Tuesday, May 4, 2010

Karangan Contoh [SPM]

Pada masa ini, negara kita dikejutkan dengan peningkatan gejala vandalisme yang begitu membimbangkan. Gejala yang tidak sihat dapat dilihat di merata-rata tempat. Masalah kronik juga telah banyak merugikan kerajaan. Kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Malaysia mendapati bahawa kerajaan Malaysia telah mengalami kerugian RM 1.5 juta hasil daripada gejala vandalisme.

Sebagai yang kita ketahui, gejala vandalisme ialah gejala merosakkan harta benda awam. Biasanya, kemudahan awam menjadi sasaran vandalisme. Antara contoh perbuatan vandalisme adalah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Dalam gambar pertama, buaian yang disediakan sebagai untuk kemudahan rekreasi telah dirosakkan, dan tidak dapat digunakan lagi. Gambar kedua pula menunjukkan dinding bangunan yang diconteng dengan lukisan dan tulisan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Gambar ketiga pula, memperlihatkan sebuah tong sampah yang telah dirosakkan, dan tidak menjalankan fungsi sebagai tong sampah. Gambar keempat ialah gambar pondok telefon yang hampir ranap dikerjakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Bayangkan jika berlaku kecemasan, apakah yang akan berlaku?



Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menangani gejala vandalisme ialah memberikan didikan sejak kecil mengenai kepentingan kemudahan awam. Bak kata pepatah, “hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Selain itu, ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai murni dalam anak-anak agar tidak terlibat dalam kegiatan vandalisme. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya kemudahan awam.Kerajaan boleh memainkan peranan dengan menggubal undang-undang supaya mereka yang terlibat dalam gejala vandalisme mendapat hukuman yang setimpal.


Akhirnya, masyarakat harus bekerjsama dengan kerajaan untuk menghapuskan gejala vandalisme agar dapat memajukan egara serta mewujudkan suasana yang tenang dan selesa.

No comments:

Post a Comment