Saturday, November 27, 2010

Tajuk: Modal insan kelas pertama

Pendahuluan:

Pembentukan minda kelas pertama menjadi agenda penting negara. Aspek ini tidak terbentuk dengan sendiri, sebaliknya perlu ada usaha untuk memupuk minda kelas pertama secara sistematik dan terarah. Dalam hal ini, negara harus membentuk asas yang kukuh bagi menghasilkan modal insan berminda kelas pertama. Persoalannya, apakah ciri-ciri modal insan yang memiliki minda kelas pertama seperti yang dihasratkan oleh kerajaan?

Isi karangan:

1. memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.
- ilmu diperoleh melalui pembacaan - “membaca jambatan ilmu”.
-selain itu, ilmu diperoleh melalui penulisan dan diskusi.
-aktiviti sedemikian merangsang minda
-pengetahuan yang ada pada diri menjadi ukuran atau tanda aras seseorang
itu memiliki minda kelas pertama.

2. mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif
- untuk membentuk minda yang kritis dan kreatif , perlu banyak bertanya
bertanya kepada diri sendiri atau kepada orang lain.
-apabila bertanya, kita akan mendapat idea-idea yang bernas dan baharu.
-oleh itu banyakkan bertanya dan menimbulkan lebih banyak persoalan
dalam minda untuk menemukan sesuatu jawapan.
- malu berkayuh perahu hanyut; malu bertanya sesat jalan”.

3. memiliki pemikiran yang konstruktif
- mencari jalan untuk membetulkan kesalahan atau keadaan - sedia mengakui
kesilapan dan berusaha untuk berubah.
- kreatif menyelesaikan masalah dan kreatif menghasilkan tugas.
-pemikiran konstruktif bermakna memiliki pemikiran yang membina dan
bersedia untuk berubah.

4. memiliki akhlak yang mulia
- mengamalkan nilai murni
-bertingkah laku dengan berhemah dan berbudi bahasa
- berintergriti, beretika, dan beriltizam tinggi serta sentiasa sabar dengan dugaan
-sentiasa berfikiran positif dan bersih fizikal dan mental.
- mematuhi ajaran agama.

Kesimpulan:

Modal insan berminda kelas pertama ialah masyarakat yang berpengetahuan mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintergriti dan memiliki kekuatan moral. Mereka juga turut tahu untuk menghayati dan menghargai budaya, kesenian, dan warisan serta mengamalkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan patuh kepada segala peraturan serta norma masyarakat. Oleh itu, pembangunan modal insan berminda kelas pertama perlu diberi keutamaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju beridentiti sendiri.
Rangka Karangan:

Gejala buli yang sering berlaku di sekolah-sekolah sejak kebelakangan
ini.

Pendahuluan:

Belakangan ini, masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah yang tinggal di asrama semakin menjadi-jadi. Ada pelajar yang dibuli dengan teruk sehingga menimbulkan trauma dalam diri mereka. Malah, ada pelajar yang dibelasah hingga mati. Kejadian ini bukan sahaja membimbangkan ibu bapa, malah pihak kerajaan juga. Oleh itu, usaha-usaha mengatasinya perlu dilakukan segera agar nasi tidak menjadi bubur.

Isi Karangan:
1. Peranan ibu bapa
- hendaklah memberikan didikan dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
- mengeratkan hubungan antara ahli keluarga
- ibu bapa menerapkan nilai kasih sayang sejak kecil kepada anak-anak supaya tidak berpotensi untuk membuli orang lain.
2. Peranan pihak sekolah
- menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah
- pelajar yang bersalah dan terlibat dengan kegiatan buli perlu diambil tindakan dan
dikenakan denda/hukuman.
- tindakan buang sekolah dan melaporkan kepada pihak berkuasa
- merangka aktiviti kokurikulum yang menarik di sekolah- menerapkan nilai murni.
3. memberi pendedahan didikan agama dan moral yang tinggi kepada pelajar.
- mengadakan kelas agama di sekolah
- mengaji al-quran
- ceramah motivasi
- menghidupkan usrah dan rakan masjid

4.Peranan Kerajaan
- Kementerian Pelajaran memperkenalkan kempen antibuli
- menjayakan kempen bersama-sama dengan anggota masyarakat yang lain,
“bersatu teguh, bercerai roboh”.
- Sentiasa membuat pemantauan oleh pihak berkuasa. Jangan “sudah terantuk baru
nak terngadah”.

Penutup:
- Masalah buli dapat ditangani dengan segera
- Setiap masalah pasti ada cara mengatasinya
- sediakan payung sebelum hujan
- Semua pihak perlu bersatu hati menangani gejala buli.

Tuesday, November 23, 2010

Ole-Ole cuti Sekolah [Tingkatan 1]

MAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA PUTRA
TINGKATAN 1
KERJA SEKOLAH MASA CUTI
----------------------------------------------------------------------------
1. Tuliskan lima karangan daripada 7 tajuk yang diberikan.
2. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan.
3. Karangan anda hendaklah bertulis tangan.
4. Karangan yang siap ditulis hendaklah diserahkan kepada guru bahasa Melayu anda pada minggu pertama semester 1 2011.
5. Markah 10 % akan diambil untuk peperiksaan semester 1 2011
_________________________________________________

Tajuk Karangan

1. Minat membaca dalam kalangan remaja begitu rendah sekali. Pada suatu hari anda berbincang dengan rakan anda tentang usaha-usaha untuk menarik minat membaca dalam kalangan remaja. Tulis perbualan anda itu selengkapnya.
2. Menjelang hari raya, anda bersama-sama keluarga telah pergi ke pusat beli-belah. Ketika sibuk anda memerhatikan sesuatu, anda mendapati ayah dan ibu anda telah tiada. Tulis tindakan-tindakan yang anda lakukan.
3. Anda terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk yang ditetapkan ialah ‘Usaha-usaha Mengurangkan Kemalangan di Jalan Raya’.
4. Penyertaan seseorang pelajar dalam aktiviti kokurikulum banyak memberi faedah. Bincangkan pernyataan ini.
5. Masyarakat Melayu kaya dengan peribahasa. Antaranya termasuk peribahasa “Genggam bara api biar sampai jadi arang”. Tulis suatu cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
6. Pasukan unit beruniform sekolah anda telah mengadakan suati perkhemahan di pinggir hutan. Selaku setiausaha perkhemahan anda dikehendaki menyediakan laporan perkhemahan tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya.Anda bertugas sebagai seorang pemberita di sebuah akhbar tempatan. Anda telah diminta untuk menulis berita tentang kejadian kemalangan jalan raya. Sediakan berita itu selengkapnya.
"SELAMAT MENJAWAB"

Friday, November 12, 2010

Selamat Bercuti diucapkan kepada semua pelajar MRSM Kota Putra bermula 11/11/2010 - 1/1/2011. Isikan cuti panjang dengan perkara yang berfaedah.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca guru bertindak agresif terhadap para pelajar dan kesannya kepada pelajar. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak akhir-akhir ini media massa kerap memaparkan kes guru bertindak kasar atau agresif terhadap pelajar. Fenomena ini tidak boleh dipandang ringan. Walaupun begitu kita tidak boleh menghukum para guru dengan sewenang-wenangnya. Sesuatu perkara yang berlaku pasti ada puncanya. Sistem pendidikan masa kini semakin mencabar. Ia perlu seiring dengan kemajuan dan keperluan negara. Oleh itu guru perlu menyediakan bahan-bahan pengajaran dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya dia tidak tercicir. Ini menyebabkan sebahagian guru berasa tertekan dengan beban kerja tetapi guru tidak boleh mengambil cuti beberapa hari dengan alasan ada tekanan kerja. Mungkin guru ada masalah dengan kerjanya atau masalah di rumah. Dalam keadaan seperti itu, lebih baik para pelajar mendiamkan diri dan tidak mencari pasal.

Guru bertindak agresif kerana ingin mengawal keadaan kelas yang kadang-kadang riuh rendah seperti di pasar. Lagipun jumlah pelajar di dalam kelas terlalu ramai, sukar bagi guru mengawal kelas. Memang tindakan guru kadang-kadang agak keterlaluan, tetapi pihak pelajar juga sepatutnya memandang serius apabila guru memberi amaran atau arahan. Guru bertindak agresif apabila arahan dan amarannyan tidak diendahkan. Hal juga berpunca daripada sikap pelajar yang kurang sopan, tidak menghormati guru, biadab dan melawan cakap guru. Jarang-jarang guru bertindak agresif secara melulu atau spontan. Biasanya guru memberi peringatan atau amaran terlebih dahulu.

Pelajar kerap kali terlupa bahawa terdapat banyak guru di sekolah dan guru-guru itu pula berlainan perangainya. Ada guru yang tidak ambil kisah apabila pelajar bising, ada juga yang akan menegur dan ada juga yang menangis apabila keadaan kelas tidak terkawal. Guru kadang-kadang terlepas cakap dan mungkin berasa malu untuk menarik balik kata-katanya. Apabila terdapat pelajar yang melanggar peraturan, guru berkenaan pun mengotakan ‘janjinya’ itu. Salah satu sebab guru bertindak agresif adalah kerana berasa tidak puas hati dengan bentuk hukuman daripada pihak guru disiplin atau pihak pengurusan. Mungkin guru tersebut berasa hukuman yang pihak berkenaan berikan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar itu lalu menghukumnya lagi.

Kesimpulannya, hanya orang yang marah dan tidak berfikir panjang sahaja yang akan bertindak agresif. Keguruan merupakan profesion yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Walau bagaimanapun, kesabaran ini kerap dicabar oleh tindakan yang berbentuk provokasi daripada pelajar-pelajar. Sekiranya guru dapat bertenang apabila menghadapi situasi yang tegang itu, tentulah guru boleh berfikir dengan lebih rasional, lebih matang dan lebih tepat dalam tindakannya. Ada kalanya lebih baik guru beredar sahaja dari situasi yang sangat mencabar kesabaran itu untuk mencari ketenangan. Pelajar yang melakukan salah laku tidak seharusnya dibiarkan sahaja.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Pandangan Pelajar: Mengapakah Guru Bertindak Agresif’,Pendidik, Bil 16- 2005)


Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

(i) Huraikan maksud rangkai kata tindakan yang berbentuk provokasi
berdasarkan petikan di atas. [2 markah]

(ii) Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh guru dalam menghadapi
situasi yang tegang itu? [3 markah]

(iii) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda dapat membantu mengatasi masalah
guru yang bertindak agresif ini? [4 markah]

Sunday, September 26, 2010

PMR 2010 BERMULA 5 HB OKTOBER 2010. SILA BERSEDIA DAN SELAMAT MENGHADAPINYA
BAHAGIAN 1 : KARANGAN BERPANDU

Penulisan Karangan berpandu/ berdasarkan bahan rangsangan

1. Panjangnya karangan berpandu yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 200-250 patah perkataan.
2. Karangan ini sebaik-baiknya hendaklah disiapkan dalam masa 45 minit.
3. Karangan ini memperuntukkan 30 markah.
4. Karangan ini mesti mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
5. Pelajar digalakkan menyelitkan unsure-unsur keindahan bahasa seperti peribahasa, ungkapan, cogan kata dan sebagainya.


Strategi Penulisan Karangan Berpandu

1. Kenal pasti kehendak soalan berdasarkan tema soalan.
2. Tulis karangan tersebut dalam 5 atau 6 perenggan meliputi perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup.
3. Jenis-jenis ayat yang terdapat dalam setiap perenggan tersebut adalah seperti berikut:-
a) Perenggan pengenalan hendaklah terdiri daripada 3-4 ayat rangsangan dan satu ayat arahan. Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau ayat yang menyentuh tema secara umum, manakala ayat arahan ialah ayat yang mempunyai kata kunci soalan atau ayat yang menunjukkan hala tuju karangan.

b) Perenggan isi terdiri daripada ayat judul, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas. Ayat judul ialah ayat isi utama, iaitu ayat yang menyatakan isi penting karangan tersebut. Ayat huraian ialah ayat yang menjelaskan isi karangan. Ayat contoh pula ialah ayat yang memasukkan contoh bagi memperkukuhkan isi yang dikemukakan. Ayat penegas ialah ayat yang memberikan penegasan tentang isi dan huraian yang dikemukakan dalam perenggan tersebut.


c) Perenggan penutup terdiri daripada ayat kesimpulan, ayat pendapat, ayat penilaian, ayat cadangan, ayat harapan dan sebagainya. Ayat kesimpulan ialah ayat yang memberikan pendapat secara keseluruhan tentang karangan yang ditulis. Ayat penilaian terdiri daripada ayat yang membuat penilaian tentang sesuatu isu atau perkara. Ayat cadangan pula mengandungi unsur saranan atau cadangan untuk mengatasi atau membuat sesuatu. Ayat harapan ialah ayat yang mengandungi harapan penulis berkaitan sesuatu cadangan.





BAHAGIAN A : Karangan Berpandu/ Berdasarkan Bahan Rangsangan


Pengenalan

1. Karangan bahagian A merupakan karangan yang terdapat dalam kertas satu dan wajib dijawab oleh semua calon.
2. Karangan ini ditulis berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. Bahan-bahan rangsangan yang dikemukakan itu berupa:
-gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, iklan, ilustrasi, kartun, pelan, petikan., gambarajah, catatan.
3, Karangan ini untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap bahan
rangsangan yang diberi, menilai kecekapan dalam membuat tafsiran dan
menganalisis bahan rangsangan di samping menilai tahap pengetahuan tentang
isu-isu semasa.
4. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi, pelajar diminta menulis karangan
yang panjangnya antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Panduan Menulis Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

1. Apabila membaca arahan soalan, pelajar perlu menentukan tema. Tema ditunjukkan melalui tajuk gambar yang diberi.
2. Berdasarkan soalan, pelajar dapat mengenal pasti kata kunci karangan atau pun kehendak soalan. Contohnya:-
“Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha/langakah/cara/kaedah….
“Huraikan pendapat anda tentang amalan membaca…”
Pelajar dikehendaki membuat huraian berdasarkan kehendak soalan sahaja.
3. Karangan ini mesti mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
4. Sekurang-kurangnya tiga isi yang lengkap dikemukakan dengan contoh dan huraian yang sesuai.
5. Pelajar-pelajar dinasihatkan membuat rangka karangan supaya pelajar dapat menulis karangan dengan lebih baik.
6. Pelajar juga diminta menulis kata-kata hikmat, peribahasa dan rangkai kata menarik di dalam karangan ini.

Pemarkahan

1. Markah penuh 30 markah
2. Pembahagian atau pecahan markah adalah seperti berikut:-
Cemerlang - 26 -30 markah
Kepujian - 20 -25 markah
Memuaskan - 15 -19 markah
Kurang memuaskan - 10-14 markah
Pencapaian minima - 01-09 markah.
3. Pemarkahan diberi berdasarkan
(a) Sama ada karangan menepati, kurang menepati atau tidak menepati bahan rangsangan yang diberi.
(b) Bahasa mesti gramatis, Penilaian dibuat berdasarkan kata dan ayat, tanda bacaan, ejaan dan kosa kata.
(c) Penggunaan penanda wacana diambil kira sama ada lengkap, masih lengkap, atau kurang lengkap.
(d) Unsur-unsur bahasa perlulah bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.
(e) Idea perlulah relevan dengan bahan rangsangan yang diberi.

Sunday, August 22, 2010

GURINDAM PETUA SEORANG GURU

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun,

Kalau seorang guru mengajar tanpa alat
Murid belajar dengan ralat.

Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap
Ada murid bertambah gagap.

Kalau seorang guru pemudah cara
Ramai murid pandai berbicara.

Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai
Tak akan tahu murid bodoh dan pandai.

Kalau seorang guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa.

Kalau guru berinovatif
Pengajaran akan lebih efektif.

Kalau guru tidak belajar
Samalah taraf dengan pelajar.
Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang dewan yang dihormati.

Pada petang ini, persidangan kita akan disambung semula bagi sesi kali ini dan izinkan saya untuk mempersilakan dan memperkenalkan ahli Yang Berhormat yang akan menyampaikan hujah-hujah serta bidasan pada kali ini.

Pihak Kerajaan , diwakili oleh:

YAB Perdana Menteri ……………………………
YB ……………………………………………… (Menteri ke-2)
YB ……………………………………………… (Menteri ke-3)
YB ……………………………………………….(Menteri ke-4)


Pihak Pembangkang , diwakili oleh:

YB ……………………………………selaku Ketua Pembangkang
YB ……………………………………………(Pembangkang ke-2)
YB ……………………………………………(Pembangkang ke-3)
YB ……………………………………………(Pembangkang ke-4)


Ahli Yang Berhormat Sidang Dewan yang dihormati.
Izinkan saya untuk memperingatkan semula kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang peraturan dan tatacara semasa Dewan kita bersidang: ( baca terus daripada buku peraturan)

Pertama :
Kedua :
-
Diharap Yang Berhormat Ahli Dewan akur dan patuh kepada peraturan yang baru disebutkan tadi.

Sidang Dewan yang dihormati.

Usul dan Isu yang akan dibahaskan pada petang ini ialah:

………………………………………………………………………

………………………………………………………………………Adalah diharapkan agar Ahli Yang Berhormat akan menumpukan hujah-hujah dan bidasan kepada isu tersebut.



Sidang Dewan yang dihormati.
Tirai Perbahasan pada petang ini akan dimulakan.
Sebagai permulaan, dengan ini saya mempersilakan :

YAB Perdana Menteri ……………….……………………………. Untuk mengemukakan usul perbahasan, menyampaikan hujah dan membahaskan isu tersebut. Dipersilakan YAB.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Bagi pihak Dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas hujah-hujah yang dikemukakan tadi.




Seterusnya dipersilakan pula YB …………………………… selaku Ketua Pembangkang untuk menyampaikan hujah serta membahaskan isu tadi. Dipersilakan:

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Terima kasih diucapkan kepada YB ………atas hujah-hujah tadi.
Sidang Dewan yang dihormati :


Gelanggang perbahasan akan diteruskan lagi dengan mempersilakan YB …………………………., Menteri Kedua Kerajaan untuk menyampaikan bidasan Dan hujah-hujah beliau.

Dipersilakan YB

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Terima kasih diucapkan kepada YB




Sidang Dewan yang dimuliakan:


Usul dan isu perbahasan semakin hangat dibicarakan dan akan terus dihujah.

Dengan ini saya mempersilakan YB …………………………., pihak Pembangkang kedua untuk mengemukakan hujah-hujah dan bidasan seterusnya.

Dipersilakan YB

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Terima kasih YB




Hadirin, Sidang Dewan yang dihormati:

Dewan pada petang ini akan lebih bergema lagi dengan hujah-hujah dan bidasan dari kedua-dua pihak seterusnya.

Untuk meneruskan perbahasan tentang isu kita pada petang ini, saya mempersilakan YB ……………………………………, Menteri ketiga Pihak Kerajaan untuk menyampaikan hujah-hujah dan bidasan seterusnya.

Dipersilakan YB

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Terima kasih YB




Ahli-Ahli Dewan yang dimuliakan:

Perbahasan Isu diteruskan lagi dengan mempersilakan Pihak Pembangkang ketiga tampil mengemukakan hujah-hujah dan bidasan seterusnya.

Dipersilakan YB ……………………………………………….

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Terima kasih YB





Sidang Dewan yang dihormati:

Demikian tadi diperlihatkan lontaran hujah-hujah serta bidasan-bidasan dari Yang Berhormat - Yang Berhormat Pihak Kerajaan Dan Pihak Pembangkang.

Untuk memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat membuat persediaan ucapan penggulungan , Sidang Dewan membenarkan perbincangan selama tiga minit.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Sidang Dewan yang dihormati:

Perbahasan isu akan diteruskan dengan Sesi Penggulungan.

Saya mempersilakan pihak Pembangkang pertama / kedua., YB ………………………... tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan.

Dipersilakan YB.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Terima kasih YB.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Sidang Dewan Yang dimuliakan:

Seterusnya, dipersilakan pula YAB Perdana Menteri @ YB Menteri Kedua dari pihak Kerajaan tampil untuk mengemukakan ucapan penggulungan .

Dipersilakan YB.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Terima kasih YB.

Ahli-Ahli Yang Berhormat , Sidang Dewan yang dimuliakan.

Dengan Ucapan Penggulungan itu tadi maka berakhirlah Persidangan Dewan kita pada kali ini. Sehingga bertemu semula pada Sidang Dewan yang akan datang, maka dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada ahli-Ahli Yang Berhormat serta seluruh Sidang Dewan yang telah bersama-sama menjaga keharmonian Dewan ini dan sama-sama membincangkan dengan hangat tetapi halus isu-isu yang diutarakan.

Maka saya, selaku Speaker Dewan menangguhkan Persidangan Dewan pada kali ini.

Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Terima kasih



*****************************************************

Pengumuman keputusan dilakukan oleh Speaker Dewan sebaik sahaja keputusan setiap pertandingandi semua peringkat diterima daripada Ketua Hakim.

Adalah dengan ini diumumkan bahawa usul yang dibahaskan pada kali ini diterima.
ATAU
Adalah dengan ini diumumkan bahawa usul yang dibahaskan pada kali ini ditolak


******************************************************


Sekian, dengan ini saya menyerahkan semula majlis kepada Pengacara Majlis.
MASALAH JAWAPAN PELAJAR
BAGI KARANGAN BAHAGIAN A : KARANGAN BERGAMBAR


MASALAH

(Tema)

• Tidak menepati tema bahan rangsangan
• Tidak menjawab tugasan soalan

(Idea)

• Kurang relevan dengan tema
• Tiada kematangan
• Tidak dapat dihuraikan dengan baik dan jelas
• Idea berulang-ulang
• Terlalu banyak
• Tiada contoh
• Terlalu ringkas
• Terlalu umum
• Tidak dapat membezkan antara vandalisme dengan jenayah


(Bahasa)

• Tidak gramatis
 Ayat tergantung
 Ayat mendatar
 Ayat yang menggunakan kosa kata mudah dan terhad
 Guna bahasa lisan
 Penggunaan kosa kata yang tidak sesuai dan tidak tepat
 Salah penggunaan tanda baca
 Ejaan salah (tidak menggunakan Sistem Ejaan Rumi Baru – dan Kamus Dewan terkini)
• Laras bahasa yang tidak sesuai
• Penggunaan kata pada awal ayat
 Ini
 Ianya
 Dengan
• Penanda wacana yang salah
 Selain daripada itu
 Justeru
• Tanda baca yang salah

Sunday, June 27, 2010

KATA HUBUNG

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.

3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh Ayat Contoh
agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila Mukanya pucat apabila disoal.
atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika Saya berpayung jika hujan.
Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.
serta Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapi Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan

Contoh Ayat Contoh
Baik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Baik- baik Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

4. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

Dan hingga lalu ketika
Dengan yang tetapi jika
Kerana serta kalau kemudian
demikian walhal walau agar
atau demi supaya



5. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

semasa sementara seharusnya andaikata
semoga seketika sebaliknya sedangkan
setelah sesungguhnya walaupun itupun
sewaktu seandainya meskipun sekalipun
mudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapun
padahal



KATA PENGUAT
1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh
Paling Agak Sungguh Amat
Terlalu Nian Benar Paling

3. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh
1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4. Kereta api itu sangat laju.
5. Kereta itu laju sangat.

KATA PENEGAS
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah -lah -tah jua
Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi pun

Contoh
1. Itulah rumah saya.
2. Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3. Apatah dayaku untuk menolongnya.
4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.


KATA NAFI
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.

4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh
a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh
a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.


KATA PEMERI
1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh
a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

KATA BANTU
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh
Akan Belum Masih
Telah Sudah Harus
Boleh Dapat Hendak
Mesti
1. Kereta api dari utara telah sampai.
2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.


KATA BILANGAN
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan contohnya
kata bilangan tentu satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan tak tentu beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap masing-masing
kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya berapa


KATA SENDI NAMA
Sendi Nama Tugas/contoh
di Menunjukkan tempat (di pejabat)
Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)
ke Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)
Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)

dari Menunjukkan tempat atu arah datang
Menunjukkan waktu atau masa

10 PANDUAN PEPERIKSAAN

1. Bacalah nota sepintas lalu sebelum peperiksaan. Jangan baca perkara-perkara baru pada pagi peperiksaan.
2. Siapkan semua keperluan awal. Pastikan anda tahu masa dan tempat peperiksaan dijalankan. JANGAN PANIK!
3. Amalkan teknik pernafasan sebelum meninggalkan bilik dan semasa di dalam dewan.
4. Apabila berada di dalam dewan, INGAT itu merupakan langkah seterusnya seperti perancangan yang telah anda buat.
Anda telah melakukan langkah-langkah lain dengan baik.
5. Baca soalan dengan teliti.
6. Berikan masa yang secukupnya untuk setiap soalan – JANGAN TERLAJAK MASA.
7. Sebelum menulis jawapan, buatlah rangka dahulu.
8. Jangan panic jika anda tidak cukup masa untuk menulis jawapan yang terakhir – tulislah dalam bentuk poin.
9. Semak jawapan.
10. Elakkan membuat post-mortem.

SELAMAT BERJAYA

10 PANDUAN ULANG KAJI

1. Rancang masa ulang kaji awal. Buat jadual waktu yang fleksibel.
2. Atur tugasan anda – susun nota, buat rujukan bagi bab-bab yang kurang difahami.
3. Pastikan masa ulang kaji digunakan secara berkesan.
4. Soalan tahun-tahun lepas – kata kunci, kekerapan soalan/bab, bina jadual untuk memahamkannya.
5. Meletakkan sasaran; jika dapat dicapai anda telah melepasi satu rintangan
We remember 10% of what we read but 70% of what we say.
6. Gunakan alat mengingat – pen warna, gambar cth mind map.
7. Belajar bekerja dalam kumpulan.
8. Amalkan makan makanan seimbang, kurangkan stimulants.
9. Berfikiran positif – ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!
10. Kerap menggunakan teknik relaxations.

JANGAN BERTANGGUH

MENGHADAPI PEPERIKSAAN

10 PANDUAN SEMESTER

1. Belajar secara efektif dan aktif, semasa sesi P&P fahami apa yang diajar.
2. Buat nota yang berkesan. Berikan tumpuan semasa pembelajaran. Kemahiran mendengar PENTING.
3. Buat ringkasan/rumusan daripada pembelajaran. Guna pensel warna, rajah, rujukan.
4. Biasakan dengan Tool Of Your Trade – perpustakaan, bahan rujukan.
5. Kenali guru-guru anda.
6. Tahu cara/tabiah belajar sendiri.
7. Pastikan anda mempunyai JADUAL BELAJAR.
8. Mempunyai kumpulan belajar.
9. Pupuk keyakinan diri. Belajarlah daripada kesilapan.
10. Belajar teknik menenangkan fikiran –pernafasan.

Tuesday, May 25, 2010

Amalan Terbaik Dalam Pengajaran Ringkasan PMR

Kemahiran yang perlu dikuasai:

1. Mengenal pasti tugasan soalan

Dalam soalan ringkasan, tugasan soalan ialah selepas perkataan tentang sehingga ayat itu berakhir. Lihat soalan contoh di bawah:

Berdasarkan petikan di bawah, tulis sebuah ringkasan tentang amalan-amalan baik dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

Dalam soalan di atas, calon mesti memfokus hanya kepada amalan-amalan baik dalam pemakanan tatkala mengesan isi dalam petikan. Pastikan calon betul-betul memahami maksud tugasan tersebut bagi mengelakkan mereka tersasar.

2. Patuhi had perkataan

Dalam soalan ringkasan, jelas sekali had perkataan ialah 80 patah perkataan. Dengan yang demikian, calon jangan sekali-kali melebihi had tersebut kerana perkataan yang melebihi had perkataan TIDAK dinilai oleh pemeriksa. Calon mesti membilang perkataan dalam skrip ringkasan mereka berpandukan panduan yang berikut:
• Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
- nama khas (Kota Bharu)
- perkataan berulang/kata ganda (cara-cara)
- penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas)
- tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran (Yang Amat Berhormat)
3. Memilih ayat yang menepati tugasan

Calon mestilah bijak menganalisis setiap ayat dalam petikan untuk menentukan sama ada ayat-ayat dalam petikan itu menjawab tugasan atau tidak. Lihat contoh di bawah:
[Ayat-ayat di bawah ditulis dalam bentuk pemerengganan. Penulis membuat pemenggalan ayat untuk tujuan analisis]

TUGASAN: AMALAN-AMALAN BAIK DALAM PEMAKANAN

Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang. Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang. Ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan mengambil berat tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang padah. Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan yang seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita.

4. Menyunting ayat yang menepati tugasan

Kemahiran menyunting ayat amat penting untuk membezakan antara idea utama dan huraian idea.

i. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik.
[Idea Utama] [Huraian Idea]

ii. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai.
iii. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat.
iv. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan.
v. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang.
vi. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.
vii. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya.


5. Membina ayat yang lengkap

Berdasarkan idea utama, bina ayat yang lengkap iaitu ayat yang mengandungi subjek [S] dan predikat [P].

vi. Makan dalam keadaan selesa dan tenang
[S] [P]
vii. kita perlu makan pada masa yang sesuai.
[S] [P]
x. kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur
[S] [P]
kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat.
[S] [P]
xii. Makan setelah kita berasa lapar.
[S] [P]
xiv. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan
[S] [P]
xvii. pengambilan makanan yang segar amat penting
[S] [P]
xviii. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan
[S] [P]
atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya.

Nota: Ayat (xviii) merupakan ayat yang disalin bulat-bulat daripada petikan asal. Dalam hal ini, calon mestilah melakukan salah satu daripada dua proses untuk memastikan mereka tidak dianggap menyalin bulat-bulat sama ada proses penambahan penanda wacana atau pengguguran perkataan.

Proses penambahan penanda wacana

xviii. Seterusnya, kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya.
(penambahan perkataan seterusnya)


Proses pengguguran perkataan

xviii. Kita perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan
atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya.
(pengguguran perkataan juga)


6. Menulis ringkasan

Untuk memulakan jawapan ringkasan, rujuk semula tugasan soalan iaitu

Berdasarkan petikan di bawah, tulis sebuah ringkasan tentang amalan-amalan baik dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

Tugasan : Amalan-amalan baik dalam pemakanan

Daripada tugasan di atas, mulakan jawapan dengan ayat

Antara amalan baik dalam pemakanan ialah...

(Antara amalan-amalan adalah salah kerana kata ’antara’ sudah menunjukkan jamak)

Mulakan skrip ringkasan anda dengan menyalin LIMA idea utama seperti yang berikut:

Antara amalan baik dalam pemakanan ialah makan dalam keadaan selesa dan tenang. Kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur. Kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Makan setelah kita berasa lapar.
[42 patah perkataan]

Sekiranya jumlah perkataan belum mencapai 80 patah perkataan setelah calon menulis lima isi, teruskan menulis isi seterusnya sehingga menghampiri 80 patah perkataan.

Antara amalan baik dalam pemakanan ialah makan dalam keadaan selesa dan tenang. Kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur. Kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Makan setelah kita berasa lapar. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. Pengambilan makanan yang segar amat penting. Seterusnya, kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya
[72 patah perkataan]

Contoh karangan 1

Dalam menuju era globalisasi ini, Malaysia adalah sebuah Negara yang sudah mencapai kemajuan (tahap maksimum menerusi kemajuan pembangunan yang mencakar langit). Untuk memahami konteks ini, dari tahun ke tahun ada sahaja pembangunan yang di/bina mengikut perancangan yang telah di/rancangkan oleh pihak yang berkenaan.
Jika kita lihat pada tahun 1970-an dahulu, hanya beberapa buah bangunan sahaja yang telah dibina sebagai memenuhi ruang kehidupan dengan pekerjaan yang bergajikan rendah. Lihat sahajalah pada zaman itu, majoritinya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada sesetengahnya yang terpaksa mengikat perut untuk menyara keluarga yang tercinta. Bukan itu sahaja, ada yang terpaksa menyekat perbelanjaan keluarga demi masa hadapan anak-anak yang akan datang untuk memberi didikan yang baik kepada mereka.
Sekarang selepas berpuluh-puluh tahun lamanya, iaitu selepas negara Malaysia (digelar sebagai Negara yang maju seiring dengan negara-negara luar selepas menjangkau pada tahun 2000). Di sini segalanya telah bermula. Daripada rumah setinggan, telah dirobohkan dengan menjadi rumah teres. Dari bangunan yang kecil dan rendah, telah bertukar menjadi bangunan yang besar dan tinggi. Banyak binaan-binaan yang dirancang telah dimajukan menerusi perancangan luar bandar yang telah diuruskan oleh pihak yang berkenaan. Namun dengan kebanggaan inilah menyebabkan ada hidupan lain yang merana. Kadangkala kita tidak perasan bahawa setiap kejayaan pasti akan wujudnya pihak yang tidak berpuas hati.

Sebagai contoh, hidupan di dalam air. Pembuangan sisa toksid dan sampah sarap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan hidupan-hidupan ini akan mati dan pupus. Bukan itu sahaja, pembuangan sampah sarap yang kerap akan menyukarkan pengaliran air yang baik. Sisa toksid yang mengandungi racun yang dibuang oleh kilang-kilang akan menghilangkan kandungan nutrien yang terdapat di dalam air sungai ataupun air laut sekalipun.
Selain daripada itu, penebangan pokok-pokok tanpa kawalan akan menyebabkan banjir kilat akan berlaku. Ini kerana hujan yang turun akan diserap oleh tumbuhan sebagai bekalan air dalam melakukan proses respirasi dan juga fotosintesis. Jika pokok-pokok ini terus ditebang, maka natijahnya kita juga yang terkena. Hakisan tanah akan berlaku dan sekali/gus menyebabkan ada bukit yang runtuh ekoran daripada kejayaan ini. Ini akan menyusahkan semua pihak untuk membaik pulihkan semula. Bukan itu sahaja, malah akan berlakunya pembaziran kerana kosnya yang tinggi dan mahal.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan mencintai Negara ini, sama-samalah kita mengambil perhatian dan menjaga alam sekitar ini sebaik-baiknya. Ingatlah ada pepatah mengatakan ‘sediakan payung sebelum hujan’. Dengan itu, jadilah rakyat Malaysia dan terbilang, gemilang dan cemerlang’

Monday, May 24, 2010

Tugasan Masa Cuti

Pelajar mula bercuti pada 4 hn Jun 2010. Harap buat kerja rumah seperti yang telah ditetapkan. Tq
Pengarah PMR 2010

Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab graduan universiti menganggur dan kesan-kesan pengangguran tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Saban tahun beribu-ribu orang graduan dilahirkan oleh universiti awam dan swasta di negara kita. Namun, bilangan tenaga kerja yang menganggur dalam kalangan graduan juga semakin bertambah lantaran tidak banyak kekosongan jawatan yang diiklankan untuk mereka. Walaupun kita tidak menafikan ada graduan yang memperoleh pekerjaan namun mereka ini acapkali menyuarakan rasa tidak puas hati dengan suasana dan bentuk pekerjaan mereka. Apabila keadaan sebegini berlaku, banyak pihak yang menuding jari kepada graduan sendiri sedangkan kemungkinan banyak pihak lain yang turut berperanan menyumbang ke arah fenomena yang tidak menarik ini.

Sudah banyak perdebatan diadakan untuk membincangkan isu ini. sama ada di media cetak mahupun di media elektronik. Namun, masalah yang sama tetap berulang tanpa jalan penyelesaian yang konkrit. Usaha memartabatkan graduan semula masih pada tahap kabur. Dengan perkembangan pesat kehidupan hari ini yang dilingkari oleh pelbagai tuntutan yang mencabar, graduan yang kurang kemahiran berkomunikasi dan kurang kemampuan berfikir sudah pasti tidak mampu untuk menguasai hambatan-hambatan menimba pengalaman hidup yang semakin mencabar. Tekanan ini ditambah pula oleh tanggapan-tanggapan negatif yang dilemparkan oleh masyarakat terhadap mereka.

Banyak pihak terutama yang terlibat dalam bidang pekerjaan nampaknya sentiasa memberi pelbagai dalih dalam menawarkan pekerjaan kepada graduan lebih-lebih lagi kepada mereka yang dilihat kurang berinisiatif semasa ditemu duga. Graduan sebenarnya kekurangan pengalaman dan mereka sebenarnya ‘tersepit’ tanpa jalan keluar yang pasti. Dalam arus globalisasi kini, bahasa Inggeris begitu dipentingkan berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Masyarakat kita terutama para graduan perlu menyedari hakikat ini.Sekiranya mereka tidak menguasai bahasa ini sebaiknya di samping tidak mempunyai peluang untuk mengikuti latihan dalam pekerjaan, mereka akan terkapai-kapai atau teraba-raba dalam mengemudi hidup demi masa depan yang lebih baik. Graduan perlu diberi peluang menonjolkan kebolehan mereka menerusi latihan pekerjaan. Kita seboleh-bolehnya perlu menghentikan pengambilan pekerja-pekerja asing terutama pakar-pakar bidang tertentu yang dilihat semakin cenderung menguasai alam pekerjaan di negara kita. Persepsi terhadap bidang pekerjaan dalam bidang perladangan, pertanian dan perindustrian oleh para graduan sendiri perlu diubah.

Graduan ialah bakal pemimpin yang akan mencorakkan masa depan negara. Berilah peluang untuk mendapatkan pengalaman dan menyerlahkan kebolehan mereka seperti yang pernah diungkapkan oleh ahli pemikir terkenal,Ibnu Khaldun iaitu ‘aku mengenal diriku dan orang lain juga tahu tentang diriku’.


(Diubahsuaikan daripada Persepsi Masyarakat Punca Graduan Semakin Tertekan oleh Norhaidi Mohd Nordin, Berita Harian 6 Julai 2004)

Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian di negara kita dan kekangan yang dihadapi untuk memajukan sektor tersebut.. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi daripada 120 patah perkataan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggarisi beberapa strategi dan langkah yang disifatkan oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai usaha untuk mencergaskan sektor pertanian semula. Sektor pertanian dilihat sebagai (1) sektor yang menjanjikan pulangan lumayan di samping menjadi wahana dalam usaha (2) merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar. Adalah menjadi impian kerajaan bahawa menjelang tahun 2020 , negara kita bukan sahaja maju dalam sektor industri di bandar malahan maju dalam industri pertanian di desa. Semua agensi berkaitan dengan petani, penternak dan nelayan perlu melipatgandakan usaha bagi membuktikan bahawa pertanian bukannya sektor ‘lembab’ yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kemiskinan.

Sektor pertanian mampu (3) mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan bekalan makanan. Perbelanjaan mengimport makanan sebanyak RM 4.3 bilion setahun merupakan satu angka yang besar. Jumlah ini boleh disalurkan untuk program-program lain yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Sektor pertanian kini berpotensi (4) meningkatkan eksport barangan makanan lantas dianggap salah satu (5) enjin pertumbuhan ekonomi negara selain sektor pembuatan dan perkhidmatan. Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa negara mempunyai pasaran sebesar RM 18 bilion untuk produk seperti perasa, makanan dan minuman berasakan hasil tani serta herba. Kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk mengembangkan sektor pertanian dengan (6) menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini. Jawatankuasa Peningkatan dan Mempelbagaikan Pendapatan Petani,Penternak dan Nelayan telah ditubuhkan bagi mencari jalan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Hala tuju kerajaan adalah untuk mentransformasikan sektor pertanian negara. Antara langkah yang telah diambil adalah dengan mengamalkan kaedah pertanian terkini melalui aplikasi teknologi moden di samping penemuan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).Langkah juga diambil untuk menjadikan negara sebagai pusat pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran hasil pertanian ke pasaran global. Skim penggalakan ladang juga dilaksanakan bagi menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik. Sektor pertanian menjadi semakin penting kerana mampu (7) meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi. Sebuah makmal yang menjalankan penyelidikan bioteknologi telah ditubuhkan di Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI). Kemajuan dalam bidang pertanian juga bermakna (8) pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PPN) dan pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik agar lebih berkemampuan mengemudikan projek-projek pertanian komersial.

Sudah sampai masanya para petani menjayakan program Amalan Pertanian Baik (APB) yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan. Sebagai sebuah negara yang tanahnya subur dan sesuai untuk semua jenis tanaman, pengimportan makanan melebihi eksport tidak sepatutnya terus berlaku. Gagasan besar kerajaan ini hanya akan mencapai matlamat sekiranya golongan sasar sanggup mengubah sikap dan pemikiran dengan menggunakan kaedah, teknologi serta amalan pertanian yang disyorkan.

(Diubahsuaikan daripada rencana Asas Tani Bertunas oleh Laupa Junus, Utusan Malaysia , 31 Ogos 2004)

RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah bekalan air dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Apabila berlakunya krisis air di Lembah Klang, Majlis Air Kebangsaan telah ditubuhkan oleh kabinet pada 1 April 1998. Majlis ini bertujuan untuk mengawal dan mengurus sistem pembahagian air bagi memastikan bahawa negeri-negeri yang kering dapat memiliki bekalan air daripada negeri-negeri yang kaya air. Langkah kerajaan meningkatkan bayaran bil air di kawasan Lembah Klang selepas berlakunya krisis ini juga merupakan satu langkah yang positif.Melalui tindakan drastik ini sekurang-kurangnya masyarakat di kawasan ini akan menggunakan air dengan lebih jimat dan cekap. Langkah ini secara berperingkat akan dilaksanakan di seluruh negara tidak lama lagi.

Selain itu, pihak berkuasa juga boleh mengambil tindakan untuk membersihkan sungai-sungai yang tercemar supaya boleh diguna semula sebagai sumber air. Tidak dinafikan bahawa usaha ini akan menelan belanja yang besar, namun jika hasilnya memuaskan dan membawa manfaat kepada pengguna , maka tindakan itu bolehlah dijalankan.

Langkah seterusnya, pihak kerajaan khususnya Jabatan Bekalan Air(JBA) harus membaiki semua paip yang telah bocor dan rosak, secepat mungkin. JBA juga harus berusaha untuk meningkatkan taraf paip asbestos di kawasan bandar supaya tahan lebih lama. Menerusi tindakan tersebut, pihak yang mencuri air juga dapat dikesan dan diambil tindakan yang sewajarnya.Pihak kerajaan juga harus membuat penyelidikan yang terperinci untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengagihan dan penggunaan air. Contohnya, di bandar raya Tokyo, air yang digunakan untuk mencuci tangan disalurkan semula supaya boleh diguna semula untuk menyimbah tandas. Penggunaan air yang cekap seperti ini harus dirancang dan dilaksanakan di negara kita.

Pembinaan empangan juga merupakan salah satu alternatif untuk mengatasi masalah krisis air ini. Empangan boleh digunakan untuk mengumpul air hujan dan disalurkan kepada orang awam ketika kecemasan. Contohnya, pembinaan empangan Kenyir dan Pedu, banyak membantu dalam penyaluran air untuk hasil pertanian semasa musim kemarau negara kita. Antara langkah lain ialah mengenal pasti kawasan kecil yang mempunyai sumber air bawah tanah. Air bawah tanah ini boleh digunakan ketika berlakunya krisis air.

Seterusnya, pihak kerajaan juga harus menggalakkan pengusaha air mineral mengurangkan kos pengeluaran mereka. Jika kos dapat dikurangkan , air mineral dapat dijual dengan harga yang lebih murah. Hal ini membolehkan orang ramai membelinya dan
menggunakannya sebagai sumber minuman ketika krisis air.
( Diubahsuaikan daripada Krisis Air oleh V.Sivarubini Dewan Siswa,Julai 2003)

Saturday, May 15, 2010

Gurindam guru Sejati [Mas Adeki]

Guru sejati muhasabah diri,
Bijak bertindak dan berdikari.

Guru sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara.

Senyuman dipapar menawan hati,
Tutur katanya penuh bererti.

Guru sejati tekun bekerja,
Ada wawasan semangat waja.

Guru sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati.

Guru sejati berhati murni,
Sihat sejahtera hidup harmoni.

Tidak mudah berkata tidak,
Sentiasa berusaha terus bertindak.

Jika menghadapi sebarang masalah,
Guru sejati tak pernah mengalah.

Rela berkorban apa sahaja,
Kurang cakap banyak bekerja.

Guru sejati baik hati,
Berasa belas menaruh simpati.

Guru sejati bijak berbicara,
Hidup berbakti jadilah juara.

Guru sejati umpama lebah,
Menebar ilmu sabar tabah.

Guru sejati bergelar pendidik,
Pelajar diasuh bijak cerdik.

Membina, membentuk insan berakhlak
Gigih membimbing tak pernah jelak.

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat,
Kedua-duanya penting diambil berat.

Guru sejati insan bijaksana,
Tugasan diberi beres sempurna.

Tegur nasihat untuk kebaikan,
Mengasuh, mendidik demi kebajikan.

Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.

Guru sejati utamakan kecemerlangan,
Pelajar bergaya ke arah kegemilangan.

Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.

Guru sejati memanusiakan manusia,
Demi keamanan bukan sia-sia.

Guru sejati guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.

Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.

Thursday, May 13, 2010

Gurindam Jiwa

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Bagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Sumber: Lagu Gurindam Jiwa

Wednesday, May 12, 2010

Ringkasan PMR

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang punca-punca berlakunya keracunan makanan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kes keracunan makanan terutamanya di sekolah semakin kerap disiarkan media sejak akhir-akhir ini. Isu ini bukanlah suatu perkara yangbaharu, tetapi telah menjadi satu isu yang telah lama diperbincangkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Keracunan makanan bukan hanya akan berlaku di sekolah tetapi di mana-mana sahaja apabila berlaku pencemaran terhadap makanan yang dimakan.
Makanan yang tercemar dapat dikenal pasti melalui beberapa caraaeperti rupa, earna, tekstur dan bau sesuatu makanan. Dari segi rupa, terdapat tompok-tompok kulat, contohnya pada roti atau kuih. Warna makana pula akan bertukar warna seperti warna kehijau-hijauan pada daging atau ayam. Contoh nasi basi ialah makanan itu berlendir atau berair. Selain itu, bau makanan akan berubah dengan mengeluarkan bau yang masam dan tidak enak.
Salah satu sebab berlakunya keracunan makanan adalah apabila pengendali makanan tidak tidak mengambil berat tentang kebersihan. Mereka menjalankan kerja-kerja pengendalian makanan dengan tangan yang kotor, kuku yang kotor dan panjang, rambut tidak terurus serta tidak memakai apron. Malah mereka membiarkan premis makanan mereka kotor. Pengendali makan juga sering menyentuh makanan yang telah disiap masak secara langsung semasa menghidangkan atau mengendalikan sesuatu makanan.
Kita juga sering memperhatikan bahawa ramai pengendali makanan yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Ramai antara mereka yang tidak menghiraukan kebersihan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan. Persekitaran yang kotor dan penuh dengan sampah sarap, makanan yang terdedah dan dihinggapi lalat, bekas penyediaan makan yang kotor. Malah terdapat premis yang tidak mempunyai kemudahan mencuci tangan dan tandas yang sempurna.
Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna akan menyebabkan berlakunya pembiakan mikroorganisma berbahaya terutamanya pada bahan makanan yang berprotein tinggi seperti daging, ayam, makanan laut dan produk tenusu. Oleh itu, kita perlu menggelakkan makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna . Makanan dari peti sejuk mestilah dinyahbekukan dengan sempurna dan dimasak secukupnya untuk memastikan bakteria yang berbahaya terhapus.
Isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak melaksanakan peranan yang sewajarnya. Yang paling penting, utamakan kebersihan dalam apa-apa jua tindakan yang melibatkan makanan dan minuman. Mencegah sesuatu lebih baik daripada mengubah.
(Dipetik dan diubah suai daripada,‘Keracunan Makanan’
Siti Balqis Budin- Siswa, Oktober 2007)

Ringkasan PMR

Baca petikan di bawah dengan teliti.Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang kepentingan disiplin dalam kehidupan kita. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Disiplin merupakan perkara yang amat penting bagi seseorang pelajar. Disiplin merupakan peraturan dan undang- undang yang perlu ditanam dalam jiwa seseorang pelajar itu ketika masih di peringkat kanak- kanak lagi. Maka kita dapat melihat bahawa di sekolah telah ada satu garis panduan yang mesti dipatuhi oleh seseorang pelajar.

Namun demikian disiplin di sekolah sering menjadi rungutan para pelajar yang inginkan kebebasan secara total. Pada hakikatnya, tanpa disiplin akan wujud keadaan kucar-kacir. Seorang pelajar yang berdisiplin akan menjadi insan yang mulia, mempunyai perasaan hormat- menghormati, tolong- menolong dan berperikemanusiaan.

Dalam negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama, sikap ini perlu disemai agar keharmonian hidup dapat dicapai. Sekiranya sikap ini tidak dipupuk sejak dari awal lagi, maka akan lahirlah perasaan mementingkan diri sendiri.Kita perlu ingat bahawa mungkin suatu hari nanti kita akan menghadapi masalah yang tidak diduga dan ketika itulah kita memerlukan pertolongan orang lain.Oleh sebab itu sekiranya kita sudi menolong orang, pasti suatu hari nanti orang akan sudi menolong kita.

Begitu juga dalam pelajaran,tanpa disiplin maka pelajaran yang diajar oleh guru akan dianggap mudah sahaja dan latihan yang diberi tidak akan disiapkan.Cara yang mudah ialah meniru dan sekiranya sikap ini diteruskan,maka pelajar seperti ini akan gagal dalam peperiksaan kelak.Berbeza dengan pelajar yang berdisiplin,mereka akan meletakkan pelajaran sebagai keutamaan.

Seseorang pelajar yang berdisiplin tidak akan melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah dan hanya membuang masa seperti merokok,menagih dadah,mengamalkan budaya lepak,dan seumpamanya.Hanya pelajar yang berdisiplin sahaja mampu menolak unsur yang tidak sihat.

Lebih daripada itu,seseorang individu yang berdisiplin akan mempunyai matlamat yang pasti dalam hidupnya. Individu seperti ini tidak akan mudah terpengaruh dengan persekitaran dan tidak akan membiarkan pendiriannya dirobek oleh orang lain.Manusia seperti inilah yang mampu menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap nusa dan bangsa.

Jelaslah bahawa disiplin merupakan perkara utama yang perlu ditanam dalam jiwa setiap pelajar.Selain itu,tujuan disiplin diwujudkan di sekolah ialah untuk melahirkan pelajar yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.

Latihan rumusan

Soalan 1
[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang formula untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini dan kepentingannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Naluri semula jadi manusia adalah ingin hidup berkelompok dan bersatu padu. Hari perpaduan yang disambut pada 16 September pada setiap tahun bertujuan untuk mengingatkan rakyat tanpa mengira sempadan negeri ataupun wilayah tentang kepentingan semangat perpaduan dan patriotisme demi kestabilan dan kesejahteraan negara. Perayaan ini juga berperanan untuk memupuk dan menggalakkan semangat perpaduan pelbagai kaum di negara ini melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Perpaduan merupakan pemangkin dalam mewujudkan kestabilan sosial dan pembangunan sesebuah negara. Suatu ikatan perpaduan yang erat perlu dijalin demi mewujudkan sebuah negara yang maju dengan memberi tumpuan kepada konsep pembangunan komuniti tanpa mengabaikan nilai-nilai murni kemasyarakatan. Resepi utama perpaduan ialah sikap hormat-menghormati dan tolong-menolong yang merupakan landasan pertama ke arah mewujudkan semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Semangat ini perlu dipupuk dalam generasi muda sejak mereka berada di bangku sekolah rendah lagi agar dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang aman damai.
Sikap perkauman tidak harus dijadikan amalan kerana boleh menjejaskan usaha untuk mewujudkan perpaduan. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, setiap orang perlu menghindari perasaan dengki, pilih kasih, sombong, dan pelbagai sikap buruk yang lain. Di peringkat sekolah, pelbagai kegiatan dijalankan bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbeza latar belakang. Antaranya termasuklah penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Tambahan pula, semua aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk semangat setia kawan dan meningkatkan keharmonian hubungan pelbagai kaum. Selain itu, sistem pendidikan juga merupakan saluran utama untuk mewujudkan perpaduan kaum. Setiap warga pendidikan di seluruh negara perlu menjadikan agenda perpaduan ini sebagai keutamaan dalam semua program dan aktiviti pendidikan yang dilaksanakan sepanjang masa di sekolah. Di samping itu guru-guru juga perlu berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar semangat perpaduan terus subur, Seterusnya warga pendidik perlu menentukan dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program di luar bilik darjah demi memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah.
Sememangnya perpaduan amat penting dalam apa-apa situasi sekalipun sama ada ketika senang dan lebih-lebih lagi ketika susah. Perpaduan yang perlu disuburkan dalam kalangan rakyat tidak harus terhad kepada aspek tertentu seperti perpaduan kaum, malah harus meliputi segala perkara yang melibatkan kepentingan bersama khususnya dan kepentingan negara amnya.


(Diubahsuaikan daripada rencana bertajuk 16 September Hari
Perpaduan: Menyelusuri Formula Mewujudkan Perpaduan
oleh Hj. Samat Buang, dalam Fokus SPM, September 2002)

Monday, May 10, 2010

Sajak-bertemakan GURU

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988

Sunday, May 9, 2010

Teknik Pengajaran

PEMBELAJRAN KOPERATIF

Pembelajaran Koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid daipada pelbagai kebolehan bekerjasama di dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Lima unsur asas dalam Pembelajaran koperatif adalah :
i saling bergantung antara satu sama lain secara positif
ii saling berinteraksi secara bersemuka
iii akauntabiliti individu ata pemblajaran diri sendiri
iv kemahiran koperatif
v pemprosesan kumpulan

LEARNING CENTERS / INTEREST CENTERS

Brain-based research argues that curriculum should be based on student interests and presented within a meaningful context. Using Learning Centers is one way to integrate interests with curriculum objectives, to differentiate curriculum to attract and engage all learners, and to create learning challenges.


PEMBELAJARAN KENDIRI

Pengertian/Takrif

• Pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.

• Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajran mereka.

• Pentaksiran kendiri disediakan untuk dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan murid.


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Takrif:
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

Manfaat ICT dalam Pembelajaran:

1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
3. meningkatkan motivasi murid
4. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)


CONTRACT ACTIVITY PACKAGE (CAP)

A CAP is one easy-to-use instructional method for individualizing course content and responding to how different students in the same class learn and demonstrate the knowledge they gain. It will guide the students through independent learning experiences. It is applicable to all grade levels and also suitable for high ability students.

PEDAGOGI

TEKNIK PENCERITAAN

Definisi : Jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang berlaku sama
ada benar atau pun khayalan .
(Kamus Dewan,1989)

Bercerita : perbuatan yang mengesahkan cerita ini
: kegiatan yang boleh menarik perhatian dalam p & p
: kaedah yang amat sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak
: penggunaan dalam p & p dapat :
o Membina keyakinan pelajar
o Merangsang penglibatan cergas
o Menarik perhatian dan penumpuan pelajar

Contoh: tokoh terkenal, peperangan dan penguasaan sains dan penemuan dsb.

Tujuan Penggunaan:
1. menyuburkan daya imaginasi
2. menyuburkan kecerdasan fikiran
3. menggalakkan perkembangan bahasa
4. mengurangkan masalah disiplin
5. menghayati nilai murni
6. menanamkan semangat kewarganegaraan

Prinsip Pengunaan (Ee Ah Meng, 1993)
1. Cerita yang sesuai dengan gaya yang mennarik
2. Cerita yang mempunyai perkaitan dengan tajuk dan matlamat pengajaran
3. Keadaan dan suasana yang selaras dengan jalan cerita
4. Cara yang bersengaja dan dalam keadaan semulajadi
5. Penggunaan alat-alat bantuan
6. Lenggang bahasa yang ringkas dan mudah.
7. Peluang kepada pelajar untuk menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif
8. Tidak membuang dan membazirkan masa
9. Cerita disudahi dengan kemas dan teratur
10. Aktiviti susulan

Pendekatan Kaedah Bercerita
1. Guru sebagai pencerita
2. Pelajar sebagai pencerita
3. Mendengar rakaman cerita
4. Penceritaan dari buku
5. Penceritaan dari sumber lain


Kebaikan
1. Mudah untuk menyampaikan maklumat, ilmu pengetahuan dan kemahiran
2. Pengembangan program bacaan dan pendidikan.
3. Memperkembangkan kemahiran mendengar, kemahiran penaakulan dan pengukuhan daya ingatan dan imaginasi pelajar.
4. Memperkembangkan kemahiran lisan dan struktur tatabahasa.
5. Mendorong pengajaran dan pembelajaran.
6. Memperkembangkan kreativiti.
7. Menghasilkan kemahiran dan pertuturan, perbualan dan perbincangan.
8. Memperkembangkan minat dan bakat.


TEKNIK INKUIRI
Pengertian:

1. Suatu proses soal selidik untuk mendapatkan kesimpulan daripada masalah yang dikemukakan dalam P & P.
2. Menekankan soal-soal pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pendekatan, kaedah, teknik, prosedur, cara melihat dan menyelesaikan masalah.
3. Suatu teknik yang dapat mengembangkan kemahiran belajar di kalangan pelajar.

Matlamat Utama

1. Mengenalpasti unsur-unsur penting untuk melakukan inkuiri bercorak intelektual.
2. Mengukuhkan strategi pengajaran yang dibina .
3. Membina kemahiran kepada guru untuk mempersembahkan bentuk pengajaran yang lebih berkesan dan bermakna.
4. Menganalisis beberapa implikasi penggunaan strategi guru, bilik darjah dan kesesuaian kurikulum.

Jenis-jenis Inkuiri

1. Inkuiri Terbimbing
o Guru bertanggungjawab membimbing pelajar dalam proses kajian.
o Kajian adalah sama dalam bentuk soal selidik, membantuk hipotesis dan merancnag aktiviti penyelidikan.
o Dapat membuat rumusan.

2. Inkuiri Terbuka
o Tiada bimbingan.
o Rumusan adalah hasil dari kajian sendiri.
o Sesuai di peringkat pengajian tinggi.


Langkah-langkah dalam teknik Inkuiri
i. Menentukan masalah.
ii. Rangka penyelesaian.
iii. Pengumpulan data.
iv. Menganalisis data.
v. Membuat kesimpulan.

Pelaksanaan oleh guru
1. Memilih sesuatu konsep, idea ataupun generalisasi.
2. Membimbing, memberi panduan dan bantuan kepada pelajar untuk mencari jawapan.
3. Membantu pelajar untuk menguji konsep, idea dan generalisasi.
4. Memberi bimbingan untuk memeriksa kembali jawapan.

Kelebihan
1. mendorong sikap belajar secara sendiri
2. mempertajamkan fikiran di samping mengembangkan kemahiran intelek
3. penglibatan pelajar sepenuhnya dalam pengajaran guru
4. memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengkaji, menilai dan menyangkal pendapat dan pandangan orang lain mengenai sejarah dengan mengemukakan hujah dan bukti


TEKNIK PERBINCANGAN

Pengertian:
Perbincangan merupakan suatu kaedah dan teknik P&P yang melibatkan perbualan antara pelajar dengan guru dalam bilik darjah.
Mak Soon Seng (1993)

Pelajar bebas mengeluarkan dan mengulas pendapat mengenai sesuatu tajuk.

Bertujuan untuk melatih pelajar melahirkan buah fikiran yang bernas dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Melibatkan semua pelajar dalam kelas.
Biasanya diketuai oleh guru.
Boleh juga dilakukan dalam kumpulan kecil.

Pelaksanaan : 5 peringkat

1. Peringkat perancangan.

2. Menetapkan tajuk yang sesuai. Menerangkan tujuan dan matlamat tajuk , jika berkumpulan – Pengerusi dan pencatat perlu dilantik.

3. Peringkat perkembangan
Aktiviti perbincangan.
Setiap ahli kumpulan mengambil bahagian secara aktif.
Pencatat membuat catatan.
Guru mengawasi perjalanan perbincangan.
Dalam suasana gembira, menyeronokkan dan semangat kerjasama.


4. Peringkat rumusan
Sesi pengukuhan melalui perbincangan lanjut.
Pencatat membuat laporan

5. Peringkat penutup
Guru membuat rumusan
Pelajar membuat catatan

Jenis-jenis Perbincangan
 Perbahasan
 Seminar
 Forum
 Kumpulan Belajar
 Sesi Buzz

Kelebihan Kaedah Perbincangan
i. Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengeluarkan pendapat dan hujah yang bernas dan tersusun
ii. Bertutur dengan intonasi dan gaya yang betul
iii. Kemahiran mendengar dan memahami sesuatu perbincangan.
iv. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan berkongsi pendapat
v. Mewujudkan sikap suka membaca kerana perlu membuat rujukan
vi. Memperkembangkan kemahiran belajar
vii. Melatih mengeluarkan pendapat dan buah fikiran secara logik dan matang
viii. Melatih pelajar bekerjasama dalam mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah
ix. Dapat belajar secara aktif.
x. Mengukuhkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
TEKNIK SYARAHAN

Pengertian:
o Suatu kaedah pengajaran yang bersifat tradisional dan guru menyampaikan pelajarannya secara autokrasi
o Pengajaran berpusat kepada guru dan pelajar bertindak sebagai pendengar sahaja
o Syarahan sering kali dikait dengan penerangan
o Thyne (1963) : syarahan merupakan seuatu proses yang dapat memberi penerangan kepada orang lain . Kaedah ini kerap kali dinamakan Kaedah Syarahan Penerangan
o George Brown (1978) : penerangan merupakan nadi dalam proses pembelajaran
o Abdul Rahim Rashid (1989) : untuk menarik perhatian dan memberi kefahaman kepada pelajar, kaedah syarahan, penerangan yang digunakan mestilah dilaksanakan secara sistematik dan penerangan dilakukan dengan rapi.

Faktor Pembatasan Keberkesanan

1. Pelajar kurang menumpukan perhatian
• ‘….saya melihat tetapi saya tidak nampak, saya mendengar tetapi tidak pasti apa yang didengar dan saya mengalami sesuatu tetapi tidak tahu apa yang dialami……’suatu gejala mimpi dalam jaga
• Abu Zahari (1992): keadaan ini menyebabkan pelajar tidak akan memahami apa yang diajarkan dan seterusnya akan mengurangkan pencapaian mereka


2. Pelajar suka mengingati fakta yang banyak
• Kerana fakta merangkumi bidang yang amat luas dan rencam – sebilangan besar pelajar akan lupa isi syarahan
• Jones 91923), 60 peratus pelajar lupa isi syarahan sebaik sahaja keluar dari bilik syarahan
• Iris Paintal 91980) : 23 peratus lagi akan lupa selepas 8 minggu

3. Kurang interaksi antara guru dengan pelajar
a) Pemikiran kritis terbatas
b) Pemahaman berbeza
c) Pelajar tidak dapat memberi maklum balas

4. Kepantasan mengajar
• Kerana kesuntukan masa, guru tidak akan mengambil kira tentang keperluan pelajar

5. Pelajar ramai
• Suasana yang tidak selesa
• Gangguan lain

Kaedah Syarahan Yang Berkesan
Peranan guru :
a. Menyusun struktur syarahan
b. Merancang dan mengumpul bahan-bahan dan fakta
c. Membuat persediaan rapi
d. Menguasai beberapa kemahiran
-pengenalan : menarik perhatian dan meruntun fikiran pelajar,
membuat bahan edaran dan risalah tentang isi
syarahan
-penyampaian : penguasaan dan kelancaran syarahan melalui
pembacaan dan latihan berulang kali.
TEKNIK DAPATAN

Pengertian:
• Kaedah penyelidikan/heuristic (Greek : eureka – sudah dapat diketahui).

• Menekankan proses belajar dengan menggunakan cara penyelidikan secara persendirian berasaskan pemerhatian, kaji uji dan ujian.

• Melibatkan aktiviti mengenalpasti, memerhati , mengkaji, mengumpul data, menganalisis, membuat pemerhatian dan melakukan rumusan.

Teknik Dapatan Berstruktur
• Guru menyediakan suatu siri aktiviti yang berkesinambungan.
• Pelajar diberi panduan dan bimbingan untuk menjalankan penyelidikan.
• Pelajar membuat kesimpulan hasil dari penyelidikan.


TEKNIK SOKRATIK

Pengertian:
• Mengambil sempena nama ahli falsafah Greek, Socrates (470 – 399 SM).
• Mengutamakan penyoalan.
• Bertujuan untuk meningkatkan taraf pemikiran pelajar secara logik dari yang belum diketahui kepada yang diketahui.
• Taraf pemikiran yang boleh dicapai bergantung kepada jenis soalan yang ditanya ; peringkat rendah  peringkat tinggi.

Jenis-jenis Soalan
1. Peringatan
• Sangat popular
• Pelajar tidak dikehendaki menggunakan daya pemikiran
• Tentang perkara-perkara dan orang dalam Sejarah
Cth. Siapakah pelukis potret ‘Mona Lisa’
Bilakah Perjanjian Pangkor ditandatangani?
2. Pemikiran
• Memerlukan penjelasan atau sebab-sebab
• Pelajar mencari maklumat dan membuat hubungan dalam pemikiran mereka di antara beberapa faktor
• Mencari perhubungan sebab dan kesan

Cth: Apakah faktor-faktor yang telah mencetuskan Revolusi
Perancis?
Mengapakah Inggeris campur tangan di Tanah
Melayu?

3. Pertimbangan
• Pelajar dapat dilatih dalam kemahiran Sejarah
• Pelajar digalakkan membuat keputusan sendiri terhadap tiap-tiap kejadian
• Pelajar tidak semestinya menerima sebagai benar keterangan dan pendapat guru atau pengarang buku.

Contoh: Adakah benar penjajahan Jepun tidak membawa sebarang kebaikan kepada Tanah Melayu?
Adakah benar imperialisme Barat telah memberi manfaat kepada masyarakat setempat?

4. Mencipta/Kreatif
• Menggalakkan pelajar memikirkan penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia
• Mencipta cara-cara baru untuk mengatasi masalah

Contoh: Bolehkah anda cadangkan cara-cara untuk mengelakkan persengketaan antara kuasa-kuasa besar?


TEKNIK PENERANGAN
Pengertian:
• Amalan biasa bagi menerangkan idea-idea, faktor-faktor dan peristiwa penting.
• Disertai dengan alat bantu mengajar yang lain seperti papan putih, power point, ohp dll.
• Untuk menjelaskan keadaan sesuatu masalah.
Cth: Menerangkan alasan-alasan yang digunakan oleh Raffles untuk menduduki
Singapura 1819.

Jenis-jenis Penerangan
1) Interpretatif
Memberi fokus dan penekanan dari segi maksud, pernyataan atau isu-isu

2) Deskriptif
Menjelaskan proses-proses struktur atau prosedur-prosedur.
Cth. Bincangkan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Perang Dunia Pertama.

3) Sebab Musabab
Melibatkan prinsip-prinsip/generalisasi, motif atau nilai-nilai dan penerangan yang melibatkan sebab musabab.
Cth: Mengapakah Tun Perak begitu terkenal pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka?

Peranan Guru
• Penerangan mempunyai struktur yang jelas dan menarik.
• Keberkesanan bergantung kepada minat dan kesungguhan guru.
• Melibatkan aspek peribadi guru seperti :
Corak dan gaya muka,
aksi, kelantangan dan nada suara.
TEKNIK SIMULASI

Pengertian:
• Mewujudkan satu situasi untuk menyerupai keadaan sebenar.
• Melibatkan pelajar-pelajar melakonkan sesuatu perkara (secara berpura-pura) dalam suatu suasana yang terancang.

Jenis-jenis Simulasi:
1) Lakonan/Drama
• Berskrip
• Tanpa Skrip

2) Sosio drama
• Pelajar cuba menyelesaikan sesebuah masalah sosial
• Pelakon diberi peranan watak sejarah dan suatu masalah atau isu dalam sejarah.

3) Perbahasan
• Pemidato memegang peranan sebagai seorang tokoh sejarah atau sebagai seorang tokoh sejarah yang membahaskan sesuatu isu sejarah.
• Syarahan kecil (lecturette) dilakukan oleh seorang pelajar kepada rakan-rakan sekelas dan mereka memberi markah.
Cth : seorang pelajar menerangkan apa yang sebenarnya dilihat dan dirasai oleh Marco Polo dalam pengembaraanya.


4) Simulasi Segera

• Guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk .
• Guru meminta pelajar memegang sesuatu peranan dan mengambarkan bagaimana peristiwa itu berlaku.
Cth : Jika anda tokoh x , apakah yang akan anda lakukan ?
Bagaimana reaksi anda terhadap …?

5) Permainan
• Terancang dan berstruktur seperti ‘board games’ dan teka silang kata.

Kelebihan Teknik Simulasi:
• Memperkembangkan kemahiran pendidikan imaginasi , pertimbangan , sintesis dan perhubungan secara lisan.
• Kesan yang kuat kepada daya ingatan pelajar
• Menjamin perkembangan pengetahuan sejarah kerana ia menitikberatkan aspek afektif.
• Menolong mengatasi masalah pelajar yang berbeza kebolehan .
• Menimbulkan tahap keinginan yang tinggi untuk belajar.


TEKNIK KAJI PETA

Takrif Peta : Bahan grafik
: Mengandungi petunjuk dan simbol untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang sesuatu kawasan.
: Satu kod yang perlu di beri perhatian , ditafsir dan diinterpretasi.


Penggunaan Peta : Sangat berkesan , menarik minat dan menggalakkan penglibatan pelajar yang aktif.
: sekali sekala.
: tidak boleh dijadikan kaedah utama.
: bahan tambahan atau sokongan .
: untuk menjelaskan peristiwa yang berlaku.

Kepentingan dalam P&P Sejarah
1. - memberi lokasi sebenar sesuatu peristiwa sejarah.
- memberi peluang kepada pelajar menghubungkaitkan peristiwa sejarah dengan faktor persekitaran yang mungkin mempengaruhi.

2. – dapat memberi gambaran tepat tentang jarak dan arah.
- membantu pelajar memahami sebab musabab sesuatu peristiwa sejarah.

Cara Penggunaan :
1. Bahan ilustrasi / bahan visual untuk kefahaman yang lebih jelas
Cth: Tamadun Dunia : dapat menunjukkan lokasi tamadun

2. Alat Bantu mengajar dan bahan sumber
Cth : Peperangan , imigrasi , jalan perdagangan

Kemahiran yang diperolehi :
1. mendapatkan maklumat
- melalui soalan-soalan guru yang membimbing pelajar untuk mendapatkan maklumat.
- Maklumat ditukarkan kepada keterangan bertulis.

2. Memasukkan maklumat
- Pelajar menggunakan pengetahuan sejarah dan pemahaman mereka tentang simbol-simbol kartografi.



TEKNIK KAJI GAMBAR

Takrif: Kaedah P&P yang menggunakan gambar sebagai bahan utama,
pelajar lebih memahami sesuatu peristiwa dengan lebih bermakna
Cth : gambar foto, poskad, iklan, poster, kartun dan gambar-gambar daripada buku teks

Penggunaan gambar : menggunakan daya imaginasi bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan sesuatu tajuk
: boleh dibimbing memahami persoalan tentang sejarah
: penggunaan secara terancang.
: perlu cungkil maklumat yang tekandung dalam sesuatu gambar.
: guru menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan gambar
• Soalan umum
• Soalan Khusus
• Soalan yang memerlukan jawapan yang terperinci
• Soalan yang memerlukan interpretasi
: penggunaan gambar untuk aktiviti inkuiri.
Kebaikan:
i. - Menambah pengalaman intelektual pelajar
- menambah pengetahuan yang tidak boleh diperolehi melalui cara lain.
ii. - Melatih pelajar mempunyai pemikiran kritis
- melatih pelajar mentafsir keterangan visual

Cara penggunaan :
I. Secara individu (aktiviti inkuiri)
- gambar yang sesuai
- mempunyai maklumat yang dapat membantu
- guru mengemukakan soalan-soalan.
- Perbincangan kelas.

II. Secara berkumpulan
- edarkan gambar-gambar dan soalan-soalan kepada kumpulan-kumpulan.
- Kaji gambar dan bincang soalan.
- Kumpulan membuat laporan
- Guru beri komen-komen tentang jawapan
- Guru mengemukan soalan yang lebih susah.
- Pelajar diberi peluang membuat hipotesis sendiri.

III. Secara bersiri untuk menunjukkan hubungkait perkembangan dan perubahan
- gambaran dapat menunjukkan corak , variasi dan perubahan melalui masa.
- Pelajar memberikan sebab berlakunya perubahan.
- Pelajar menulis esei dengan menggunakan gambar-gambar dari buku-buku sejarah lain dan buku teks.


TEKNIK KAJI DOKUMEN

Takrif: Dokumen merupakan bahan bertulis / bercetak

Jenis Dokumen :
• Laporan saksi
• Laporan rasmi
• Surat perjanjian / persetiaan
• Perisytiharan
• Akta Parlimen
• Memorandum
• Catatan peringatan
• Rekod kerajaan
• Wang kertas
• Surat persendirian
• Bil-bil
• Cop mohor
• Peta sejarah

Tujuan :
• Membolehkan pelajar melihat dan mengkaji sumber utama
• Membolehkan pelajar sedar tentang kepentingan dokumen untuk penulisan sejarah.
• Meyakinkan pelajar tentang ketepatan fakta.
• Memberi peluang kepada pelajar berperanan sebagai’sejarahwan’.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk mengeluarkan pendapat/ pandangan.
• Meningkatkan kemahiran mentafsir , menganalisis , menilai , membuat perbandingan dan merumus sejarah.



Cara Penggunaan:
• Dapatkan dokumen asal dan buat salinan untuk edaran kepada pelajar.
• Pastikan pelajar ada pengetahuan / latar belakang tentang dokumen yang dikaji.
• Menyunting atau menukarkan bahasa yang digunakan dalam dokumen asal kepada bahasa yang mudah difahami.
• Menyediakan soalan-soalan mengikut objektif P&P dari senang ke susah



TEKNIK TUTORIAL

• Sesuai digunakan untuk kelas yang kecil.
• Tugasan diberi secara bergilir-gilir untuk mencari bahan-bahan rujukan dan bacaan.
• Masa ditetapkan untuk melengkapkan tugasan.
• Sessi pembentangan kepada ahli kelas.
• Rakan kelas mengemukakan soalan.
• Akan berlakunya interaksi antara guru dan pelajar-pelajar.
• Guru membuat rumusan.
• Sesuai untuk peringkat SPM.


TEKNIK TUNJUK CARA(DEMONSTRASI)

Pengertian:
• Proses P&P dimana seseorang guru berbuat sesuatu dengan kehadiran pelajar untuk menyaksikannya.
• Melibatkan aktiviti penerangan dengan guru menunjukkan cara membuat sesuatu.
• Melibatkan juga aktiviti pendengaran , penglihatan dan percubaan pelajar.
• Dapat memusatkan perhatian pelajar kepada langkah-langkah dan peraturan yang terlibat dalam sesuatu proses.
• Menggunakan alat pandang dengar.

Tujuan :
• Pelajar dapat mencontohi sesuatu dengan lebih tepat dan mudah.
• Memperkukuhkan ingatan pelajar.
• Memudahkan pelajar membentuk konsep dan prinsip.
• Menarik minat kerana boleh melihat secara peribadi.
• Meningatkan pelajar tentang aspek penting yang seharusnya di beri perhatian.
• Mendapat latihan amali untuk membina kemahiran yang tepat dan kukuh.

Jenis-jenis Tunjuk Cara:
1. Model hidup.
2. Model Simbolik.
3. Model Persepsi.

Kelebihan:
• Pelajar dapat melihat dan mendengar.
• Idea dan prinsip dapat diilustrasikan.
• Mengekalkan perhatian dan ingatan.
• Pelajar dapat menjayakan demonstrasi dan membentuk kemahiran dan sikap.


KAEDAH KAJIAN BUKU TEKS

Pengertian:
• Buku Teks adalah bahan sokongan
• Isi Kandungannya tidak boleh dianggap lengkap.

Kemahiran Penggunaan:
1. Kemahiran membuat rujukan seperti :
• Mencari maklumat
• Menggunakan indeks

2. Kemahiran memahami seperti
• Memahami petikan atau perenggan tertentu
• Memahami makna perkataan dan frasa.
• Memahami perkaitan idea
Cth : Renaissance dan Reformation Imperialisme dan Nasionalisme
• Memahami carta , peta , rajah dsb.

3. Kemahiran Analisis dan Kritis
• Pelajar dibimbing supaya membaca dengan kritis
• Menimbulkan persoalan kepada setiap perenggan dan pernyataan.
• Melatih pelajar membaca dengan lebih bijak.
• Mengasingkan fakta penting dengan yang tidak penting.
• Mempunyai pandangan dan fikiran yang tajam.

4. Kemahiran Imaginatif
• Pelajar membayangkan / mengandaikan bahawa mereka berada pada suatu zaman atau situasi
Cth : zaman Renaissance
:zaman Pericles
• Guru menggunakan isi kandungan buku teks.

5. Kemahiran membuat nota
• Dibimbing mencari maklumat yang tepat dari buku teks.

Latihan Menggunakan Buku teks:
• Membina soalan kefahaman berdasarkan petikan atau mukasurat tertentu.
• Membentuk soalan yang berbentuk imaginative bagi menghidupkn sesebuah petikan yang dibaca.
Cth : katakanlah anda Abraham Lincoln
Apakah tuduhan yang akan anda ambil bagi mengatasi perang saudara di Amerika.
• Meminta pelajar mengambil dan menyusun data yang berkaitan dengan sesuatu persoalan dan masalah.
Cth : mencari data yang berkaitan dengan pertanian secara komersil di Malaysia akibat imperialisme.
• Membuat rajah , carta dll
• Meminta pelajar menukarkan suatu petikan prosa kepada bentuk graf , carta dsbnya.
• Membuat rujukan : memahirkan pelajar menggunakan semua bahagian didalam buku teks dari muka surat kandungan hingga ke indeks.


TEKNIK LAKONAN

Kebaikan teknik lakonan:
• Satu cara lagi untuk mempertingkatkan kesedaran pelajar tentang sesuatu peristiwa.
• Memerlukan ketokohan guru dan pelajar.
• Walaupun persediaan memakan masa yang lama tetapi boleh mengembangkan imaginasi dan daya cipta pelajar.
• Mengalakkan hubungan yang sihat.
• Menghidupkan peristiwa lampau agar pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka sendiri sedang mengalaminya.
• Imaginasi yang dibuat mestilah sedekat mungkin dengan alam nyata (tidak mematikan kejadian sebenar).
• Boleh melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran sejarah.
• Guru membuat rumusan selepas lakonan.


TEKNIK PROJEK

Pengertian:
• Projek berdasarkan buku ialah penyelidikan / kajian yang terperinci tentang sesuatu tajuk.
• Dilakukan secara individu / berkumpulan.
• Di dalam atau di luar kelas.
• Pelajar bebas memilih tajuk dan pendekatan.
• Pelajar bebas memilih cara mempersembahkan hasil penyelidikan dalam pelbagai bentuk :
Risalah, Buku Skrap, Model, Kerta Kerja, Ilustrasi, ICT dsb.
Tujuan:
• Meluaskan pengetahuan dan memberi pengalaman kepada pelajar menyelidik , menganalisis serta membuat sintesis.
• Menggalak dan membina pemikiran , daya kreatif serta memupuk semangat berkerjasama di kalangan pelajar.
• Memberi peluang dan melatih pelajar merancang dan mengelola sesuatu aktiviti pembelajaran secara individu atau berkumpulan.
• Mengukuh dan menghubungkaitkan pengetahuan mata pelajaran sejarah dengan mata pelajaran lain – memerluka kemahiran dalam pelbagai bidang.

Jenis – jenis Projek.
1. Projek berdasarkan buku (Book – based project)
• Sumber utama - buku
• Penyelidikan - di sekolah
- di luar sekolah
• Tempoh masa yang sesuai

2. Projek Luar (Field – based project)
• Berdasarkan sesuatu tempat (Kajian sejarah Tempatan)
• Bahan-bahan dari sumber setempat , arkib dan perpustakaan.
• Keluarga pelajar merupakan sumber maklumat yang berharga.

3. Projek Lawatan Berstruktur (Structural Visit)
• Lawatan ke muzium tempatan atau tempat-tempat bersejarah.
• Dirancang dan diatur dengan teliti
• Setiap pelajar diberi tugasan sebelum lawatan.
• Walaupun bergerak dalam kumpulan , tugasan dibuat secara individu.
• Penyelidikan ada kaitan dengan apa yang di pelajari di kelas.

4. Projek Tugasan Jangka Pendek (Short Project Task )
• Tempoh masa yang singkat
Cth : Sejarah Keluarga
Biodata orang yang berjaya.

Cara-cara perlaksanaan:
• Individu / kumpulan
• Senarai tajuk yang sesuai , walaupun pelajar bebas memilih.
• Penerangan tentang kaedah kajian.
• Organisasi bilik darjah sesuai dengan jenis aktiviti.
• Jangkamasa projek.
• Bantuan dan bimbingan dalam semua hal yang berkaitan.
• Soalan-soalan disediakan untuk soalselidik / Temubual.
• Pelajar- pelajar membuat laporan secara berperingkat.