Thursday, April 29, 2010

Contoh soalan kertas 1

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang 350 patah perkataan.


i) Anda seorang pelajar cemerlang Penilaian Menegah Rendah (PMR) di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang’.

Tulis ceramah anda selengkapnya.


ii)Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam tetapi mutu perkhidmatannya sering menjadi rungutan pelbagai pihak.

Nyatakan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam di negara ini.


iii )Sahabat pena anda di luar negara ingin mengetahui destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita.

Balas surat sahabat pena anda itu.


iv)Penganjuran sukan bertaraf dunia seperti Perlumbaan Kereta Formula 1 dan ‘Le Tour de Langkawi’ wajar diteruskan kerana banyak faedah yang diperoleh melalui penganjurannya.

Jelaskan faedah-faedah penganjuran sukan bertaraf dunia.


v)Tuliskan sebuah cerita yang bertemakan ‘kegigihan membawa kejayaan’.

Monday, April 26, 2010

UJIAN DIAGNOSTIK BAHASA MELAYU

NAMA:______________________________________
KELAS:______________________________________

Kenal pasti kesalahan kata atau ejaan dalam ayat di bawah.



1 Beliau dijatuhi hukuman penjara dua bulan


2Apa yang kaurancang hanya tinggal kenangan


3Aina dimanjakan oleh keluarga kerana ianya anak bongsu


4Suis kipas itu saya sudah tutup


5Saya menghadiahi bekas alat tulis kepada adik


6Saya menghadiahkan adik buku cerita


7Pen ini Aiman berikan kepada saya


8Munira paling pandai sekali dalam kelas 3A


9Jika sekiranya hari hujan, saya akan menggunakan payung ke sekolah


10Mala berlari sekuat hati bila dikejar anjing


11Pasu ini diperbuat dari tanah


12Farhana rindukan ibunya apabila berjauhan


13Tiap hujung minggu, ibu akan menziarahi saya di asrama


15Setengah orang alahan terhadap makanan laut


16Sudah satu setengah jam, dia menunggu teksi


17Setiap orang warganegara mestilah cinta akan negara


18Setiap petang, emak membeli goreng keledek


19Jejari-jejari basikalnya berkarat


20Kita perlu saling sayang-menyayangi sesama insan


21Kucing-kucing Ema comel-comel


22Sejak dari itu, saya sentiasa membantunya


23Oleh kerana hari sudah siang, dia padamkan pelita minyak tanah itu


24Komputer ini ayah beli


25Kerja sekolah itu saya sudah siapkan


26Kerja-kerja pedalaman sungai itu sudah siap


27Adalah diingatkan bahawa kamu mula cuti esok


26Sekawan burung-burung mula balik ke sarang apabila waktu senja


27Bendera-bendera berkibaran di sepanjang jalan


28Matlamat MARA ialah untuk melahirkan usahawan dalam kalangan bumiputera


29Beliau memiliki ijazah di bidang kejuruteraan


30Malaysia pernah terperangkap di dalam kegawatan ekonomi


31Masalah disiplin merupakan di antara masalah yang sukar dibendung dalam kalangan remaja


32Antara lagu-lagu popular ialah lagu Juwitaku


33Sejak daripada kurun ke-17 lagi orang Melayu mula berdagang


34Perangai Ahmad berbeza dari perangai abangnya


35Cicin ini kuhadiahkan bagimu


36Di suatu masa dahulu, orang Melayu kerja sebagai petani


37Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari


38Ahmad menghadiri temuduga pada minggu lepas


39Pada bulan lepas, Pos Malaysia melancarkan stem bertemakan flora dan fauna


40Dia memperdalami ilmu persilatan dengan Pak Ali


41Alia diperhambakan oleh ibu tirinya


42Seorang gadis Dusun diperisterikan oleh En Amir


43Pahlawan yang gagah itu dipersuamikan oleh Puteri Bongsu


44Penghulu itu mengambil berat tehadap kebajikan anak buahnya


45Lima pelajar telah menyertai pertandingan bahas


46Beberapa kereta berlanggar di lebuh raya KESAS


47Beberapa orang ahli panel telah membentang kertas kerja-kertas kerja dalam seminar itu


48A Samad Said telah dianugerahkan tokoh sasterawan negara


49Anak adalah anugerah Allah


50Kursus ini ialah untuk bakal usahawan muda


Friday, April 16, 2010

Kajian Keberkesanan Pembelajaran Tingkatan 3 2010

Jawatankuasa Gemilang PMR 2010 MRSM Kota Putra akan membuat kajian tentang keberkesanan pembelajaran pelajar tingkatan 3 MRSM Kota Putra. Tiga domain atau aspek yang akakn ditumpukan iaitu
a) Keberkesanan prep
b) Keberkesanan kelas tambahan
c) keberkesanan pembelajaran dalam kelas

Harap mendapat kerjasama daripada semua pihak.

Tuesday, April 13, 2010

PEPERIKSAAN PRAPERCUBAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009
BAHASA MELAYU
Kertas 1
Satu jam



JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 4 bahagian
2. Jawab semua soalan
3. Semua jawapan hendaklah dijawab pada kertas jawapan yang disediakan










©Hak cipta MRSM Kota Putra
Kertas soalan ini mengandugi 12 halaman bercetak
[ Lihat sebelah
SULIT








BAHAGIAN A (i)
( masa yang dicadangkan : 40 minit)


Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan mendapatkan nasihat akademik di kampus. Panjang ringkasan anda handaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bergelar mahasiswa baru ada keistimewaannya. Namun yang penting ialah persiapan mental dan sikap untuk menghadapi kehidupan yang jauh lebih mencabar sebagai seorang mahasiswa yang berkualiti.Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh mahasiswa selain daripada mentelaah pelajaran. Antara yang penting adalah mendapatkan nasihat akademik atau pensyarah. Yang lebih baik lagi, jadikan acara mendapatkan nasihat akademik ini satu rutin setiap semester.
Terdapat beberapa sebab kenapa mendapatkan nasihat akademik adalah satu keutamaan semasa mengikuti pengajian tinggi. Sebab yang utama kerana memenuhi aspek perancangan bagi seseorang mahasiswa. Seseorang mahasiswa baru yang melangkah masuk ke universiti untuk kali pertama perlu membuat perancangan yang rapi dari segi pendaftaran dan pengambilan subjek – subjek setiap semester agar pengajiannya tamat tepat pada masanya.
Perancangan sebegini amat perlu bukan sahaja dari segi mengurangkan masa pengajian malah dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar berkenaan.
Pada dasarnya dalam kursus – kursus yang ditawarkan di peringkat universiti, terdapat subjek teras dan juga subjek elektif. Seseorang mahasiswa boleh membaca prospektus kursus, tetapi penasihat akademik akan memberitahu maklumat yang lebih lagi. Ada juga subjek – subjek yang ditawarkan mengandungi ‘prerequisite’ iaitu seseorang pelajar perlu mengambil dan lulus subjek tertentu sebelum dibenarkan mengambilnya.
Antara sebab utama yang lain adalah peri pentingnya mendapatkan nasihat bagaimana cara yang terbaik dan efektif untuk belajar dan lulus cemerlang dalam sesebuah kursus akademik. Kemahiran belajar boleh dikatakan kurang ditekankan di sekolah – sekolah. Kalaupun ditekankan, suasana menara gading memerlukan kemahiran belajar yang agak berlainan serta lebih intensif.
Dari segi aspek motivasi dan sumber inspirasi, seseorang mahasiswa mampu meningkatkan kematangan dengan bertemu penasihat akademik untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar. Kebiasaanya penasihat akademik akan berkongsi pengalaman dengan mahasiswa, dan ini amat baik untuk seseorang mahasiswa.

( Diubahsuai daripada Penasihat Akademik dan Kepentingannya,
Esa Abd Samad, Majalah Fokus, Julai 2008)


[ 20 MARKAH ]

BAHAGIAN A(ii) ; Pemahaman


Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


1. Apakah maksud prospektus kursus?

( 2 markah )

2. Nyatakan dua kelebihan penasihat akademik bagi seseorang mahasiswa?

( 4 markah )

3. Pada pendapat anda mengapakah setiap mahasiswa memerlukan penasihat akademik sepanjang berada di universiti?

( 4 markah )





[ 10 MARKAH ]





















Bahagian B
( Masa yang dicadangkan 25 minit )



Lihat carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda cara-cara memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita. Huraian anda hendaklah tidak melebehi 120 patah perkataan.

SEMANGAT KEJIRANAN



[ 20 MARKAH ]


BAHAGIAN C
(masa dicadangkan 45 minit)

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.



1. Anda mewakili maktab anda dalam pertandingan perbahasan peringkat daerah yang bertajuk ”Pengajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris”. Tuliskan hujah-hujah anda itu selengkapnya.


2. Selain menumpukan bidang pelajaran, setiap pelajar digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah, malah penglibatan pelajar dalam kokurikulum diambil kira untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Huraikan kepentingan menyertai kegiatan kokurikulum kepada para pelajar.


3. Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam tetapi mutu perkhidmatannya sering menjadi rungutan pelbagai pihak.

Nyatakan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.


4. Baru-baru ini maktab anda menganjurkan Ekspo Buku yang dianjurkan oleh
Persatuan Usahawan Muda (PUM). Sebagai setiausaha kelab, anda diminta
menyediakan laporan tersebut.
Tuliskan laporan selengkapnya.


5. Orang Melayu kaya dengan peribahasa. Salah satu peribahasa itu ialah ’carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua’.
Tuliskan sebuah cereita berdasarkan peribahasa tersebut.



[ 40 MARKAH ]




BAHAGIAN D
( Masa yang dicadangkan: 10 minit )


Jawapan berdasarkan satu daripada novel – novel yang telah anda kaji sama ada di tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3 .



i. Meniti kaca, karya R. Sabarudin R. Abdullah
ii. Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud
iii. Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusuf
iv. Limpahan Darah Di Sungai Semur karya Zakaria Ismail
v. Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
vi. Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain
vii. Temulak Kapal Perang karya Azman Nordin
viii. Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari
ix. Panas Salju karya Talib Samad
x. Merdeka! Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman Hanafiah
xi. Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
xii. Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznah Nordin






Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang berlaku pada setiap plot di atas.



[ 10 MARKAH ]


KERTAS SOALAN TAMAT



Skima Jawapan

Bahagian A (i)

Kepentingan mendapatkan nasihat akademik di kampus

1. Memenuhi aspek perancangan bagi seseorang mahasiswa
2. Membuat perencanaan yang rapi dari segi pendaftaran dan pengambilan subjek – subjek setiap semester
3. Perancangan mengurangkan masa pengajian malah dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar berkenaan.
4. Memberitahu maklumat yang lebih tentang kursus – kursus yang ditawarkan di peringkat universiti
5. Mengetahui cara yang terbaik dan efektif untuk belajar dan lulus cemerlang dalam sesebuah kursus akademik.
6. Seseorang mahasiswa mampu meningkatkan kematangan dengan bertemu penasihat akademik untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar
7. Berkongsi pengalaman dengan mahasiswa



Bahagian A(ii)

1. Maksud prospektus kursus ialah buku panduan pengajian, kursus – kursus di institusi.
2. Dua kelebihan penasihat akademik bagi seseorang mahasiswa
• membuat perancangan untuk mahasiswa
• Membuat perencanaan segi pendaftaran dan pengambilan subjek – subjek setiap semester
• mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar
3. Mahasiswa memerlukan penasihat akademik sepanjang berada di universiti kerana
• Syarat semua pelajar wajib mempunyai seorang penasihat akademik
• Sebagai sumber rujukan bila mempunyai masalah berkaitan pelajaran
• Pemberi nasihat, panduan dan tunjuk ajar









BAHAGIAN B

Diharapkan calon menulis karangan panjang tidak melebehi 120 patah perkataan
Cara-cara memupuk semangat kejiranan
1. Ziarah - menziarahi jiran tetangga
2. Kempen di media massa
3. Elakkan sifat pentingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar
4. Amalkan sikap seperti aur dengan tebing/kerjasama




BAHAGIAN C


Soalan 1

Format : Perbahasan
Tiada format – tolak 2 markah

Diharap calon dapat menulis hujah perbahasan bertajuk ” Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris dapat menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris”

Kemungkinan – Pelajar berhujah tentang kesan negatif pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.


Soalan 2

Format- tiada format
Diharapkan calon dapat mengemukakan kepentingan menyertai kegiatan kokurikulum. Antaranya ialah;
a) Menyihatkan badan
b) Mengisi masa lapang
c) Mengeratkan silaturahim antara ahli
d) Memenuhi kriteria 10 % syarat kemasukan ke universiti


Kemungkinan – Tiada





Soalan 3

Format – tiada
Diharapkan calon dapat menyatakan usaha-usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Antaranya ialah;
a) Menyediakan jadual perjalanan yang kosisten
b) Kemudahan tempat duduk bagi orang kurang upaya (OKU)
c) Tambang yang setimpal dengan mutu perkhidmatan
d) Maklumat perjalanan yang tepat dan sentiasa dikemas kini


Kemungkinan – Tiada


Soalan 4

Format – laporan
Tiada format – tolak 2 markah

Diharap calon dapat menulis satu laporan tentang Ekspo Buku yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Muda (PUM)

Kemungkinan – Tiada



Soalan 5

Tiada format


Diharap calon dapat menulis sebuah berdasarkan peribahasa ”belakang parang jika diasah lagikan tajam”

Kemungkinan – Pelajar menerangkan peribahasa secara umum – diterima markah B2












BAHAGIAN D


a) Plot Novel Limpahan Darah di Sungai Semur

Permulaan -

Klimaks -

Penyelesaian -




b) Plot Novel Timulak Kapal Perang

Permulaan -

Klimaks -

Penyelesaian -




c) Plot Novel Ekspedisi

Permulaan -Hadi dan rakannya akan menyertai ekspedisi Gunung Itik yang diketuai oleh Cikgu Murad. Pak Salleh tidak membenarkan Hadi menyertai tetapi Hadi tetap menyertainya.

Klimaks -Cikgu Murad ditrangkap polis dan ditahan di lokap. Banyak penduduk kampong tidak mempercayainya.

Penyelesaian -Pihak polis sedar bahawa Cikgu Murad tidak bersalah. Sebenarnya Pak Salleh tersilap orang kerana wajah penjenayah mirip Cikgu Murad