PEPERIKSAAN PRAPERCUBAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009
BAHASA MELAYU
Kertas 1
Satu jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 4 bahagian
2. Jawab semua soalan
3. Semua jawapan hendaklah dijawab pada kertas jawapan yang disediakan
©Hak cipta MRSM Kota Putra
Kertas soalan ini mengandugi 12 halaman bercetak
[ Lihat sebelah
SULIT
BAHAGIAN A (i)
( masa yang dicadangkan : 40 minit)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan mendapatkan nasihat akademik di kampus. Panjang ringkasan anda handaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bergelar mahasiswa baru ada keistimewaannya. Namun yang penting ialah persiapan mental dan sikap untuk menghadapi kehidupan yang jauh lebih mencabar sebagai seorang mahasiswa yang berkualiti.Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh mahasiswa selain daripada mentelaah pelajaran. Antara yang penting adalah mendapatkan nasihat akademik atau pensyarah. Yang lebih baik lagi, jadikan acara mendapatkan nasihat akademik ini satu rutin setiap semester.
Terdapat beberapa sebab kenapa mendapatkan nasihat akademik adalah satu keutamaan semasa mengikuti pengajian tinggi. Sebab yang utama kerana memenuhi aspek perancangan bagi seseorang mahasiswa. Seseorang mahasiswa baru yang melangkah masuk ke universiti untuk kali pertama perlu membuat perancangan yang rapi dari segi pendaftaran dan pengambilan subjek – subjek setiap semester agar pengajiannya tamat tepat pada masanya.
Perancangan sebegini amat perlu bukan sahaja dari segi mengurangkan masa pengajian malah dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar berkenaan.
Pada dasarnya dalam kursus – kursus yang ditawarkan di peringkat universiti, terdapat subjek teras dan juga subjek elektif. Seseorang mahasiswa boleh membaca prospektus kursus, tetapi penasihat akademik akan memberitahu maklumat yang lebih lagi. Ada juga subjek – subjek yang ditawarkan mengandungi ‘prerequisite’ iaitu seseorang pelajar perlu mengambil dan lulus subjek tertentu sebelum dibenarkan mengambilnya.
Antara sebab utama yang lain adalah peri pentingnya mendapatkan nasihat bagaimana cara yang terbaik dan efektif untuk belajar dan lulus cemerlang dalam sesebuah kursus akademik. Kemahiran belajar boleh dikatakan kurang ditekankan di sekolah – sekolah. Kalaupun ditekankan, suasana menara gading memerlukan kemahiran belajar yang agak berlainan serta lebih intensif.
Dari segi aspek motivasi dan sumber inspirasi, seseorang mahasiswa mampu meningkatkan kematangan dengan bertemu penasihat akademik untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar. Kebiasaanya penasihat akademik akan berkongsi pengalaman dengan mahasiswa, dan ini amat baik untuk seseorang mahasiswa.
( Diubahsuai daripada Penasihat Akademik dan Kepentingannya,
Esa Abd Samad, Majalah Fokus, Julai 2008)
[ 20 MARKAH ]
BAHAGIAN A(ii) ; Pemahaman
Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Apakah maksud prospektus kursus?
( 2 markah )
2. Nyatakan dua kelebihan penasihat akademik bagi seseorang mahasiswa?
( 4 markah )
3. Pada pendapat anda mengapakah setiap mahasiswa memerlukan penasihat akademik sepanjang berada di universiti?
( 4 markah )
[ 10 MARKAH ]
Bahagian B
( Masa yang dicadangkan 25 minit )
Lihat carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda cara-cara memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita. Huraian anda hendaklah tidak melebehi 120 patah perkataan.
SEMANGAT KEJIRANAN
[ 20 MARKAH ]
BAHAGIAN C
(masa dicadangkan 45 minit)
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
1. Anda mewakili maktab anda dalam pertandingan perbahasan peringkat daerah yang bertajuk ”Pengajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris”. Tuliskan hujah-hujah anda itu selengkapnya.
2. Selain menumpukan bidang pelajaran, setiap pelajar digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah, malah penglibatan pelajar dalam kokurikulum diambil kira untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
Huraikan kepentingan menyertai kegiatan kokurikulum kepada para pelajar.
3. Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam tetapi mutu perkhidmatannya sering menjadi rungutan pelbagai pihak.
Nyatakan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
4. Baru-baru ini maktab anda menganjurkan Ekspo Buku yang dianjurkan oleh
Persatuan Usahawan Muda (PUM). Sebagai setiausaha kelab, anda diminta
menyediakan laporan tersebut.
Tuliskan laporan selengkapnya.
5. Orang Melayu kaya dengan peribahasa. Salah satu peribahasa itu ialah ’carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua’.
Tuliskan sebuah cereita berdasarkan peribahasa tersebut.
[ 40 MARKAH ]
BAHAGIAN D
( Masa yang dicadangkan: 10 minit )
Jawapan berdasarkan satu daripada novel – novel yang telah anda kaji sama ada di tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3 .
i. Meniti kaca, karya R. Sabarudin R. Abdullah
ii. Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud
iii. Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusuf
iv. Limpahan Darah Di Sungai Semur karya Zakaria Ismail
v. Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
vi. Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain
vii. Temulak Kapal Perang karya Azman Nordin
viii. Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari
ix. Panas Salju karya Talib Samad
x. Merdeka! Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman Hanafiah
xi. Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
xii. Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznah Nordin
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang berlaku pada setiap plot di atas.
[ 10 MARKAH ]
KERTAS SOALAN TAMAT
Skima Jawapan
Bahagian A (i)
Kepentingan mendapatkan nasihat akademik di kampus
1. Memenuhi aspek perancangan bagi seseorang mahasiswa
2. Membuat perencanaan yang rapi dari segi pendaftaran dan pengambilan subjek – subjek setiap semester
3. Perancangan mengurangkan masa pengajian malah dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar berkenaan.
4. Memberitahu maklumat yang lebih tentang kursus – kursus yang ditawarkan di peringkat universiti
5. Mengetahui cara yang terbaik dan efektif untuk belajar dan lulus cemerlang dalam sesebuah kursus akademik.
6. Seseorang mahasiswa mampu meningkatkan kematangan dengan bertemu penasihat akademik untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar
7. Berkongsi pengalaman dengan mahasiswa
Bahagian A(ii)
1. Maksud prospektus kursus ialah buku panduan pengajian, kursus – kursus di institusi.
2. Dua kelebihan penasihat akademik bagi seseorang mahasiswa
• membuat perancangan untuk mahasiswa
• Membuat perencanaan segi pendaftaran dan pengambilan subjek – subjek setiap semester
• mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar
3. Mahasiswa memerlukan penasihat akademik sepanjang berada di universiti kerana
• Syarat semua pelajar wajib mempunyai seorang penasihat akademik
• Sebagai sumber rujukan bila mempunyai masalah berkaitan pelajaran
• Pemberi nasihat, panduan dan tunjuk ajar
BAHAGIAN B
Diharapkan calon menulis karangan panjang tidak melebehi 120 patah perkataan
Cara-cara memupuk semangat kejiranan
1. Ziarah - menziarahi jiran tetangga
2. Kempen di media massa
3. Elakkan sifat pentingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar
4. Amalkan sikap seperti aur dengan tebing/kerjasama
BAHAGIAN C
Soalan 1
Format : Perbahasan
Tiada format – tolak 2 markah
Diharap calon dapat menulis hujah perbahasan bertajuk ” Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris dapat menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris”
Kemungkinan – Pelajar berhujah tentang kesan negatif pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.
Soalan 2
Format- tiada format
Diharapkan calon dapat mengemukakan kepentingan menyertai kegiatan kokurikulum. Antaranya ialah;
a) Menyihatkan badan
b) Mengisi masa lapang
c) Mengeratkan silaturahim antara ahli
d) Memenuhi kriteria 10 % syarat kemasukan ke universiti
Kemungkinan – Tiada
Soalan 3
Format – tiada
Diharapkan calon dapat menyatakan usaha-usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Antaranya ialah;
a) Menyediakan jadual perjalanan yang kosisten
b) Kemudahan tempat duduk bagi orang kurang upaya (OKU)
c) Tambang yang setimpal dengan mutu perkhidmatan
d) Maklumat perjalanan yang tepat dan sentiasa dikemas kini
Kemungkinan – Tiada
Soalan 4
Format – laporan
Tiada format – tolak 2 markah
Diharap calon dapat menulis satu laporan tentang Ekspo Buku yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Muda (PUM)
Kemungkinan – Tiada
Soalan 5
Tiada format
Diharap calon dapat menulis sebuah berdasarkan peribahasa ”belakang parang jika diasah lagikan tajam”
Kemungkinan – Pelajar menerangkan peribahasa secara umum – diterima markah B2
BAHAGIAN D
a) Plot Novel Limpahan Darah di Sungai Semur
Permulaan -
Klimaks -
Penyelesaian -
b) Plot Novel Timulak Kapal Perang
Permulaan -
Klimaks -
Penyelesaian -
c) Plot Novel Ekspedisi
Permulaan -Hadi dan rakannya akan menyertai ekspedisi Gunung Itik yang diketuai oleh Cikgu Murad. Pak Salleh tidak membenarkan Hadi menyertai tetapi Hadi tetap menyertainya.
Klimaks -Cikgu Murad ditrangkap polis dan ditahan di lokap. Banyak penduduk kampong tidak mempercayainya.
Penyelesaian -Pihak polis sedar bahawa Cikgu Murad tidak bersalah. Sebenarnya Pak Salleh tersilap orang kerana wajah penjenayah mirip Cikgu Murad
No comments:
Post a Comment