Friday, February 5, 2010

Novek Ekspedisi

Kajian Novel Ekspedisi
Karya Mohd Ghazali Tocheh

Tema dan Persoalan
Novel EKPEDISI bertemakan tentang ketabahan dalam menimba pengalaman meredah hutan yang penuh misteri.

Contoh;
a) Hadi dan kawan-kawannya tidak merungut walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan halangan sepanjang meredah hutan yang penuh dengan cabaran itu.
Ahli ekpedisi di bawah pimpinan Pak Musa dapat menimba pelbagai pengalaman dan pengajaran sepanjang meredah hutan tersebut.

b) Pak Salleh memberanikan diri untuk meredah hutan berkenaan demi menjejaki kumpulan penjenayah yang menjadikan hutan tersebut sebagai sarang dan tempat menyembunyikan jongkong emas yang dirompak.

Pengalaman berada di dalam hutan dan semangat yang gigih memberi kekuatan dan keyakinan kepada Pak Salleh sepanjang dia bersendirian di hutan tersebut demi mencapai matlamatnya untuk menangkap penjenayah-penjenayah yang bersarang di hutan tersebut

a) Semangat setia kawan dan perpaduan
Hadi sanggup menyertai ekspedisi tersebut walaupun pada mulanya tidak dibenarkan oleh orang tuanya.
Perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India. Mereka dapat menjalankan ekspedisi bersama tanpa sebarang masalah

b) Semangat kerjasama
Sepanjang ekspedisi itu berlangsung, anggota ekspedisi itu bekerjasama dalam menjalankan tugas seperti mendirikan khemah, mengangkut air, mencari kayu api dan memasak.

c) Kasih sayang
Pak salleh dan mak Jamilah memperihal kasih sayang mereka yang
mendalam terhadap Hadi. Seboleh-bolehnya pak salleh
enggan membenarkan hadi menyertai ekspedisi kerana berbahaya.

No comments:

Post a Comment