strategi
© sszma@hotmail.com

SOALAN 2 : PEMAHAMAN (2b-2d)

NEGERI
2b – CERPEN / DRAMA
2c – PROSA KLASIK


2d – PUSI TRADISIONAL / SAJAK
JOHOR
Drama – SERUNAI MALAM
Komsas - Perwatakan
PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

Puisi Tradisional - PANTUN KIASAN
Komsas - Pengajaran
KEDAH
Cerpen – VIRUS ZEL UNTUK ABAH
Komsas - Persoalan
SIKAP TERBURU-BURU MEMBAWA PADAH

Sajak - DI RUANG GEMANYA
Komsas - Nilai
KELANTAN
Cerpen – DI SISI RINDA
Komsas - Nilai
PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT

Puisi Tradisional - PANTUN ENAM KERAT
Komsas - Persoalan
MELAKA
Drama – SERUNAI MALAM
Komsas - Perwatakan
PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

Puisi Tradisional - PANTUN LAPAN KERAT
Komsas – Nilai Murni
N SEMBILAN
Cerpen – VIRUS ZEL UNTUK ABAH
Komsas - Persoalan
PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

Sajak - ANAK LAUT
Komsas - Unsur Bahasa
PAHANG
Cerpen – LAMBAIAN MALAR HIJAU
Komsas - Perwatakan
PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

Puisi Tradisional - PANTUN LAPAN KERAT
Komsas - Persoalan
PERAK
Cerpen – DI SISI RINDA
Komsas - Latar Tempat
PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

Sajak - ANAK LAUT
Komsas - Nilai
PERLIS
Cerpen – DI SISI RINDA
Komsas - Nilai Kemanusiaan
PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT

Sajak - MANUSIA DAN KESEJAHTERAAN
Komsas - Mesej
PULAU PINANG
Cerpen – DI SISI RINDA
Komsas - Nilai Kemanusiaan
CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA

Puisi Tradisional - PANTUN KIASAN
Komsas - Pengajaran
SABAH
Cerpen – VIRUS ZEL UNTUK ABAH
Komsas - Persoalan
KEZALIMAN MEMBAWA PADAH

Puisi Tradisional - PANTUN LAPAN KERAT
Komsas - Nilai Murni
SARAWAK
Cerpen – VIRUS ZEL UNTUK ABAH
Komsas - Perwatakan
CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA

Sajak - JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
Komsas - Persoalan
SELANGOR
Cerpen – LAMBAIAN MALAR HIJAU
Komsas - Perwatakan
SABOR

Puisi Tradisional - PANTUN LAPAN KERAT
Komsas - Persoalan
TERENGGANU
Cerpen – VIRUS ZEL UNTUK ABAH
Komsas - Pengajaran
CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA

Sajak - JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
Komsas - Pengajaran
WP KL
Cerpen – DI SISI RINDA
Komsas - Persoalan
PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT

Sajak - MANUSIA DAN KESEJAHTERAAN
Komsas - Pengajaran
SBP
Cerpen – VIRUS ZEL UNTUK ABAH
Komsas - Persoalan
PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

Sajak - ANAK LAUT
Komsas - Nilai
MRSM
Cerpen – LAMBAIAN MALAR HIJAU
Komsas - Nilai
KEZALIMAN MEMBAWA PADAH

Sajak - DI RUANG GEMANYA
Komsas - Persoalan
© sszma@hotmail.com


SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA

NEGERI
3a – MEMBINA AYAT
3b – SINTAKSIS


3e - PERIBAHASA
JOHOR
Kata Majmuk
Pola Ayat Dasar

Mengisi tempat kosong dalam petikan
KEDAH
Kata Dasar
Menggabungkan Ayat

Memberikan peribahasa yang bersesuaian dengan ayat
KELANTAN
Kata Dasar Banyak Makna
Menukarkan Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah

Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud yang diberi
MELAKA
Kata Ganda
Pola Ayat Dasar

Memberikan peribahasa yang bersesuaian berdasarkan petikan
N SEMBILAN
Kata Dasar Banyak Makna
Menukarkan Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah
Memberikan peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa dalam ayat yang diberi
PAHANG
Kata Ganda
Menggabungkan Ayat

Membina ayat menggunakan peribahasa
PERAK
Kata Berimbuhan (Pasangan)
Menukarkan Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah

Memberikan peribahasa yang bersesuaian berdasarkan dialog
PERLIS
Kata Dasar & Kata Ganda (Pasangan)
Menggabungkan Ayat
Memberikan peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa dalam ayat yang diberi
PULAU PINANG
Kata Ganda
Mencerakinkan Ayat – Subjek & Predikat

Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud yang diberi
SABAH
Kata Dasar (Pasangan)
Menggabungkan Ayat

Membina ayat menggunakan peribahasa
SARAWAK
Kata Berimbuhan
Menukarkan Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah

Memberikan peribahasa yang bersesuaian dengan ayat
SELANGOR
Kata Berkumpulan
Menukarkan Petikan Kepada Dialog

Melengkapkan ayat dengan peribahasa yang sesuai
TERENGGANU
Kata Dasar Banyak Makna
Menukarkan Petikan Kepada Dialog

Membina ayat menggunakan peribahasa
WP KL
Kata Berimbuhan (Pasangan)
Menukarkan Petikan Kepada Dialog

Melengkapkan ayat dengan peribahasa yang sesuai
SBP

Kata Dasar Banyak Makna


Menyatakan Jenis Ayat


Memberikan peribahasa yang bersesuaian dengan ayat
MRSM

Kata Ganda

Menyatakan Jenis Ayat


Membina ayat menggunakan peribahasa
© sszma@hotmail.com
SOALAN 4 : NOVEL

NEGERI
Soalan 4(a) – 7 markah
Soalan 4 ( b) – 8 markah
JOHOR
menghuraikan 2 latar masa
menghuraikan satu peristiwa pada permulaan novel ( 2 novel )
KEDAH
menyatakan 4 peristiwa berunsur kejutan
menghuraikan sifat gigih watak utama ( 2 novel )
KELANTAN
menghuraikan peristiwa yang menunjukkan keprihatinan watak sampingan kepada watak utama
menghuraikan kepincangan masyarakat ( 2 novel )
MELAKA
menghuraikan 2 nilai tanggungjawab
membandingkan 1 latar masyarakat ( 2 novel )
N SEMBILAN
menghuraikan 2 latar masa dan peristiwa
menghuraikan 2 peristiwa yang menggunakan teknik suspens ( 2 novel )
PAHANG
menghuraikan 2 kepincangan masyarakat
menghuraikan 2 latar masyarakat ( 2 novel )
PERAK
menjelaskan 2 peristiwa yang berkait dengan nilai kebijaksanaan
menghuraikan 2 latar masyarakat ( 2 novel )
PERLIS
menjelaskan 2 peristiwa yang menunjukkan pengorbanan watak
menghuraikan 1 nilai kasih sayang ( 2 novel )
PULAU PINANG
menghuraikan 2 peristiwa yang terdapat pada bahagian permulaan novel
menghuraikan 1 nilai keberanian ( 2 novel )
SABAH
menghuraikan 2 peristiwa yang menimbulkan tanda tanya
membandingkan watak utama ( 2 novel )
SARAWAK
menjelaskan 2 peristiwa yang memaparkan unsur suspens
menghuraikan nilai kebijaksanaan yang dimiliki oleh watak utama ( 2 novel )
SELANGOR
menghuraikan 2 teknik penceritaan
menjelaskan kesesuaian pengarang memulakan cerita ( 2 novel)
TERENGGANU
menyatakan 3 bukti hakikat hidup bermasyarakat
menjelaskan 2 teknik imbas kembali ( 2 novel )
WP KL
menghuraikan peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali & imbas muka
membandingan nilai kemasyarakatan ( 2 novel )
SBP
menghuraikan 2 teknik plot
menghuraikan 1 latar masa yang dapat dikaitkan dengan peristiwa penting
( 2 novel )
MRSM

menghuraikan 2 peristiwa yang menimbulkan keinsafan

menghuraikan 1 perwatakan watak antagonis ( 2 novel )

© sszma@hotmail.com



PERSEDIAAN UNTUK SPM 2008 (November)

Untuk SPM 2008 (November), semua teks KOMSAS yang belum disoal (dan yang pernah disoal dalam SPM Jun ) perlu dibaca, dikuasai, difahami dan dihayati untuk menghasilkan jawapan pemahaman yang tepat, lengkap, terperinci dan kemas.

CERPEN
a. Annyys Sophillea (Anak Laut)
b. Lambaian Malar Hijau (Anak Laut)
c. Virus Zel Untuk Abah (Kerusi)
d. Di Sisi Rinda (Kerusi)

DRAMA
a. Serunai Malam (Anak Laut)
b. Kerusi (Kerusi)

PROSA KLASIK
a. Peminangan Puteri Gunung Ledang (Anak Laut)
b. Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya (Anak Laut) Nov 2001/ Nov 2005
c. Pertarungan Tuah Dengan Jebat (Anak Laut) Jun 2002
d. Sikap Terburu-Buru Akan Membawa Padah (Anak Laut) Nov 2004/ Jun 2006
e. Sabor (Sabor)

SAJAK a. Jalan-Jalan Raya Kotaku (Anak Laut)
b. Anak Laut (Anak Laut)
c. Derita Pertama (Anak Laut)
d. Duhai Pentafsir (Kerusi) e. Di Ruang Gemanya (Kerusi)

PUISI TRADISIONAL
a. Pantun Kiasan (Anak Laut)
b. Seloka Pak Kaduk (Anak Laut)
c. Pantun Enam Kerat (Kerusi)
d Pantun Lapan Kerat (Kerusi)
e. Syair Kelebihan Ilmu (Kerusi)
f. Syair Jong Pecah (sebahagian) (Kerusi)


© sszma@hotmail.com




Untuk soalan Novel, semua aspek Kajian Sastera, Pemahaman dan Kemahiran Berfikir berikut perlu diberi perhatian.Aspek-aspek tersebut perlu dikuasai, difahami dan dihayati oleh calon untuk menghasilkan jawapan yang tepat, lengkap, terperinci dan kemas. Calon juga perlu memberi perhatian terhadap aspek-aspek yang telah disoal dalam SPM sebelum ini terutama SPM 2001-2006 ( Jun & Nov).

i Eksposisi/permulaan (pendedahan), perkembangan, novel

ii. Latar Masa / Latar Masyarakat

iii. Peristiwa-Peristiwa / Contoh - Contoh Penting Bagi Setiap Aspek Kajian Novel – Nilai / Perwatakan / Persoalan / Pengajaran / Tema

iv. Hal-Hal Yang Menarik Tentang Novel

v. Perasaan Setelah Membaca Novel

vi. Nilai Kemanusiaan / Nilai Kemasyarakatan



Kalau tak dapat menjadi pohon cemara di puncak bukit, jadilah belukar di bawah lembah…
Tetapi, jadilah belukar terbaik di pinggir sungai sempit, Jadilah belukar ,kalau tak dapat menjadi pohon.

Kalau tak dapat menjadi belukar selingkar, Jadilah rumput sederet, dan serikanlah sebatang jalan raya.

Kalau tak dapat menjadi ikan temoleh, jadilah seluang, Tetapi seluang terlincah di tasik terbentang.

Tidak semua boleh menjadi nakhoda, Sesetengah kita berbaju kelasi,
Namun setiap tubuh punya kerja, tugas besar dan kecil, Dan tugas segera adalah tugas yang terdekat.

Kalau tak boleh menjadi jalan raya,Jadilah sekerat lorong.

Kalau tak boleh menjadi matahari,Jadilah sebutir bintang…

Besar bukan ukuran gagal jaya, Tetapi , jadilah ‘YANG TERBAIK’ dalam segala



© sszma@hotmail.com/ mrsm transkrian/ oktober 2008