Sunday, May 2, 2010

1. Main Peranan

Melakukan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa yang sebenar secara olok-olokkan. Tiada skirp disediakan bagi pelakon. Pelakon melakukan secara spontan setelah diberi taklimat tentang apa yang dikehendaki dilakukan. Sebagai langkah permulaan pelakon diberi 5 minit hingga 10 minit untuk berfikir dan merancangkan peranan yang hendak dilakukan.

Sambil sebahagian peserta mainkan peranan, beberapa orang peserta lain diminta menjadi pemerhati dan mencatat perkara-perkara yang penting untuk dijadikan bahan perbincangan dan analisis kemudian kelak.

Setelah main peranan dilakukan elok disusuli dengan perbincangan secara keseluruhan oleh peserta. Perbincangan ini berpusat kepada objektif dan isi yang hendak disampaikan oleh guru.

Situasi yang dirancang boleh berupa distrukturkan atau yang berupa bebas bagi peserta melakukannya.

Antaran kebaikan yang diperoleh melalui main peranan :

i. Peserta dapat meluahkan perasaan dan sikap mereka.

ii. Main peranan menggalakkan kreativiti.

iii. Peserta berpeluang merasai situasi yang sebenarnya.

iv. Dorongan peserta tinggi.

v. Dapat melihat sikap, pengetahuan dan kemahiran peserta.

vi. Dapat mempertingkatkan kemahiran bersosial

vii. Satu sistem berkomunikasi berdasarkan aksi dan bukan sahaja secara lisan.

viii. Peserta dapat menyusun pemikiran dan bertindak secara spontan kepada sesuatu situasi.

Antaranya keburukannya:

i. Jika tidak diawasi, peserta akan lebih bermain daripada mencapai objektif pelajaran.

ii. Memakan masa.

iii. Mungkin merosakkan peserta yang kurang mahir atau pemalu.

iv. Peserta yang aktif akan mengawal aktiviti.

v. Mungkin peserta yang mengambil bahagian yang dapat nikmatnya.


Beberapa panduan bagi memastikan ‘Main Peranan’ dapat dilaksanakan dengan licin

i. Rancang ‘main peranan’ terlebih dahulu.

ii. Tuliskan peranan yang hendak dilakukan oleh peserta yang mengambil bahagian.

iii. Kawal dan sentiasa beri panduan.


Main Peranan merupakan strategi yang mempunyai nilai unik yang membawa peserta ke alam yang sebenarnya melalui peranan yang dilakukan. Ini memberi peluang kepada peserta melihat perasaan, pemikiran dan tindakan orang lain.

Di samping itu, strategi juga menggalakkan situasi mengatasi masalah (Problem Solving). Ini berlaku apabila berbagai dilakukan dalam situasi yang berkonflik.

Persoalan

1. Main Peranan sering dilihat sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Bagaimanakah dapat dipastikan ‘keseronokan’ itu merupakan satu pengalaman pembelajaran yang sebenarnya?

2. Apakah kesukaran-kesukaran yang ditemui dalam melaksanakan Main Peranan dalam kelas? Kenapa?

3. Bagaimanakah mengatasi kesukaran itu?

4. Bilakah ‘Main Peranan’ boleh digunakan di dalam kelas? Kenapa?






















PERMAINAN

Manusia suka bermain. Strategi ini menggunakan minat dan tabiat ini. Permainan hendaklah disediakan dengan perancangan yang teliti. Penting diperhatikan supaya objektif pengajaran – pembelajaran sentiasa dipatuhi.

Permainan dapat memberi peluang kepada peserta mengambil bahagian yang aktif. Namun permainan hendaklah sentiasa dikawal dan pastikan berada dalam keadaan selamat.

Permainan berkehendakkan sumber yang banyak dan hendaklah disediakan terlebih dahulu/awal daripada hari penyampaian.

Permainan yang baik dinasihatkan direkabentuk sendiri, namun kini terdapat banyak modul dijual dalam pasaran. Jika hendak memberi markah yang disedia, hendaklah memilih yang sesuai dengan objektif, peringkat umur dan kebolehan para peserta.

Terlebih dahulu jelaskan peraturan permainan. Beri panduan semasa permainan dilaksanakan. Jika boleh jelaskan objektif permainan dan ini disusuli dengan perbincangan.

Kebaikan

i. Peserta mengambil bahagian secara aktif.
ii. Dapat membantu peserta-peserta yang lemah.
iii. Dapat berkongsi pengalaman melalui bertukar-tukar fikiran.
iv. Permainan memanjangkan kebolehan tumpuan.
v. Leka sambil pembelajaran berlaku.

Keburukan

i. Kadangkala menitikberatkan kepada persaingan.
ii. Peserta yang tidak mengambil bahagian hilang minat.
iii. Memakan masa lama.
iv. Permainan yang sukar memberatkan sebaliknya jika terlalu senang membosankan.
v. Kelihatan tidak teratur.

Cara

i. Jelaskan peraturan dan had-had permainan.
ii. Pemilihan atau rekaan sesuatu permainan hendaklah teliti.
iii. Memperkembangkan fikiran kreativiti.
iv. Perbincangan hendaklah diadakan selepas sesuatu permainan.
v. Susuli dengan memberi objektif permainan itu diadakan.

Persoalan

1. Bahaskan : Permainan sebagai satu strategi tidak memberikan kesan terhadap pengaran – pembelajaran. (Bentuk dua kumpulan. Satu kumpulan merupakan Pencadang dan satu kumpulan lagi sebagai Pembangkang. Bincangkan tajuk ini dalam kumpulan. Lakukan majlis perbahasan).


LAKONAN

Lakonan dapat keseronokan dan memberi peluang peserta mengambil bahagian secara aktif.

Kehidupan manusia seharian merupakan lakonan, oleh itu jika lakonan dijadikan satu strategi pengajaran, pengajaran dapat dilaksanakan secara tidak langsung.

Perbezaan lakonan dengan main peranan ialah lakonan disertakan dengan skrip.


Cara Melaksanakan

a. Sebelum : Sediakan skrip serta memberi masa bagi pelakon memahami
peranan yang hendak dilakonkan. Di sini juga arahan dan penerangan tentang lakonan yang hendak dilakukan itu boleh diberi.

Semasa : Pelakon melaksanakan lakonan dengan diprhatikan oleh peserta
yang tidak mengambil bahagian. Pada peringkat ini beri panduan sekiranya perlu sahaja.

Selepas : Susuli lakonan dengan perbincangan dan hubungkaitkan dengan isi
pelajaran.


Kebaikan

i. Beri peluang kepada yang lemah mengambil bahagian sama.
ii. Lakonan menyeronokkan.
iii. Pembelajaran berlaku dalam suasana yang gembira dan menyeronokkan.
iv. Motivasi dan minat tinggi.
v. Peserta dapat meluahkan perasaan secara bebas.


Keburukan

i. Bising dan makan masa.
ii. Hendakkan perancangan yang teliti.
iii. Peserta yang tidak mengambil bahagian hilang minat.
iv. Mungkin disalah guna dan tidak menepati objektif jika dikawal dengan sempurna.


Persoalan

Bincang : Dalam mata pelajaran/tajuk apakah lakonan boleh digunakan?






Temubual

Melalui temubual, idea dapat dicungkil daripada orang yang ditemui. Di samping itu banyak matlamat juga dapat diperoleh.

Teknik temubual ini boleh digunakan bagi mendapat matlamat latar belakang sesuatu situasi serta boleh juga mendapat pendapat dan pandangan daripada pakar.

Teknik ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antara lain boleh meminta orang-orang yang mahir dalam sesuatu bidang (pakar dalam bidang tertentu) datang untuk ditemubual oleh beberapa orang lain. Dalam latihan boleh diminta peserta yang mempunyai pengalaman tertentu ditemubual.

Sediakan suasana untuk orang yang hendak ditemubual berada di hadapan dan penemubual di sebelahnya. Lihat gambar rajah.



Penemubual
x Pakar
x
x x

x
x x x x x x x x
x Peserta
x x x x x x x x
x
x x x x x x x x



Kerjayaan atau kegagalan sesi temubual ini bergantung kepada semua pihak : Pakar, penemubual dan peserta. Semua pihak hendaklah aktif dan sentiasa menyoal dan memberi pandangan.

Sesi temubual boleh juga diberhentikan untuk membincangkan isu-isu dan idea-idea yang sedang dipersembahkan. Lagi sekali peranan moderato penting. Moderator boleh menimbulkan isu yang dibawa untuk dibincangkan.

Sebenarnya semasa proses temubual dilaksanakan apa yang berlaku adalah interaksi antara peserta. Maksudnya para peserta hendaklah mempunyai pemikiran yang terbuka: saling memberi dan menerima idea.

Pakar (orang yang hendak ditemubual) serta penemubual hendaklah diberitahu terlebih awal supaya senang mereka membuat persediaan. Tajuk yang hendak dibincangkan itu hendaklah jelas dan peranan orang itu hendaklah berkaitan.

Pencatat hendaklah dilantik supaya semua isu dan perbincangan direkodkan. Catatan dan laporan boleh dicetak dan diedarkan untuk para peserta. Ini merupakan nota sesi itu.


Tutor-Tutee

Tutorial membawa pelbagai maksud dari segi pengajaran secara individu atau kumpulan kecil:

a) Satu sama satu
b) Kumpulan kecil

Dalam tutorial ini pensyarah membimbing secara individu atau kumpulan sekiranya ada peserta yang tidak dapat mengikut arahan asal.


Kebaikan

a) Para peserta yang tidak dapat mengikuti penerangan atau arahan asal dapat dibimbing.

b) Para peserta yang lemah dapat diberi penerangan lanjut.

c) Pensyarah dapat membantu peserta yang lemah.


Kekurangan:

a) Strategi ini memakan masa. Pensyarah tidak dapat memberi bimbingan atau bantuan kepada semua peserta.

b) Terdapat peserta yang berasa malu apabila diberi perhatian khas oleh pensyarah.

c) Peruntukan masa yang panjang bagi melaksanakan teknik tutorial.


Cara :

a) Arahan diberi bagi semua peserta melakukan sesuatu tugas.

b) Secara individu atau mengumpulkan peserta yang tidak dapat melaksanakan tugas yang diberi lalu diberi bimbingan.

Ubahsuai

a) Sekiranya kurang tenaga pengajar, kelainan teknik ini ialah boleh meminta peserta yang maju membimbing yang lemah : Teknik ini dikenali sebagai : Peer-Group Teaching (Rakan Sebaya membantu dalam pengajaran).

b) Penting diberi masa untuk melaksanakan aktiviti yang telah disusun.

c) Selangkan arahan dengan perbincangan sesi buzz supaya penyampaian dapat difahami dan dihayati.

d) Adakan sesi peneguhan.



Coaching

1. Pengenalan


1.1 Kepentingan coaching.

Coaching merupakan salah satu teknik/kaedah latihan. Untuk menentukan kejayaannya usaha melatih secara biasa tidak memadai. Konsep falsafah teknik dan proses yang telah diajarkan perlu dipupuk dengan berterusan. Jadi cara paling baik untuk mencapai tujuan ini ialah melalui coaching.


1.2 Tafsiran Coaching

Coaching ialah satu proses mengajar, melatih dan membimbing dengan penuh minat pelatih-pelatih yang mencuba sendiri langkah demi langkah beserta maklum balas, penilai dan penggalakan kemajuan yang berterusan daripada coach dengan penekanan kepada pencapaian sesuatu kemahiran.


1.3 Ciri-ciri dalam proses coaching


a) Tiap-tiap pelatih mencuba sendiri proses kerja.

b) Ada hubungan rapat dan interaksi secara langsung yang berterusan antara coach dengan pelatih.

c) Maklum balas mengenai prestasi peserta adalah diberi dengan segera dan berterusan.

d) Tindakan susulan dibuat langkah demi langkah mengikut tahap kemajuan pelatih.

e) Peserta diberitahu mengenai pencapaian dan pembetulan kesalahan.

f) Penggalakan kemajuan kendiri dengan sepenuhnya adalah ditegaskan.

g) Pencapaian kemahiran kendiri dengan sepenuhnya adalah ditekankan.

h) Seseorang pelatih bersedia untuk mengamalkan segala yang diajarkan.







2 Garis panduan Untuk Menjayakan Coaching

Untuk menjayakan coaching perkara-perkara berikut diperlukan.

2.1 Sikap seseorang coach hendaklah baik, seperti :

a) Ada minat yang sebenar.

b) Mempunyai sifat suka menolong dan sentiasa sedaya-upaya mencari peluang.

c) Sensitif kepada keperluan-keperluan pelatih.

d) Lebih mementingkan individu (person centred) terhadap pelajar.

e) Menunjukkan keyakinan yang berpadanan terhadap pelajar.

f) Bersifat tabah dan sabar.


2.2 Langkah-langkah sebelum coaching

a) Tentukan 5w dan 1H iaitu mengapa dijalankan coaching itu bilakah ia diadakan, di mana, dan apa, dan siapakah yang akan terlibat serta bagaimana.

Why
When
5W Where 1H How
What
Who

b) Mengenal pasti sifat-sifat peserta seperti sahsiah peringkat kebolehan dan pengalaman.

c) Sediakan keadaan yang sesuai.

3. Langkah-Langkah Semasa Coaching

Seseorang coach hendaklah :

a) Melihat keadaan dari sudut pandangan peserta.

b) Menumpukan perkara-perkara yang penting.

c) Menganalisis kejayaan dan juga kegagalan.

d) Mengemukakan soalan-soalan yang boleh menggalakkan jawapan dan pertnyaan pelatih.

e) Mencapai matlamat-matlamat yang tertentu

f) Memberi maklum balas dengan segera

4. Perkara-perkara berikut hendaklah dielakkan :

a) Tidak kosisten

b) Selalu mengadili

c) Meninggi diri

d) Membangkitkan rasa permusuhan

e) Menyimpang


5. Perkara-perkara berikut hendaklah diamalkan

a) Sentiasa sedar bahawa perkara penting dalam coaching terletak pada :-

i) memerhati percubaan-percubaan pelatih.

ii) diagnos masalah-masalah yang dihadapi.

iii) memberi penyelesaian yang sesuai dan maklum balas pembetulan dengan segera.


b) Memperoleh kebolehan atau kompetensi-kompetensi yang berikut :

i) Kebolehan untuk memupuk perhubungan rapat dengan peserta supaya mendapat kepercayaan dan perasaan hormat mereka.

ii) Kebolehan untuk memahami pemahaman dan kelemahan peserta.

iii) Kebolehan untuk mengenal pasti halangan-halangan yang membantutkan pemahaman tugas dan pelatih dan juga memberi penyelesaian segera yang tepat.

iv) Kebolehan untuk berhubung dengan berkesan sama ada secara langsung atau tidak mengenai apa yang harus dibuat oleh peserta.

v) Kebolehan untuk mengesan kedudukan mental semasa peserta misalnya keletihan, kesalahan-fahaman, kederasan yang sesuai atau tidak menumpukan perhatian dan lain-lain serta memberi galakan yang sewajarnya.










Sessi Buzz

Sessi Buzz merupakan teknik bagi peserta yang ramai supaya melibatkan diri dalam proses perbincangan. Peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil : berdua-dua, bertiga-tiga hingga berlima-lima. Kumpulan kecil ini diberi masa yang singkat (5 minit hingga 10 minit) untuk berbincang. Ini diikuti dengan ahli kumpulan memberi pendapat kumpulan-kumpulan kecil itu.

Kegunaan :

1. Bagi membentuk soalan untuk dimajukan kepada penceramah.

2. Bagi mengetahui bidang/skop yang hendak ditegaskan oleh penceramah.

3. Untuk membincangkan sesuatu perkara dengan pantas dalam masa yang singkat.

Kebaikan :

1. Boleh memberi maklum balas kepada penceramah supaya tidak menyeleweng serta memberi isi yang diminati oleh peserta.

2. Peserta dapat melibatkan diri bersama serta berkongsi pengalaman.

3. Boleh mendapat idea, pandangan, isu dengan pantas.

Kekangan :

Penglibatan individu dikawal oleh masa. Oleh itu tidak banyak perbincangan yang boleh dibuat.
Pendapat kurang bermutu.

Alat :

1. Penting mengadakan kerusi yang beroda yang senang dipusing-pusingkan untuk membentuk kumpulan dengan pantas.

Cara :

1. Penceramah membuat persembahan seperti biasa.

2. Apabila hendak mengadakan perbincangan yang pantas dan singkat semua peserta diminta untuk berdua-dua/bertiga-tiga dan seterusnya.

3. Kumpulan kecil diminta membincangkan sesuatu tajuk dalam masa yang diberi. Selalunya masa yang diberi : 5 minit hingga 10 minit.

4. Penceramah minta pandangan daripada ahli-ahli kumpulan.

Ubah suai :

1. Sesi buzz boleh digunakan dalan strategi lain seperti syarahan, temubual dan lain-lain.

2. Sesi buzz boleh digabungkan dengan strategi lain.

Percambahan Fikiran

Tafsiran :

Kaedah untuk menggalakkan setiap individu dalam kumpulan mengeluarkan pendapat dalam sesuatu perbincangan. Daripada satu idea akan bercambah idea-idea lain.


Objektif :

1. Untuk mencari lebih banyak pendapat yang kreatif.

2. Mendorong individu dalam kumpulan untuk memikirkan lebih banyak pendapat

3. Menggalakkan semua ahli mengambil bahagian dalam perbincangan.


Garis panduan Percambahan Fikiran


A. Untuk memastikan keberkesanan sesi percambahan fikiran garis-garis panduan berikut perlu dipatuhi :


1. Setiap individu diberi giliran untuk memberi pendapat hanya satu pendapat bagi tiap-tiap giliran hingga tiada lagi pendapat.

2. Tiada pendapat yang dianggap bodoh, terima semua pendapat.

3. Menggalakkan individu yang pemalu untuk mengeluarkan pendapat.

4. Jangan memberi penilaian kepada sebarang pendapat semasa sesi berjalan

5. Semua pendapat hendaklah dicatat.

6. Individu digalakkan menggunakan prinsip 5W 1H (What, Why, When, Who, Where, dan How).

7. Individu digalakkan membaiki, memperluas serta mengembangkan satu-satu pendapat supaya malahirkan pendapat baru.

8. Individu digalakkan mengeluarkan seberapa banyak pendapat yang boleh.

9. Wujudkan suasana yang tidak formal sesekali untuk menggalakkan pendapat yang inovatif.





Proses

Percambahan fikiran adalah satu kaedah yang penting dalam semua peringkat mesyuarat. Ini merupakan satu teknik yang kreatif digunakan oleh individu apabila usaha untuk mendapatkan pendapat tidak berhasil.


1. Sebelum sesi percambahan fikiran dimulakan tentukan tajuk yang hendak dibincangkan itu tepat dan jelas.


2. Percambahan fikiran hendaklah dilakukan mengikut peraturan berikut :

2.1 Giliran memberi pendapat itu mengikut pusingan jarum jam.

2.2 Hanya satu pendapat pada satu giliran.

2.3 Jika individu tidak mempunyai pendapat apabila tiba gilirannya akan berkata “Pass”.

2.4 Proses untuk mendapat pendapat ini dilakukan berterusan sehingga kehabisan pendapat.


3. Ketua Kumpulan hendaklah menggunakan kepintarannya mengawal perjalanan sesi percambahan fikiran.


4. Apabila sesi percambahan selesai, semua pendapat yang dicatat akan dikaji satu persatu untuk disenarai pendekkan. Undian boleh digunakan untuk menjimatkan masa.


4.1 Tiap-tiap individu akan mengunci tiap-tiap pendapat yang disenaraikan.

4.2 Hanya undi menyokong sahaja yang diambil kira

4.3 Individu tidak dibenarkan mengunci/menentang sebarang pendapat.

4.4 Pendapat diperingkatkan mengikut jumlah undi yang diterima.












Forum

Forum merupakan pertemuan bagi membincangkan sesuatu perkara. Cara yang dilakukan berbagai-bagai. Lazimnya terdapat beberapa orang menyediakan kertas kerja atas tajuk-tajuk tertentu. Penulis kertas kerja akan membentangkan kertas kerjanya. Ini diikuti pula dengan interaksi antara pembentang kertas kerja dengan peserta melalui soal jawab dengan meminta 3 orang peserta atau pun pensyarah lain menyampaikan ceramah. Selepas itu diikuti dengan peserta lain menyoal tentang apa yang telah diperkatakan.

Cuba aktiviti yang berkaitan dengan forum dan fikirkan bagaimana forum boleh digunakan dalam latihan yang akan dilaksanakan nanti.

Susunan dalam forum adalah seperti berikut :


X Pengerusi


Penceramah
(1) (2) (3)
X X X

X X

X X

X X

X

X
X X

X X
X
X X X
X X


Forum boleh juga dimulakan dengan menggunakan filem, panel dan teknik lain sebagai pembuka perbincangan. Yang penting forum hendaklah diakhiri dengan soal jawab atas tajuk yang dibincangkan.

Antara lain dengan menggunakan teknik forum ini, peserta kursus dapat mengambil bahagian dalam perbincangan, juga peserta dapat berkongsi pengalaman.

Sebaliknya harus dingatkan bahawa kejayaan teknik ini bergantung kepada : moderator dan para peserta. Moderator selaku pengerusi sentiasa memastikan para penceramah tidak lari daripada tajuk yang sedang diperkatakan. Pihak peserta pula hendaklah aktif dalam erti kata menyoal dan memberi input. Jika tidak majlis forum itu tidak mencapai objektifnya.

Fantasi

Menggunakan daya membayangkan sesuatu. Cara ini dapat mendorong kebolehan kreativiti mencungkil potensi, membaiki teknik penyelesai masalah, mendorong peserta menyedari perasaan mereka dan rakan, mengatasi perasaan takut, mengelakkan kumpulan dan membantu peserta memberanikan diri. Boleh dikatakan juga sebagai ‘termenung’.

Antara lain strategi ini termasuk :

i) Teknik ‘ apa yang berlaku sekiranya …..’
(Membayangkan sesuatu). Contohnya :

Kalaulah saya menjadi Guru Besar, saya akan melakukan seperti berikut untuk mempertingkatkan prestasi sekolah ini :


a) Mengadakan kelas tambahan

b) ………………………………

c) ………………………………





ii) Teknik meramal

a) Apakah akan berlaku sekiranya saya minta naik gaji?

b) …………………………………………………..

c) ………………………………………………….





iii) Silap mata

Anda sebagai ahli silap mata boleh mengubah diri anda.
Apakah perubahan itu?

Banyak kelainan lagi yang boleh dilakukan dengan strategi ini.







Teknik Kumpulan Nominal

Teknik ini direka oleh Andre Delbeca dan Andrew Van De Ven dari Universiti Wisconsin pada tahun 1968. Teknik ini menyatukan peserta untuk menyelesaikan masalah tanpa mengadakan interaksi antara peserta.


Caranya :

1. Dalam kumpulan kecil, ahli-ahli diberi soalan bertulis dan diberi peluang untuk berfikir secara individu dan sendirian.


2. Peserta diminta memberi idea yang telah dituliskan seorang demi seorang. Idea ini ditulis seorang demi seorang. Idea ini dituliskan pada cara selak flip chart.


3. Setelah semua idea dipaparkan diikuti pula dengan perbincangan, penjelasan maksud, menerima atau menolak idea itu. Dibenarkan peserta memperkembang idea orang lain.


4. Diakhiri dengan membuat keutamaan prioritise daripada idea-idea yang banyak itu. Ini boleh dilakukan secara :-

a) Undian

b) Prosedur mengatur mengikut keutamaan :
Setiap idea diberi nilai 1 – 5 dan semua peserta diminta memberi nilaian. Daya dianalisis dan diutamakan. Contoh memberi nilai adalah seperti berikut :-


Peserta Idea A Idea B Idea C Idea D
Ali
Tan
Rama
Ranjit X
5
1
3 3
X
4
2 2
3
2
1 1
4
X
4


Teknik ini boleh digunakan untuk mengkaji keperluan latihan dan peserta di samping melibatkan peserta jika digunakan dalam latihan ataupun kursus.










Lawatan Dan Sumber Komuniti

Maksud

Manusia suka melawat. Lawatan banyak memberi manfaat dengan cara melihat sendiri boleh merasa, menghidu dan memegang sesuatu. Semua deria digunakan. Menurut falsafah dan psikologi pembelajaran, belajar cara begini memberi kesan yang mendalam dan menjadikan pelajaran atau persembahan itu menarik. Melalui lawatan tempat yang jauh boleh dijelajahi di samping memberi keseronokan.


Sekiranya tidak dapat pergi jauh, di sekeliling kita terdapat banyak sumber termasuk orang, tempat dan material yang menarik. Sebagai contohnya ada orang tua di dalam kampung yang pernah mengalami keadaan zaman penjajahan Jepun, sungai yang banyak memberi sejarah dari segi perairan, pengangkutan, perkampungan dan sebagainya. Ini semua boleh digunakan dalam pengajaran pembelajaran.


Cara

Sesuatu lawatan sama ada jauh atau dekat hendaklah dirancang teliti mengikut perkara berikut:

a) Sebelum : Masa ini digunakan untuk merancang cara pergi, perkara yang hendak dibuat, masa dan tempoh, objektif pembelajaran, rundingan dengan pihak tertentu serta memberi maklumat kepada peserta.

b) Semasa : Dalam perjalanan mengisi borang yang disediakan atau menjalankan kajian. Semasa lawatan tempat yang khusus itu pula, mengutarakan soalan-soalan dan bertukar-tukar fikiran serta pandangan.

c) Selepas : Masa ini penting untuk menyemak semula apa yang telah dilakukan semasa lawatan. Mengulang kaji dan menetapkan projek yang telah dirancang. Menyusun semua maklumat yang diberi sebelum bertolak untuk lawatan. Mungkin juga menyediakan laporan siap dengan foto, gambar rajah dan risalah-risalah yang dibawa pulang.


Kegunaan Dalam Pengajaran/Persembahan

Strategi ini sangat menarik dan dapat memberi dorongan kepada peserta. Pembelajaran berlaku melalui pengalaman nyata di samping dapat berkongsi pengalaman yang ada “Jauh perjalanan luas pandangan” merupakan kata-kata hikmat yang tepat.


Satu contoh lawatan

Dalam pelajaran sejarah umpamanya; pelajar-pelajar diberi sedikit penerangan tentang “Kedudukan Jepun di Tanah Melayu” sebagai pengenalan. Ini disusuli dengan arahan meminta pelajar pergi menemubual orang tua-tua di kampung yang menempuh zaman kedudukan Jepun.
Hasil temu bual dibawa balik dan dibincangkan seterusnya. Hasil perbincangan kelak merupakan hasil kajian pelajar-pelajar sendiri. Pembelajaran begini dapat mendorong kebolehan pelajr-pelajar.

Satu contoh lain ialah kursus komputer:

Selain memberi latihan hands on dan tunjuk ajar, peserta dibawa melawat Pusat Komputer di UPM atau di badan swasta yang lain. Cara ini akan meluaskan pengalaman peserta melalui perbincangan dengan pihak-pihak tertentu itu.

Kebaikan :


i) Meluaskan pandangan peserta

ii) Menggunakan semua deria

iii) Menyeronokkan

iv) Dapat berkongsi pengalaman

v) Pembelajaran secara tidak langsung

Keburukan :

i) Makan masa lama, sukar mengikut jadual waktu sekolah

ii) Makan belanja tambahan

iii) Persediaan banyak dan rumit

iv) Kawalan sukar

v) Takut tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran

vi) Risiko luar jangkaan
















Penemuan Projek (Discovery/Enquiry)

Maksud

Melalui strategi penemuan peserta dikehendaki mencari jawapan sendiri. Sebenarnya strategi ini melibatkan peserta belajar cara belajar dan belajar berdasarkan arahan sendiri. Sering penemuan yang diarah atau dipandu adalah daripada penemuan tulen; kerana arahan atau suasana disediakan terlebih dahulu. Pensyarah/guru menyediakan masalah dan peserta mencari jalan cara menyelesaikan masalah itu.

Caranya :

Dalam pelajaran Geografi umpamanya, pelajar diminta mencari sendiri kandungan tajuk ‘gunung berapi’. Pelajar membuat kajian sendiri dan ini disusuli pula dengan tugas seperti :

Kumpulan A : Melukis peta dunia dan isikan kawasan gunung berapi

Kumpulan B : Membuat model : Gunung berapi.

Kumpulan C : Mencari dan menyusun rencana “Bahaya Letupan Gunung Berapi”.

Kumpulan C : Menulis rencana tentang “Kebaikan Kesan Gunung Berapi”

Setelah akvititi dilaksanakan berdasarkan satu jangkawaktu disusuli pula dengan perbincangan ataupun satu pameran.

Contoh Dalam Kursus Pengurusan :

Para peserta diminta mengkaji perjalanan sesebuah organisasi seperti Matshusita umpamanya. Dimulakan dengan satu kajian menyeluruh. Kemudian diagih-agihkan kerja kepada kumpulan :

Kumpulan A : Sifat kepimpinan

Kumpulan B : Carta organisasi

Kumpulan C : Sifat pihak pengurusan

Kumpulan D : Sifat pihak penyelia-penyelia bahagian

Kumpulan E : Cara pengeluaran dan pamasaran

Ditutup projek ini dengan perbincangan terbuka yang membolehkan para peserta berkongsi pengalaman.









Instructional Styles


• Independent high involvement
• CAP
• Mentorships
• Projects
• Simulation/role playing
• Electronic learning
• Learning games
• Learning centers
• Field trips Students’
• Cooperative learning Involvement
• Peer tutoring
• Small group discussions
• Demonstration
• Discussion
• Lecture

low involvement


























Pembelajaran Kendiri

Pengertian/Takrif

• Pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.

• Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajran mereka.

• Pentaksiran kendiri disediakan untuk dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan murid.


Pendekatan

1. Guru sebagai fasilitator

2. Murid menetapkan maklumat pembelajaran

3. Murid sediakan rancangan pembelajaran mereka dan bertanggungjawab menyempurnakannya.


Ciri-ciri Pembelajaran Kendiri

1. Environmen pembelajaran fleksibel, selesa dan tanpa tekanan.

2. Bahan PAK dan bantuan fasilitator melalui diakses.

3. Pemilihan bahan & aktiviti pembelajaran yang luas.

4. Kemudahan yang membolehkan murid belajar secara bersendiri atau dalam kumpulan.

5. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar & kemampuan murid.

6. Membolehkan murid mentaksir pencapaian sendiri.


Peranan Guru

• Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri.

• Mewujudkan environment yang memberi peluang murid menguji kemampuan sendiri.

• Membantu murid menyedari pelbagai strategi pembelajaran.

• Melatih murid belajar sendiri.

• Membimbing murid di mana-mana perlu.

Peranan dan Tanggungjawab Murid

• Mengenal pasti keperluan sendiri

• Mengenal pasti kebolehan sendiri

• Menetapkan matlamat sendiri

• Mengenal pasti masa pembelajaran sendiri

• Menyediakan pelan pembelajaran sendiri

No comments:

Post a Comment