Friday, February 5, 2010

Novek Ekspedisi

Kajian Novel Ekspedisi
Karya Mohd Ghazali Tocheh

Tema dan Persoalan
Novel EKPEDISI bertemakan tentang ketabahan dalam menimba pengalaman meredah hutan yang penuh misteri.

Contoh;
a) Hadi dan kawan-kawannya tidak merungut walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan halangan sepanjang meredah hutan yang penuh dengan cabaran itu.
Ahli ekpedisi di bawah pimpinan Pak Musa dapat menimba pelbagai pengalaman dan pengajaran sepanjang meredah hutan tersebut.

b) Pak Salleh memberanikan diri untuk meredah hutan berkenaan demi menjejaki kumpulan penjenayah yang menjadikan hutan tersebut sebagai sarang dan tempat menyembunyikan jongkong emas yang dirompak.

Pengalaman berada di dalam hutan dan semangat yang gigih memberi kekuatan dan keyakinan kepada Pak Salleh sepanjang dia bersendirian di hutan tersebut demi mencapai matlamatnya untuk menangkap penjenayah-penjenayah yang bersarang di hutan tersebut

a) Semangat setia kawan dan perpaduan
Hadi sanggup menyertai ekspedisi tersebut walaupun pada mulanya tidak dibenarkan oleh orang tuanya.
Perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India. Mereka dapat menjalankan ekspedisi bersama tanpa sebarang masalah

b) Semangat kerjasama
Sepanjang ekspedisi itu berlangsung, anggota ekspedisi itu bekerjasama dalam menjalankan tugas seperti mendirikan khemah, mengangkut air, mencari kayu api dan memasak.

c) Kasih sayang
Pak salleh dan mak Jamilah memperihal kasih sayang mereka yang
mendalam terhadap Hadi. Seboleh-bolehnya pak salleh
enggan membenarkan hadi menyertai ekspedisi kerana berbahaya.

Novel

Asal-usul novel

Berasal dari perkataan Itali NOVELLA atau NOVELLETE.
Novella bermaksud kepala sesuatu cerita dalam bentuk prosa yang panjang.
Jakob Sumardjo dan Saini K.M (1986) cerita rekaan berbentuk prosa.
Shahnon Ahmad ialah satu bentuk rencaman hidup manusia menerusi bentuk sastera iaitu cereka
Hashim Awang (1984) memperincikan tentang pembahagian atau penggolongan jenis-jenis novel kpd 8 kategori;

Novel perwatakan, peristiwa, resaman, masyarakat, sejarah, politik, konflik, psikologi
1. Meliputi satu jangka masa yang panjangCth Novel sandera mengambil masa 40 tahun.
2. Bukan cerita mengenai seseorang tetapi sekelompok masyarakat.
3. Banyak watak ditampilkan
4. Ruang lingkup yang luas iaitu banyak peristiwa yang digabungkan, tempat,masa yang tidak terhad.
5. Jumlah perkataan 15000 hingga 40000 perkataan
6. Jangka masa membaca agak panjang-cth; 2 jam, cerpen 30 minit

Tema dan persoalan
Tema ialah idea utama atau persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh pengarang kepada pembaca melalui sesuatu karya.

Persoalan ialah perkara kecil dalam sesuatu karya yang berkait rapat dengan tema.
Watak ialah objek atau pelaku sama ada manusia atau makhluk lain yang menggerakkan sesuatu cerita berdasarkan sebab dan akibat.

Watak dan perwatakan
Perwatakan ialah sifat-sifat watak sama ada ditunjukkan melalui perasaan, sikap dan pemikiran.
Dapat dibahgika kpd 3 iaitu
Tempat- tempat belakunya sesuatu peristiwa
Latar masa- masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa
Latar masyarakat- keadaan dan citra masyarakat di tempat cerita berlaku spt agama, kepercayaan, pekerjaan dsb

Plot
Plot ialah susunan peristiwa dalam sesuatu cerita.
Plot disusun sama ada secara kronologi atau tidak kronologi
Binaan plot terdiri daripada
Pengenalan/permulaan
Perkembangan
Klimaks/puncak cerita
Peleraian/penyelesaian

Gaya bahasa
Gaya bahasa ialah cara pengarang menggunakan bahasa sebagai alat menyampaikan pemikiran dan pandangan.
Antara gaya bahasa
Diksi/pemilihan kata
Personifikasi
Simile
Ayat
Metafora,hiperbola, sinkof,perlambangan dll

Pengajaran ialah amanat atau mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang kepada pembaca
Pengajaran disampaikan secara tersirat melalui tingkah laku, pemikiran watak.
Pengajaran yang digarapkan bertujuan untuk dijadikan pedoman hidup kepada pembaca